Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, February 27, 2011

Menyimpan, demi masa depan..

Dah ada anak 4, rasa-rasa cukup ke simpana? Sekarang anak dah mula bersekolah. Segala kelengkapan dan keperluan mesti di ambil kira. Kebarangkalian kerosakan dan kehilangan barang keperluan juga perlu dipertimbangkan. Mengeluh? Tak membawa ke mana. Hanya menambah tekanan di jiwa.

Tak mahu cerita banyak, kawan-kawan. Rasanya dan sepatutnya, semua sudah maklum, yang menyimpan itu perlu.

Andai anda seorang pelajar sekolah, mulalah menyimpan dengan berdikit-dikit berbelanja. Simpan 10sen atau 20sen sehari, sudah mencukupi sebagai permulaan.

Sekiranya anda pelajar universiti/ kolej, menyimpan itu paling perlu. Banyak yang perlu dilakukan, dibelanjakan dalam pembelajaran, kan? Mula menyimpan dari awal. RM1 ditabungkan, sudah membanggakan. Cuba, dik. Cuba. Dapat duit loan, tolak dulu untuk simpanan. RM30 sebulan, asingkan. OK?

Anda sudah mula berkerja? LAGI perlu menyimpan. Sebab segala macam perlu duit. Rasanya dah tak perlu ditunjukkan bagaimana. Sila..sila..sila mula menyimpan. Nanti nak sewa rumah, nak makan minum harian, nak bg mak ayah, sakit pening (kalau ada klinik panel pun, kalau sakit kritikal yg memerlukan rawatan pakar, masih ada hadnya untuk syarikat cover, tau). Tu belum masuk nak mula bercinta, nak dating2 dan sebagainya. Handphone? Kalau gaji cecah RM5k sebulan tanpa tanggungan pun, saya rasa BB atau Iphone tak perlu. MEMBAZIR.

Pendek kata, belanja ikut keperluan.

Anda nak laburkan simpanan? Lagi baik! Sila ke SINI!

Saya doakan yang terbaik, untuk anda! Doakan saya juga, ya!!

Saturday, February 26, 2011

Maher Zain - Live In Concert




I didn't go. Got the complimentary tix but I couldn't go. My husband was one of the man-behind-the-scene and he got the complimentary tix 1 hour before the show! How can he managed to come home to get me and the kids in less than 1 hour? OMG.

But, I don't really mind. (kalau konsert KRU, dpt ticket free, dia tak ambik aku, memang aku nangis! hahaha!)

Why didn't I mind? Here's the MAJOR why (from the perspective of my husband; a sound engineer, who was there at the concert, last night):-

  • the sound quality was poor. I can even hear the buzzing and echoing sound through the phone when I called my husband last night!
  • seating problem. too close to each other and it sure is uncomfortable.
But hey! Who am I to pass judgement? (comments regarding the above mentioned problems can be read, HERE)

In-Team visited our studio, in searching for the suitable place for MZ to rehearse. Since MZ is staying at the Concorde, Shah Alam, our studio (Studio Anggerik) situated at sec. 23 Shah Alam, seemed to be the best choice. But to our expectation, the proposal being turned down. No luck. Heard that IN-Team chose AkarKarya in KL instead. Ok, it's Sheila Majid's. Who could say 'No'? :)

My personal overview:

  • If only In-Team consider a newbie whose testimonials received in sound engineering field so far NEVER a disappointment, the event might have turned out differently.
  • If only they didn't turn us down due to incomplete interior of our studio only, instead by looking at the expertise we offered, the good quality of our services etc, maybe the sound of the event would be better. MAYBE!
FYI, Nitrus love us. Seven Collar T-Shirt love us. Suria Akasia love us. Sorganina love us. Just to name a few of rising & promising future bands of Malaysia. Not to forget the nasyeed groups; Mestica and Wildan.

Now only I realise; looks IS everything. Truly Malaysian. Mostly DO judge a book by its cover. One question, though: wasn't In-Team a newbie once too?

True, we have to strive for our success. We have to earn our victory. But, if the path to success and victory is clear, if we HAVE been striving for it, yet being stepped and stopped due to such a childish reason; it's actually a painful try.

Nevertheless, the sweetness of trying and being rejected is in our tongue. We believe in Hikmah.

