Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, January 31, 2011

Aku suka masak..

memasak itu seni. memasak perlukan kreativiti. memasak buat aku lupa diri! hahahahahha..!

Jumaat lepas, aku sempat la buat dua jenis kuih minum petang ni. Plan nak buat satu jek.. tgk bahan ada, tangan ni gatal jek nak mengadun-adun etc. cehh!

nah, tgk je yer.. tak cantik mana pun tau.. dah selamat dlm perut pun.. (tah2 dah keluar balik.. :P)


kek gula hangus a.k.a. kek sarang semut



cream caramel. buat untuk seorang teman, tapi tak sempat nak merasa sebab dia kena balik kampung pulak.

KFC oh KFC!

Senyum lebar aku. Semalam hubby sibuk buat mastering kat studio. Petang, lepas Asar, dia call. Katanya abah (abah dia) nak bawak Haziq (sepupu hubby) datang tgk studio malam nanti (mlm td la kiranya, kan?). Hubby aku suh dtg time tu gak, sebab dia sedang berada di studio, dah abah kata tak nak plak, sebab nak layan badminton (Lin Dan vs Chong Wei). Lepas tu, hubby aku call lagi, katanya abah nak belanja makan KFC plak malam kang (mlm td..), suh aku siapkan anak2. 'Lepas maghrib kita gerak,' katanya. Okeh la.
Dalam hati aku, memang rezeki si Darling. Dari minggu lepas, asyik nak KFC. Pantang lalu, 'darling nak kfc! darling suuuuuukkkaaaaa kfc!'. hehehe.. sesekali boleh la nak oiii! Time2 sengal dan sengkek ni, selalu2 tak membantu laa.. kehkehkeh.

Malam tadi, as usual, aku la tukang order. Abah tukang bayar. Kami 9 orang. adik2 ipar aku tak ikut. Zarina mungkin ada hal dengan famili dia, dan Aziya mungkin sibuk dgn tugasan Universiti dan study Masters dia. Hoh! Jeles dengar, kan? Rezeki adik ipar aku tu dlm bab akademik memang selalu menyebelahi dia. Budak pandai, kan.. :D

Kami ke port KFC yang selalu kami pergi, Shell NKVE, menghala ke Damansara. Bertemu di Tol Setia Alam, berkonvoi (dua kereta je pun) ke sana. Hujan sepanjang hari dan malam tadi pun masih renyai-renyai mengiringi perjalanan kami.



Orders as usual, snack plate, whipped potato, nuggets, cheezy wedges..dan aku, ambik combo celebration Zinger (my fav!) yang melayakkan aku mendapat mug special itu! huhuhuhu.. sejak iklannya keluar, aku dah bunyi2 kat hubby, nak dapatkan mug tu. Tapi, dengan abah juga aku pow! Parents-in-law aku memang baik. and guess what? they bought 2 dinar emas each for my boys!! Last 2009, diorang belikan rantai emas utk birthday anak sulung aku yang ke 5. they bought her a gold bracelet when she was 2. Last week, they bought a gold necklace as a belated birthday gift for Darling. Rasa terharu sangat! (pssst: ada sesiapa nak beli dinar emas? contact me, ok? Bukan nak jual yang anak aku punya ni, tau! hahaha) Pelaburan, kata diorang. Dah besar sok, nak masuk U, ada bekal, Insya Allah, katanya. Agak-agak, apa perasaan aku ye? Bercampur baur. Syukur, suka, gembira, sedih, segan, malu pun ada. Abah, if you read this, I thank you very much!

semoga keluarga kami terus dilimpahi rahmat dan aman bahagia selalu.. semoga kedua mertua aku dikurnia kesihatan yang walafiat untuk tengok cucu2 mereka membesar dan berjaya, dan boleh menghargai setiap pemberian dan kasih sayang diorang pada mereka.

Doaku tak putus untuk kedua mak dan ayah aku juga. Hanya Tuhan saja yang tahu!

Sunday, January 30, 2011

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.



Terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Tempat di mana aku selalu pergi masa sekolah dulu. Tempat aku masuk pertandingan membaca dan tempat adik aku ECR menang peraduan mewarna dan melukis masa umur dia 5 tahun. Inilah juga tempat aku melepak dengan kawan-kawan sekelas masa nak SPM dulu. Alasan paling baik untuk mengular keluar dari rumah! *wink*

Beberapa bulan lepas, sesudah selesai Karnival Galakan Membaca (rasanya la..lupa dah) anjuran PPAS di Taman Tasik Shah Alam, suami aku (dia handle bab sound system) memberitahu bahawa PPAS (perbadanan perpustakaan awam selangor) ini akan dipindahkan. Dalam kepala aku, mungkin akan dipindahkan ke kawasan berdekatan, kat sebelah DEMC ke, atau mungkin kat bangunan yang mcm kapal angkasa Star Wars tu ke, ye lah, dengan kapasiti dan keluasan yang lebih besar. Namun sangkaan aku meleset sekali. Kerana perkhabaran yang aku terima ketika itu membuat aku berfikir berulang kali; 'macam mana nak masuk nanti?'

PPAS akan dipindahkan ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan Kolej PTPL tu.


Semalam aku berkesempatan pergi meninjau.




Masih dalam pembinaan. Besar, luas dan kelihatannya amat cantik.



pandangan dari depan pintu masuk kelab

Persoalan yang bermain di minda aku ialah, kenapa berpindah jauh dari tengah bandar? Kenapa agak terpencil? Kenapa DALAM kelab golf? Seolah-olah mahukan prestij tinggi. Seolah-olah idamkan nama ekslusif. Seolah-olah mahukan gah di tempat elit. Orang kita mungkin mahukan kawasan perumahan yang dikawal dan di pagar rapi (gated & guarded) tapi tak bermaksud yang mereka mahu atau suka melalui atau masuk tempat yang gated & guarded ini. Leceh, nak register dan mungkin kena tinggalkan IC. Nak pergi library pun, nanti terasa macam nak pergi melawat orang di penjara! As at yesterday, sepanjang perjalanan masuk, melalui 2 pos pengawal yang dah usang. Mungkin dah tak ada pengawal. Atau mungkin sebab semalam ialah hari Sabtu. Kalau dah tak ada pengawal pun, agak-agak lah kan, apa yang orang awam akan fikir, bila diberitahu perpustakaan awam berada di DALAM kelab golf? Apa yang terlintas di fikiran agaknya? Para pelajar di kolej bersebelahan, mungkin dapat advantage. Tapi, andai mereka tidak tahu yang mereka tidak perlu melalui pos pengawal (mungkin), agaknya, mahu ke mereka masuk ke dalam KGSAAS tu? Bagaimana pula halnya nanti dengan pengunjung luar? Luar dari Shah Alam, khasnya dan luar dari Selangor, amnya? Memang, ilmu perlu ditimba tak mengira apa jua halangannya. Tapi dah ada kolam mandi, air dah bersih, cantik siap bubuh klorin, apa faedahnya lagi mencari perigi di tengah hutan untuk menimba airnya, kan? Ehhh! Entahlah!!

Terus terang, ini sekadar pendapat dan luahan rasa aku. Dan rasanya penempatan baru PPAS ni agak kurang sesuai. Tapi, apa sangat lah yang aku tahu, kan? Motif, agenda, misi dan visi mereka di PPAS, hanya mereka dan pengurusan kerajaan negeri yang tahu. Kalau nak buat bantahan pun, dah terlewat sebab projek dah mula, pembinaan dah berjalan.

Cuma satu, harapnya perpindahan ini tak menyusahkan orang awam yang ingin dan suka berkunjung ke perpustakaan, mahupun yang baru nak berjinak-jinak melangkah kaki ke lubuk ilmu pengetahuan.

Kalau ada yang lebih mengetahui, tolong share informasi, ya. terima kasih!

Thursday, January 27, 2011

Main masak-masak!



semalam buat ni... kuih kole kacang. senang je pulak...hehehe..1st time buat, terus jadik. sebelum ni cuma tau makan jek.. kehkehkeh...





pagi ni, sarapan ni je. cekodok bilis + bawang. :)

Yeay!! dah dapat yg ke 32!!!!

Terbatuk-batuk aku tersedak masa tengah makan cekodok sambil-sambil menunggu blog aku ni abih loading, sebab ternampak follower sudah ada 32. Hahahahahahahahaha! Seronokkkkkkkk!!

Wahai adik manis yang isi blognya penuh dengan tips kehidupan, sila reply email akak nanti yer.. :)

Ini dia si cantek follower bertuah! (Sila Klik Sini)

Wednesday, January 26, 2011

Mood nak masak je!