MZ was ok. Don't glorify him too much. He's a human being too. We all are!

'two drama queen in the house; double the fun'

That was a comment given by a friend of mine few days ago when I updated my FB status, indicating that my daughter was chosen to read a poem for Maulidur Rasul at her school, representing standard 1 students.

Why did I receive such a comment?

For I was known as a 'stage student'. I love being on stage, participating in almost any show/ performance. Emceeing almost every occasions. I remember my first on stage performance; 'Jack and Jill'. I was in standard 1, and it was not really on stage for I was standing on a chair during assembly. Hahaha! It was fun.

As for my daughter, it was just a beginning. A proud beginning, I must say. At least, to me.

Yesterday (Friday, Feb 25th) as I was greeting her coming back from school (I picked her up every day) she entered the car with a wide smile on her face. She showed me a stationery set she got. A small bright pink label on the front said, 'Nasyid Tahun Satu; tempat ketiga'. Proud? Of course I am. I get even happier, when she explained to me what she is planning to do with a small note pad in the set. With a firm voice and serious face she uttered, "buku ni, kakak nak tulis nama sapa-sapa yang buat bising." I was stunned for a few seconds. "Kenapa pulak? Kakak bukan ketua kelas, kan?" I asked her. Calmly she said, "Ye la..tapi kakak penolong."

Hah! Wow! I can't help myself but smiling so wide all the way home.

When I told my hubby later that evening via phone, he laughed and said, "suka la mama tu.. ada yang ikut dia!" Hahaha..

Of course I like! I was an assistant in my class in standard 3 & 4. But Dalia, in standard 1? Wowwww!

I'm smiling..wide..with pride!!

Tuesday, February 22, 2011

..dan dia benar-benar Lari Dari Syurga!

..aku terpempan..

sudahlah aku ketinggalan selama setahun kemaskininya, dek kerana tidak diberitahu akan kewujudan site keduanya. aku sedikit marah.

..dan kini segalanya tamat. tatkala aku sedang terkial-kial mengimbas kembali cerita-ceriti kehidupan beliau. sedang aku berangan-angan membayangkan suka dukanya. waktu aku terhegeh-hegeh memahami tiap bait bahasa puitisnya.

dia benar-benar telah lari.

aku harap dia telah bertemu bidadari, penghuni syurga duniawi!

Maaf..

Maaf..
Hati aku sedang sakit. Bermacam-macam beban dalam hati ini dan ia semakin memberat.

CAH suruh aku senyum. Senyum itu mudah, kawan. Tapi maaf..senyuman pahit ini sangat mudah terkesan. Bibir ini bagai terkunci untuk melakarnya.

Kata orang, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya'.

Maaf..
Mata aku yang memandang. Bahu aku yang memikul. Hati aku yang bergalang. Jiwa aku yang terpukul.

Ya Allahhhh!!

'Aku kuat..aku kuat..aku kuatttt!!'

Maaf..kerana entry aku selepas 20 Februari, sangat bergelumang emosi!

Monday, February 21, 2011

aku

hidup aku sebenarnya penuh dengan banyak perkara yang sering mengecewakan.

hati aku sebenarnya dikurnia Tuhan satu macam ketahanan.

airmata sahaja, yang selalu jadi teman.

itupun, bila aku dah betul-betul tak dapat menahan!!

semalam yang biasa - hambar

semalam, biasa-biasa saja.

semalam, dapat wish dr teman2 fb. tq!

semalam, dpt kad dan buku dari hubby. tq. i do appreciate it.

semalam, tiada yg istimewa. tiada breakfast in bed. masih juga kena bangun awal mcm biasa, siapkan sarapan, mandikan anak2, basuh berak, cuci bilik air, kemas itu ini yang bersepah-sepah dan sebagainya.

semalam, tiada kek hari jadi.

semalam, dpt wish dr adik, jam 11.45 pagi. adik sorang lagi, wish 3ptg. 2 lagi adik, senyap sunyi.

mak, call..petang. hati aku dah berbunga, thought she would want to wish me. but then, hati aku pecah berderai, sbb mak bukan nak call aku sebenarnya, dia salah nombor. dia nak call adik aku no 4. dan dlm slh nombor itu, dia langsung tak ckp apa2 kat aku. 'ehh? mak salah ekk..ok..ok..' itu je.

dan semalam, airmata aku tumpah juga. kecewa, sebagaimana biasa spt thn2 sebelumnya!

Wednesday, February 16, 2011

14 Februari 2011



sesungguhnya anak-anak adalah harta mama. nyawa mama. sebolehnya mahu lakukan yang terbaik untuk kalian. doakan kekuatan jiwa mama, doakan juga ketabahan hati mama. walau kerenah memeningkan kepala, kenangan melahirkan amat berharga.

jadi anak yang baik, yang soleh ye Ziyad Erza. Mama sayang Yad. mama tak mintak yad jadi kaya raya, penuh harta sedunia. cukup dengan kaya budi pekerti, sopan santun, rasa hormat dan keikhlasan hati.

Friday, February 11, 2011

dipulau..ke?

  1. bila aku komen status mereka di FB, mereka tak balas balik. sedangkan komen2 orang lain selepas aku, satu-satu mereka balas.
  2. bila berjumpa, mereka dingin.
  3. bila aku berjenaka, mereka sekadar kelat terkulat-kulat muka.
  4. bila aku hantar pesanan, jwpnnya ringkas seringkasnya; "oklah kot"
  5. bila aku tgk wall mereka di FB, berbalas-balas komen dgn rancaknya mereka.
  6. mereka bincang2 soal kahwin, tanpa aku disertakan dalam perbincangan.


  1. mereka wujud selepas aku, dari induk yang sama.
  2. mereka aku usung ke sana ke mari waktu kecil.
  3. mereka selalu luah rasa pada aku
  4. bila mereka berbalah, aku tpt mereka mengadu.
  5. bila mereka bermasalah, akulah yang di cari dulu.
sekarang? mereka sudah dewasa. sudah boleh berbicara ikut akal fikiran mereka. mereka sudah tidak perlu lagi buah fikiran orang ketiga yang tidak sepertinya, macam aku. mungkin aku lebih banyak menyusahkan mereka berbanding menyenangkan. lebih banyak buat mereka menangis dari ketawa keriangan.

aku sayang mereka. aku selalu perhatikan mereka. aku ikuti perkembangan mereka. mungkin mereka sudah tidak lagi perlukan aku. aku kena mula terima pertimbangan itu.

mampukah aku?

Hati luka..

Kata orang, 'luka di tangan nampak berdarah, luka di hati tak siapa yang tahu.'

Betul kan?

Hati aku sedang luka.

Buntu

Sesungguhnya masa 'melabur' tadi ada banyak perkara dalam kepala yang dah dirangka-rangka untuk disumbat dalam blog hari ni. Malah sejak dari solat subuh tadi pun dah terngiang-ngiang ayat, perkataan dan gaya bahasanya.

Alih-alih, bila log in, klik 'new post' semua idea bagai terflush masuk jamban.

Sepatah perkataan yang dirangka tadi pun tak terlintas di fikiran!

Apa kes?

Kawan aku cakap, 'urat ko dah banyak putus.'

Ye lah kot.

Wednesday, February 9, 2011

if women are weirdos, then men are, too!

aku terpanggil pulak nak menjawab persoalan si WKK berkenaan wanita. he posted it in his blog for general view and i came across it.

soalan yang di aju beliau ialah:-

1. Is having a male as your life partner is important? why?


2. When you're having 1st or will have pregnancy, do you really think about the pain you'll face during labor time?


3. Do you still love your 1st love even though they're not meant to you or you're with someone else now?


4. Which is more important? your husband or your children. (if you're married)


5. What is the most important thing you're looking into a guy?


6. Do you REALLY know what men are looking into you?

Now, let's answer him.