Bila hati rasa resah, tension dan gelisah, aku lebih suka menyibukkan diri di dapur.

yeap! I cook when i'm feeling depressed.

so, what to cook today?

rasa nak buat Chocolate Cream Pie.

atau mungkin juga...

Kuih Kole Kacang.

hmmmmm......

Tuesday, January 25, 2011

4 nombor ekor

Tajuk macam nak promo judi je.

Takdenye!

Minggu lepas, sedang dalam perjalanan pulang dari kedai, selepas menghantar anak dara aku pergi sekolah, masuk satu simpang, depan deretan kedai Hai-O dan kedai gunting rambut. Ada kedai Magnum4D kat situ. Ada restoran cina di kedua-dua belah hujung deretan kedai. Aku perlahankan kereta, bukan sebab nak singgah mana-mana kedai kat situ tapi kerana di depan aku ada seorang lelaki yang kelihatannya amat payah mengayuh basikal roda tiga yang sarat dengan kotak-kotak yang dilipat dan disusun rapi. Ada juga bekas plastik yang penuh dengan tin-tin aluminium dan botol-botol plastik minuman.

'Kasihan.' Detik hati aku. Atas rasa kasihan itu juga aku tidak membunyikan hon untuk menggesa beliau berlalu melintas dari belah kiri ke belah kanan jalan dengan pantas. Nampak macam beliau sangat kepenatan dan mungkin mahu berhenti membeli minuman di kedai berhampiran. Oh, ya... beliau kelihatan seperti seorang bangsa melayu.

Beliau berhenti depan kedai Magnum 4D tersebut. Tanpa prejudis dan syak wasangka, aku menyedapkan hati sendiri dengan mengandaikan basikal roda tiganya tidak muat untuk berhimpit di antara kereta yang memarkir di depan kedai Hai-O dan kedai gunting rambut. Namun hati aku terdetik untuk menunggu dan memerhati langkah lelaki tersebut. Mujur tidak ada sebarang kenderaan lain di belakangku. 'Tuhan bagi green light,' getus hatiku.

Hati aku hancur dan menjadi marah. Bilamana lelaki yang kelihatannya susah dan aku kasihankan tadi, melangkah selamba ke kaunter tiket kedai Magnum 4D tersebut.

Perkataan yang terhambur keluar dari mulut aku secara spontan; BODOH!

Kenapa ya? Kenapa mesti judi? Sedih sungguh rasanya.

Reseller Agent untuk TM - Streamyx, Fixed Line & UniFi

Yup..

Sila berhubung terus dengan saya, kalau nak register streamyx atau nak pasang telefon di rumah atau rasa2 dah menyampah dgn berukben anda dan nak bertukar kpd yg lebih laju spt UniFi ye.. tapi coverage UniFi masih limited, sila tanya saya dahulu. Atau anda mungkin boleh terus check coverage di SINI!

Promosi 0 entry cost (free installation fee of rm75 & activation fee of rm88) masih berlangsung untuk BlockBuster Deal tau.. sehingga May 2011. Sila refer page INI.

terima kasih!!!!

Monday, January 24, 2011

minum petang..



orang separa rajin je bleh buat ni.. haishhh!

salah ke?

Anak-anak aku masih kecil.

Salah ke kalau anak-anak bertanya soalan yang pelik-pelik? Contohnya, bila diorang tanya 'macam mana baby boleh ada dalam perut?' Ok la, kan. Itu soalan biasa anak-anak akan tanya. Pening tak pening, pandai tak pandai korang nak explain, terpulang. Jangan hentam keromo. Susun ayat elok-elok. Itu cabarannya menjadi ibu bapa.

Anak-anak aku selalu akan tanya, bilamana tengok-tengok album gambar kahwin aku; 'mana kitorang?' hahaha.. aku akan cakap, 'korang kat syurga, dengan Allah.'

Banyak soalan-soalan anak-anak ni yang kadang-kadang buat kita terkedu dan tersenyum sendiri. Merangka-rangka apa ayat atau perkataan terbaik untuk menjelaskan kepada mereka sudah mengambil masa yang agak lama dan mengundang sakit kepala.

Tadi, aku sedang menggodek-godek drawer. Si darling menyibuk. My about to be 4 year-old girl ni bertanya;

'Mama ambik apa tu ma?'
'Pad mama'
'Pad tu apa ma? Pempes?'
'Haah.. pempes mama'
'Mama berdarah ye ma?'
'Ye.'

...datang pula Ziyad..

'Ma.. kenapa mama uzur? Allah buat ke ma?
'Ye. Allah yang buat. Dah sampai masa, uzur la. Dah cukup umur.' (hahahahaha..)
'Cukup umur tu apa ma?'
'Cukup umur, dah baligh. Dah wajib solat, dah boleh keluarkan baby.'
'ooo..'

Entah dia faham ke tidak, aku pun kurang pasti. Nanti ye anak-anak. Kita go with the flow. Ikut urutan prosesnya. Akan mama cuba terangkan sebaik mungkin. :))

apa ada pada nama..



'Ma.. kawan2 Yad kan, ramai..' Ziyad memberitahu, suatu hari. 'Ye ke? Apa nama dia?' Aku bertanya, membalas rasa terujanya. 'Ada Atiqah, Alif, Hezriq, Ulum dengan Taruna. Semua nama kawan Yad, Yad tahu..tapi Yad penat nak cakap je..' chehh..! Budak 5 tahun sekarang, mulutnya keletah kalah mak budak.

Tengah hari tadi, sengaja aku lengah2 kan sedikit masa selepas Ziyad masuk ke dalam kereta. Aku perhati setiap wajah anak-anak yang dapat tertangkap dek mata ini, dengan membayangkan dan mengagak nama-nama mereka, berdasarkan gambaran dan nama-nama yang anak aku sebut selalu.

Yang paling menarik perhatian aku ialah: Taruna. Dan tadi aku berjaya juga menangkap kemas wajahnya, kusimpan dalam kotak ingatan. Sungguh, rupanya memang segah namanya. Nakal dan berani lagaknya. Pulang sendiri berjalan kaki. Tanpa penjaga meneman di sisi.

Mungkinkah Aduka, nama si ayah?

Esok, aku nak tanya cikgu dia. :))

Tuesday, January 18, 2011

looking for 32

yeap!

aku tengah menunggu follower ke 32. thn ni aku 32 thn beb! maka, follower ke 32 akan dapat adiah saguhati dari aku. nak? nak?

eh... tak nak sudah.. tak paksa pun..!

How did they do it?

Lynn's Weigh: One Thing: "Most people who lose weight – whether it’s the first or 100th time – have “One Thing” in common: a comment, an incident, a photograph or something..."

that's some of what she said..err.. wrote on her blog.

I adore what she did. She look stunningly beautiful now.

She lives in the USA. I live in Malaysia. Does she know Malaysia? Does she even heard of Malaysia? Well, never really care. :)) The one thing in common between is; we are a mother. Though she has teenagers that drove her weight loss challenge, I have kids; young kids! How can I live and pursuit life's happiness when I am obese? How can I make sure, that I can live a longer, happy lives with my kids, when I am obese? That's what struck my need of changing. My goal of losing weight. Though it has started and only 15kg's (about 33 pounds) lost, it has opened up my eyes. To see a new me in a mirror, reflecting something sweet and nice and indescribable.

The same thing happened to Ms. Amanda from http://mynewlife-manderz.blogspot.com/ but I envy her for she had lost her weight by running! I love running. I was not a professional runner, was not a record holder either but hey, I ran! I have already started running (well, jog, to be exact) with my kids, once a while. We can't do it everyday or every week because of school and work (my husband) but we tried to do it as often as we could. When my husband said 'you look beautiful when you run' I may just grin but deep down inside me, I'm overjoyed!

I am lucky though, for I'm a stay-at-home-mom. I cook my meal. My family's meal. I don't really like to eat out or buy a take-out. Well, I do, sometimes. But not making it a habit. Malaysian dishes are variety of tempting, delicious and fattening! The oil, the sugar, the coconut milk, the salt used in the food is somewhat to be watched and controlled.

I'm scared, honestly. Scared of 'leaving' my kids and family too early. I want to see them grow, to watch them graduates, get married and I want to be called 'Opah' (grandmother) by their kids. I want to spend good old-days with my husband. Of course, it is all God's will... only if Allah's will.

Monday, January 17, 2011

demam..demam dan demam..

saat ini tekak sedang sakit dan suara sangat sengau.

batuk kungkang-kungkang, hidung tersumbat bila bercakap dah bunyi macam langau.

banyaknya benda nak cerita, tapi keadaannya amat tidak selesa.

makanya, rehat lebih utama, esok lusalah menarikan tinta!

Friday, January 14, 2011

Benci!



sila klik gambar dan tekan ctrl+ sampai nampak tulisannya ye..

Contest? Nak?