  1. having a male as life partner is part of showing gratitude. and trust. perempuan secara lahiriahnya mahu dan sukakan perlindungan. and having a male life partner adalah jalan terbaik. ianya juga diredhaiNya. pompuan, mesti pilih lelaki, kan? lebih afdhal. :) female with female life partner? hmmm... songsang. simpang malaikat!
  2. yes. in fact we think about it almost all the time. labour, is facing death. hipokrit kalau kata, 'takpe, redha je la.' haha! cakap memang senang. kalau yang takde akal, akan selamba jek cakap yg bukan2. untuk para ibu yang beriman, yang berperikemanusiaan, hatinya secara automatik akan mengenang dan memikirkan akan setiap detik menuju ke alam itu. alam keibuan. sakitnya macam mana. teruk ke nanti. kalau baby tersangkut macam mana? kalau tak kuat nak teran macam mana? kalau tak sempat tengokbaby macam mana? time ni lah, kita akan mintak ampun banyak2 pada tuhan, pada suami, mak ayah dan keluarga. only mothers knows the feelings. it's unexplainable.
  3. for me? no. he left with no marks in me. just a broken heart that has been mended and healed by my husband now. :)
  4. my children. naluri seorang wanita. if something happen to any of my children, I dont know what to do. that doesn't mean I don't love my husband. He's my life but my children are my world. kita yang penat bersabung nyawa lahirkan anak-anak, takkan pulak nak lebihkan bapak, kan? kita yang susukan mereka. kita yang berjaga malam salin pempes anak kencing, berak, nak nyusu dsb. kita juga laa yg lebih tak tidur malam kalau anak2 demam (hubby ada la jugak tolong, tp sbb kita sayang dia, kita suh dia tido sebab esok dia nak keje, kan? kan? kan?). Fikir secara logik, kalau suami tinggalkan kita, harta yang ada hanyalah anak-anak. so, kita mestilah jaga harta kita, kan? one more thing, husband can be replaced (no offense) but children? NO! Andai Tuhan jemput suami aku dulu, Insya Allah I won't remarry. Membesarkan anak-anak adalah priority aku. Dan andai Tuhan jemput aku dulu, aku mesti risau akan anak-anak aku. boleh ke hubby jaga nanti? paling2, dia akan suh mak dia jaga. atau mak aku jaga (susah kot, mak aku keje). atau, dia akan kawen lg. sbb tu aku bg syarat kat dia. kalau aku mati dulu, dia tak boleh kawen lagi, sehingga anak bongsu mencecah usia 18 tahun. Kejam? takkkk.. sila fikir elok2. Kalau ada para suami yang melenting membaca jawapan ini, bermakna jawapan aku ini ada benarnya dan berjaya menyentap hati mereka. :)
  5. Hati, perangai dan kerja yang bagus demi masa depan nak berkeluarga. rupa, harta etc adalah bonus.
  6. Nope!
So, are you satisfied, Muhsin? manusia ni Allah jadikan biologikalnya berbeza. This may be my answer but thousands of other women out there might not agree. :)

Tuesday, February 8, 2011

Kadang-kadang...juga

Bercakap pun aku penat.

Tak bercakap nanti, penat juga jadinya bila kena mengadap dan melayan jiwa yang remuk.

Tolong. Tolong sangat-sangat!

Jangan naikkan darah aku yang dah berada di pinggiran ni.

Aku penat.

Hati, minda, perasaan, jiwa!

Monday, February 7, 2011

Bukit Cherakah = Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam = Taman Botani Negara Shah Alam












Kali terakhir aku jejak kaki ialah pada 16 tahun yang lepas. Masa itu memang keadaan amat menenangkan. Trip bersama rakan-rakan (kami berlima sahaja!) sekelas aku yang berbangsa cina. Sempat naik jambatan gantung, pusing-pusing jalan berliku (maze) dan panjat2 ke anjung tinjau.



Tempat tu pun masih elok dan terjaga. Berbanding keadaan terbaru, Sabtu lepas. Dulu, rumah 4 musimnya sangat menarik. Dulu, sawah padinya terjaga rapi. Walau tidak saujana mata memandang, setidak-tidaknya boleh tahu bagaimana rupa padi, bendang dan petak sawah. Sekarang, sangat tidak memuaskan. Sangat kurang penyeliaan. Too many flaws, to be exact. Jambatan gantung pun dah tak boleh lalu. Ini cuma di sebelah kanan (pintu masuk). Sabtu lepas, tak sempat nak explore kesemua bahagian.

Akan aku suruh adik aku jadi reporter dan fotografer tidak bertauliah apabila mereka berkampung di sana lagi, 12 hb Februari ini, sempena Hari Keluarga LHDN caw. Petaling Jaya, tempat kerja mak aku.

Tungguuuuuu!! :)

Cuti? Cuti lah..

Cuti 4 hari, rasa sangat puas.

Khamis, pg jogging2, jalan2 area Banting, Sepang, Putrajaya. Elok nak konon2 beriadah kat Putrajaya sana, hujan la pulak.. Sempat la anak2 dan suami seround dua kot. Aku tak dpt join, sbb tgh nyusukan si kecik. Tunggu dalam kereta je. Dah rugged2 ber sport shoes bagai.. haihhh!!

Jumaat, siap basuh kain 2 trip. Pagi, mcm biasa mmg havoc di rumah. 4 mulut murai ni memang hingar! Nak bangun lambat? Sori beb! kehkehkeh.. around 11.30am sepupu papa call, sesat katanya.. dari Pilah (she's sabahan, studied at UiTM Kuala Pilah) nak ke Seri Petaling. Tah macam mana boleh tersangkut di Shah Alam pulak. Papa kata 'kamu tunggu saja di sana (tesco) ya. Nanti lepas solat Jumaat lah abang datang.' Apa lagi.. kami pun bergegas bersiap. Pg lunch dulu, lepak Pusat Islam sementara papa solat dan terus ke tesco. Mulanya nak bawak sepupu ni pg umah mak aku kat sek 9 sana lepak2 sementara papa meeting dgn dakmie (penyanyi lagu tema citer adamaya tv3 tu..hehehehe), tapi di sebabkan sepupu ni mahu segera ke seri petaling, menjemput abahnya yg dtg dr sabah, maka kami membantu dengan menunjukkan jalan keluar dari shah alam menuju ke jalan besar. followed by her and separated di NKVE sana selepas memberi 'bekal' panduan jalan dan diberi pandangan seribu kerisauan oleh si sepupu ni tadi. kehkehkeh.. orang sabah menempuh jalan di semenanjung for the first time, memang cuak!!! Tapi Alhamdulillah, selamat semuanya. Terus kami lepak2 kejap di rumah mak aku, mak masak cekodok, belasah cekodok, sebelum Asar kami keluar. takde plan nak ke mana. papa memang begitu. sudahnya, kami ke genting! bukan nak main2 or bermalam pun. cuma ambil angin. that's us. jalan2 begitu pun sudah cukup memuaskan hati anak-anak. :) sampai rumah around 8. gegas2 mandi dan solat. around 9 papa keluar, memenuhi undangan walimah adik kenalannya. Kami? tido seawal jam 10! big journey, the next day!

Sabtu, dah siap basuh sekolah anak2. 4 pasang! disebabkan kami belum shopping barang2 dapur, kami kerap makan di luar. from bfast to dinner. simple2 aje. roti canai pun takde hal! terus headed to shah alam. yup..shah alam. kami ke Taman Botani Negara or well known as Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Sri Alam or Bukit Cherakah. haaa... anak2 nak sangat jogging masuk hutan (kononnya), maka kami dedahkan mereka dengan alam di sana. hehehe.. seronok, memang seronok. Penat, tak sangat. Walau ada ketika kena mendukung si kecik. dah lepas zohor, budak2 dah tak nak explore lagi. kepenatan la tu. kami pun decide to call it a day. dah mkn2, minum2 lepas lelah dan refill tenaga, kami shoot ke PD pulak. Memang jalan2 sakan! Seronok tengok muka budak2 keseronokan. Ye lah.. jarang2 sangat jalan sakan macam ni. Papa sibuk! Malamnya, anak2 kepenatan dan tido sangat mudah. Sesekali masing2 seolah-olah mengambil giliran untuk mengganggu tidur aku; dengan igauan mereka! kejap2 ada yg ketawa, kejap2 merengek, kejap2 gaduh dsb. adoiiii lahh!! banyak kerenah betul diorang ni. sangat mencabar kewibawaan, kesabaran dan kewarasan akal aku tau.

Ahad, hari santai di rumah. Ziyad kena siapkan kerja sekolah. Papa kena ke studio menyiapkan mastering dan mixing dia. dan Ahad memang boring kalau takde ke mana-mana!

Sunday, February 6, 2011

Februari - Bulan cinta untuk aku..