Rasa macam nak buat contest. Open to all bloggers.

hmmmm... hadiah utama bernilai rm100, saguhati pun ada..

mau?

Thursday, January 13, 2011

Wang segera, bisnes mudah, infinity downline, menaip dari rumah dan sebagainya... sila jangan mudah percaya..

Salam sejahtera.

Benar. Topik entri kali ni mungkin dah biasa di coretkan.
Benar. Topik kali ni semuanya pernah aku cuba dan dikecewakan.
Benar. Fatwa dah dikeluarkan, bahawa 'bisnes' seperti yang dinyatakan tersebut adalah haram, hukumnya.
Benar. Belum cuba belum tahu. Tapi kalau benda haram dan diragui kesahihannya, eloklah dibuat tak tahu.
Benar. Benar dan benar belaka.

Segala macam bisnes atau peluang pendapatan sampingan yang dinyatakan di atas dan yang sewaktu dengannya mungkin memerlukan modal yang sedikit. Tidak mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit. Tapi, perlu diingat, andai seorang yang terjerumus 'menghumbankan' RM50, dan dalam sehari purata 10 orang 'menghumban' kewangan, dah berapa RM? Sebulan? Senang-senang orang jahat itu mendapat RM15k. Itu kalau bisnes mudah dan wang segera, yang kononnya tanpa perlu buat kerja, hanya online dan goyang kaki dari rumah saja. Goyang kaki apanya, kalau kita disuruh promo sana sini (dan pastinya dgn spamming; cara paling mudah). Yang infiniti downline pulak, modalnya RM100. kerjanya tetap sama, promosikan website atau peluang kewangan tersebut. Menaip dari rumah? Ini lagi haru! Kerana ianya memberi harapan palsu kepada mereka yang benar-benar mahu mencari side income dan minat menulis! Ramai yang menjadi mangsa, suri rumah dan pelajar ipta/ipts. kesian.

Jadi, aku mohon, jauhkan diri anda dari terjebak ke kancah wang segera mengarut ni, ok?

Baiklah lagi MLM. Produknya nyata. Boleh guna sendiri aje kalau sekadar nak dapat point. TAPI, kot ye pun nak promo, sila promo dengan beretika, ye. Jangan sibuk nak cepat kaya, paksa-paksa orang nak beli, suruh jadi ahli. Kena kat aku, aku maki! Atau juga, libatkan dengan program affiliate yang seakan MLM. Ada produk (pastikan kesahihan dan khasiat serta status halal nya, ya) tapi tak perlu simpan stok. Cuma register (sign up) dan promo linknya. Selebihnya, diuruskan oleh pihak pengurusannya. Andai ada pembeli melalui link kita, kita dapat komisennya. Walau tak banyak, ada juga, kan? Setakat ni, affiliate program yang aku join dan membuahkan hasil ialah bacaquran2u dan bioasli. (Sila lihat linknya di atas dan bawah page aku ni..tq.)

ehem.. saya pengedar dan testimoni sah produk HPM ye.. (Jus Mate5, kopi EspressoXY, DR-ii etc) juga dealer AVON.

Masjid, surau khas untuk lelaki sahaja?

Semalam, lepas balik dari klinik, singgah sebentar di masjid berdekatan utk solat maghrib. Dah dekat dengan masjid, apa salahnya berhenti untuk solat, kan?

Sepanjang usia (dibukakan hati) untuk melangkah ke masjid/ surau apabila berkesempatan dan tiba waktu solat, ada sedikit kekecewaan yang ingin diluahkan. Terasa seperti di diskriminasi pulak. Bila mana ruangan wudhuk wanita, acapkali berdekatan sangat dengan tandas dan laluan ke tempat solat wanita, terdedah, malah berkemungkinan membolehkan jemaah wanita dan jemaah lelaki bertembung. Rasanya mungkin lebih indah jika dibuat satu laluan khas atau juga, buat seperti tempat solat di R&R Seri Kembangan, Dengkil dan yang seangkatan dengannya yang menyediakan tempat wudhuk di dalam kawasan tempat solat wanita. Lebih tertutup, selesa dan lebih slander-tolerant (mengelak fitnah).

Siapalah saya untuk mempersoal kemudahan yang dah disediakan, ye tak? bersyukur aje lah, ya?

Saya orang Islam. Saya wanita Islam. Makanya saya bertanya; apakah masjid & surau khas untuk lelaki sahaja? Apakah disebabkan kaum wanita jarang ke masjid/ surau makanya tempat solat kami disediakan tapi sekadar melepas batuk di tangga sahaja? Macam diskriminasi la bunyinya.

Wallahualam.

Wednesday, January 12, 2011

bila anak-anak demam...

Emosi aku akan mudah terganggu bila anak-anak tak sihat. Saat mendapat tahu yang Dalia ada lelah lebih kurang sebulan lalu, hati aku dah mula goyah. Kesian anak mama. Dia yang paling teruk keadaannya, kalau batuk atau selsema. Sayu hati? Tak perlu diperkata.

Hari ini, setelah 3 hari Ziyad tidak bersekolah (demam sejak Ahad lepas), Zahin pula demam bermula seawal jam 3 pagi tadi. Jam 11.45 pg tadi, Dalia pula mula panas badan dan makin teruk batuk-batuknya. Aku SMS penyelia petang sekolah dia, meminta nombor telefon guru kelasnya dan jawapan yang aku terima "Cikgu Rohana pun MC hari ni. Apa nama anak?"

Aih.. sah! Memang musim demam.

...dan saat ini, aku sedang menyusukan si kecik (sambil berblogging tu.. hebat, kan? hahahaha), darling sedang buat hal dia dan ziyad dan dalia aku suruh tidur. petang nanti papa balik, pg klinik (lagi).

Kadang-kadang...

Jadi isteri memang senang. Jadi suri, sebenarnya agak payah. Tambahan pula, bila dah beranak pinak.

*mengeluh*

Ahh, lupa. Tuhan tak suka hambaNya yang suka mengeluh. Ampun, Ya Allah.

Sesungguhnya, aku kagum dengan mereka yang sebaris usia mahupun lebih tua dari mak ayah aku, dan ikatan perkahwinan mereka masih kukuh dan utuh. Petua? Mereka akan kata, dengar saja cakap suami, asal tidak membebani isteri. Ya, mendengar dan taat kata suami memang dituntut dalam agama kita. Ia juga kunci kita ke syurga. Namun perlu diingat, bukan semua kata-kata suami perlu diikut membuta tuli. Kalau dia suruh mencuri, takkan nak buat, kan? Kalau dia suruh menyundal, takkan nak ikut, kan? Gila? Tak ada akal?

Suami, ijab dan qabul bukan sekadar lafazan untuk memiliki si perempuan sebagai isteri. Ia tergalas sejuta tanggungjawab, keperluan dan harapan.

Andai si lelaki menggambarkan si wanita adalah komplikated, perlu diingat bahawa wanita juga menggambarkan sedemikian rupa. Jika wanita boleh menerima seadanya, silakan anda wahai lelaki, bertindak demikian juga.

Andai si isteri mengomel-ngomel tentang keperluan rumah, membebel-bebel perihal anak, merajuk dengan ketidak-endahan anda, silalah banyak bersabar. Itu tuntutannya menjadi suami. Itu kerenahnya yang perlu dihadapi. Itu perangainya yang perlu dilayani. Tanya diri sendiri, apa puncanya semua yang terjadi. Adakala malah mungkin juga selalunya, si isteri sekadar inginkan perhatian dari si suami. Mungkin juga anda selalu mengabaikan si isteri. Mungkin juga kerana selalu meremehkan perasaan si isteri. Mungkin juga kerana anda selalu lepas tangan dengan urusan rumah tangga. Atau juga sekadar acuh tak acuh dalam berbicara. Semua ada sebab dan musababnya.

Kata-kata yang selalu para pakar motivasi sebut: muhasabah diri.

Ya. Muhasabah diri.

Jangan harap yang terbaik dari pasangan kita kerana kita pun bukan yang terbaik. Jangan pinta kesempurnaan dari pasangan kita kerana kita tidak pernah sempurna. Jangan di keluh tentang sikapnya yang konon tidak memahami penat anda di tempat kerja, sedangkan anda juga tidak pernah memahami letihnya dia mengurus anak dan rumahtangga. Sesungguhnya, Allah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Pasangan kita, adalah teman terbaik kita. Layanlah seadil dan sebaiknya, jika kita juga mahu dilayan sedemikian rupa.

**aku jenis manusia yang suka diam bila marah**

Sesungguhnya, bila diam je pun boleh penat, sebab semua perasaan tersimpan dan terpendam di dalam. Orang lelaki majoritinya jenis 'straight to the point'. Diorang tak pandai dan tak suka berkias-kias. Tapi sesungguhnya diorang faham dan selalunya sengaja buat-buat tak faham. Jadinya, siapa yang komplikated sebenarnya? :D

Petua orang lama, sikap berhati-hati perlu ada...