BUKAN kerana Valentine. Aku tak sambut valentine. Siapa dia untuk di raikan? Dah tu suka-suka pulak orang kita memanipulasi dan menukar nama sambutannya menjadi Hari Kekasih. ewwwaaahhhh!!

hahahaha! aku dulu pun jahil juga. tipulah kalau aku tak dapat kuntuman bunga dan himpunan coklat pada tarikh 'keramat' itu. ehh? apsal tak percaya? sebab aku takde iras model, maka aku tak layak dpt bunga, coklat bagai laa? kehkehkeh.. lantakkkk!

Kenapa bulan Februari menjadi bulan cinta aku?

Kerana 14 Februari, tarikh lahir anak lelaki sulung aku. Setelah sekian lama aku melupakan tarikh sambutan Valentine itu, sejak tahun 2006, 14 Februari menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu! Yup.. I'm counting days to 14 Feb now. Hari itu jatuh pada hari Isnin. Hari bersekolah. Ziyad mesti happy sebab akan ada sambutan di sekolah. Aku tunggu bayaran komisen dari TM (streamyx, fixed line dan UniFi yg aku selalu promo tu..) untuk menyediakan goodie bags untuk anak2 di sekolah tabika tempat Ziyad belajar. Mujur aku boleh buat kek sendiri. Budget wise, I have decided to bake the cake myself. Mungkin takde apa-apa hiasan atas kek. mungkin juga hanya plain chocolate ganache. Yang pasti, akan ada kek untuk Ziyad bawa ke sekolah!!

Bulan Februari juga adalah bulan kelahiran aku. Kurang seminggu dari tarikh kelahiran Ziyad, adalah hari lahir aku. Dah dewasa. Dah bergelar ibu. Dah kurang excitement nya! :) Sekali dulu dapat jambangan bunga ros biru (blue is my fav!), dapat juga jambangan bunga lili (2006, dalam pantang kelahiran ziyad), dapat henpon (twice!) dan dapat anak (hahahahaha) adalah pemberian terbaik dari suami. Kalaupun dia hanya memberikan ciuman (yang dia tak pernah lupa tiap tahun) sudah cukup membuat aku terharu!

Februari tiap tahun, adalah bulan kegemaran aku!

(p/s: aku share hari lahir dengan Mukhlis Nor - aLi!! bang, bila la nak sambut sesama nih? plan asyik la tersasar.. :P)

Thursday, February 3, 2011

Mesir..oh Mesir..

Bergolak kerana politik. Keadaan tak stabil.

Adik sepupu aku sudah dapat dihubungi semalam, selepas 3 hari terputus hubungan langsung. Sekarang sedang menunggu giliran untuk di bawa pulang. Kesian Pak Oteh aku. Harapnya dia banyak bersabar.

Harapan aku juga, Wawa dapat dan selamat pulang ke tanah air.

Gōngxǐ fācái..Xīnnián kuàilè!!


Selamat Tahun Baru Cina!

Tahun ini mengikut kalendar lunar kaum cina, adalah tahun arnab. Mengikut feng shui mereka, arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan.

Seperti kebiasaan, Tahun Baru Cina dan bunga api (mercun) bagai tak dapat di pisahkan. Namun tahun ni, rasanya agak kurang kemeriahan tersebut. Mungkin kerana tempias ekonomi yang tak menentu. Pemegang dan pendominasi ekonomi ini juga terasa bebannya.

Malam tadi, dentuman bunga api/ mercun hanya seketika dan tidak menyeluruh. Seoah-olah sang naga sedang dalam mood malas dan tidak mahu berlawan menghembus api gahnya. Selalunya, kalau di kawasan rumah aku ni (jalan kapar, meru, klang dan sekitar), percikan bunga api dan dentuman mercun bersahut-sahutan dan berlawan-lawanan dari segenap ceruk kawasan. Tapi tahun ni tak ada. Hmm.. tak dapat nak jamu mata seenaknya! Tak apa, kita doakan yang terbaik sahaja untuk setiap kaum di negara tercinta ini. Tidak kira apa agama mereka!


Semoga semuanya aman!

Tuesday, February 1, 2011

1 Februari - Situasi di Mesir

aku copy dan paste dari blog Adik Erza Fareeha

kisah sebenar di Egypt baca dan sebarkan


Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

kredit>sherah, mamat..

Do something, please!!! Aku ada sepupu perempuan di Mesir sana juga. Hubby juga ada sepupu di sana!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online