Cuba dulu, baru tahu.

Petua orang lama, macam-macam ada. Kebanyakan dan selalunya, menggunakan dedaun dan akar kayu hutan, herba dan tumbuhan yang kadang-kadang tak pernah kita dengar pun namanya. Apatah lagi mengetahui bagaimana rupa bentuknya.

Memandangkan zaman dah banyak berubah, sesungguhnya antibodi, sel-sel badan dan kulit kita juga berevolusi mengikut keadaan persekitarannya. Maka, untuk 100% petua lama itu berkesan, adalah mustahil. Keadaan diri kita juga perlu diambil kira. Ada alahan atau tidak, kulit sensitif atau tidak dan sebagainya. Kenapa ianya penting?

SEBAB:-

kerana gatal dan mengada-ngada nak kempiskan perut mengikut petua lama dan tak tengok serta tak kaji betul-betul cara penggunaannya (over excited, sbb terjumpa cara org lama yang mudah lagi murah) maka perut aku yg 'chubby' nih melecet dan luka! arrrggghhhhhh!!!! padan muka!

oh, ya. aku guna petua yang letak kapur campur perahan limau nipis sapu kat perut tuh. demm!!

Tuesday, January 11, 2011

kek..kek..kek..dan kek!



aku teringin buat kek ni!!!!!!

aku dah terer buat kek cekelat (ewwaahhhh! masuk bakul nampakkkk?)
makanya aku nak try plak buat kek dam ni. huhuhu..

kalau ikut versi org kita, kelihatannya macam sangat leceh. kalau ikut versi mat salleh, gila senang! dah ada acuan siap2! nak kena cari acuannya nih.. hubby, jom!!

susahnya nak apply Mikro Kredit!


hmm... perlu ke, tak perlu? membayar balik tu, buat aku termangu!

nak expand studio. nak upgrade equipments. kena ada keyboard baru. nak beli drum set lagi satu. kurang-kurang kena ada 10 ribu...haihhh!

kalau la rm10k tu leh sederap dapatnya..

(tuhan marah ooo perkataan 'kalau' ni.. kalau senang dapat sederap, banyak la org melayu yg makin kaya, makin banyak layang lupa dunia...!)

langsir oh langsir...

Langsir rumah aku dah macam roti kirai. Sejak mula pindah dulu (2005) sampai la sekarang, takde penah nak tukar. hahahaha.. bunyi macam kedekut, kan? bukan kedekut, cuma bukannya keperluan mendesak (ini ayat feveret ayah aku).

makanya, dah masuk tahun 2011 ni, nak buat target.. 'raya ni mesti nak langsir baru!'

err... ada sapa2 baik hati nak sponsor? *wink..wink*

Perempuan; perangai, emosi dan soal remeh temeh..

assalamualaikum.

topik, ala-ala nak jadi motivator. :))

tapi ini sebenarnya hakikat. aku kan perempuan, takkan plak nak menafikannya, kan? makanya topik ini ditulis, dari perspektif aku. andai ada yang tak puas hati, aku mohon maaf terlebih dahulu. diulang-nyata sekali lagi, ini berdasarkan pandangan dan pengalaman aku; totally from my perspective!

orang perempuan, betul atau tidak:-

  • terlalu mudah berasa hati. sensitip! tak kiralah kot teguran ke, sindiran ke, nasihat ke, apatah lagi kena marah. kan? nak..nak pulak, yang menegur tu, suami, boifren atau tunang. dengan mak ayah tak rasa sangat, sebab dah selalu kena tegur. hehehehe.. tapi kalau dibanding-bandingkan dengan adik beradik, aaaa... sure panas je hati, kan? ehh? anda tak? tak apa.. tak salah pun.. :)
  • mudah tersentuh (sedih, sayu, marah, geram etc). ya Allah. bab ni, senang cari time tgk tv. tgk cerita hindi, tgk cerita korea, tgk cerita filipina hatta tgk berita org buang anak/ dera anak, tgk mangsa malapetaka, tgk kisah tsunami melanda Asia Tenggara (2006), mahupun dokumentari perang dunia. anda tak tersentuh? tak apa. aku tersentuh. sangat mudah. tapi tidak la time tgk drama atau filem, sket2 nak nangis. aih.. tgk part la, kan.. hahaha.. luckily, aku bukan fan citer hindi. so, selamat airmataku!
  • kalau anak-anak buat perangai, kita selalu laa rasa nak naik angin. sabar tu mcm nipiiiiiisssss jek. tp bila tgk anak org lain, kenmain lagi pulak dok agah2 sana sini. (hahaha.. tgh dok angkat2 kening ni..ada yg terasa? hehehehe)
  • orang perempuan ni, hal remeh adalah penting dalam hidup dia. just to name one; warna baju mesti nak match dgn kasut + beg. orang lelaki kata remeh, orang pompuan kata, penting. penampilan, beb.. kena jaga. satgi nak pi meeting jumpa klien, dok pakai baju merah, skirt hijau pucuk pisang, kasut kaler gold gitu..apa kes? tapi, kalau pakai kemeja + skirt kaler ijau pucuk pisang, overcoat + kasut kaler merah, handbag kaler gold, cantik kotttt!! (saper fesyen designer yg ambik motif atau campuran warna ni dan jd hit, sila kirim2kan royalti sket aa..tak halal curi idea org.. hahahaha)
  • orang perempuan kalau dah bersuami, laaaagggiiiiiii cepat terasa hati. kalau dulu masa bujang, bolayan je org nak kata apa. tapi bila dah ada suami, setiap kata-katanya MESTI diambil keseriusannya, walau pun si suami sekadar mengusik atau berjenaka sahaja. aisehhhhh! kes yang biasa kita dengar, 'yang, i tgk u dah makin berisi laa' usik si suami pada si isteri. haaaaaaa! isteri yang prihatin, akan buat sesuatu. isteri yang 'kering' akan buat2 tak tahu. jaga2 ye orang perempuan. kalau suami dah bg 'hint' sebegitu, setahun yang pertama mungkin teaser sahaja. kalau dah masuk tahun kedua, kalau anda tak ditinggalkan, anda bernasib baik. sila mula berbuat sesuatu. anda sedang dalam keadaan bahaya. hahahhahaha! org lelaki plak, kalau nak isteri lawa, buat la sesuatu juga. dok bising je pun tak guna. suh pg spa la, suh pg berurut la, suh pakai mekap sikit la, tapi tak membantu dari segi sokongan rohani dan kewangan. apa ke? suh pg spa, tp anda tak nak temankan, atau kerap la bg alasan tak dpt nak balik awal tgkkan anak ke, ambik anak balik sekolah ke, apa ke. suh pg berurut, banyak sgt bunyi nya pulak. kang nak pg lama ke, makcik tu dtg ke, lama ke urutnya, nanti sapa nak siapkan makan tgh hari/ mlm dia la, mahal ke bayarnya. suh mekap2, tapi dok banding2 laa isteri tu dgn orang lain; dgn adik dia, dgn mak dia, dgn fasha sandha, dgn artis tah mana2. ada ke patut?
  • orang perempuan, takde kisah sangat mcm mana rupa fizikal suami dia. lebih2 lagi selepas berkahwin. makin banyak jerawat ke, kurus kedengking ke, perut makin buncit ke, badan makin gemuk ke, kita takde nak bising2 sangat. yang penting, 'laki kita sihat'. kenapa ekk?
  • emosi orang perempuan, time dekat2 nak uzur, mmg kecamuk. time tgh pregnant pun sama. time nak mengawan pun sama juga! hahahahaha.. agak2 la orang lelaki kalau nak approach yer. kot tgk muka semacam je masamnya, kalau soalan ditanya 'hmm' je jawabnya, elok lah pegi main jauh2. :))
  • perangai? lain orang lain perangainya. pandai2 lah handle. kalau masa bercinta boleh layan, takkan dah kawen buat bolayan, kan? Ini Tidak Adil! hehehehe..
ada pendapat? kongsi la.. apa salahnya, kan? ;)

hari ini 11 Januari..

dah selesai dah pun AJL25. personally, memang kecewa. hahaha. lantakkan lah. i'm not one of the contestants. mujur persembahan malam tu, secara keseluruhannya menarik. mungkin sebab gemuruh, atau juga musim demam+batuk+selsema, ramai performer yang terkucil masa persembahan. The diva in red, bak kata one of my tweeples, 'ke laut'. The best is Francesca Peters. suara dia tetap sama macam dulu. and Ziana Zain, OMG! she's a stunning momma! her singing were sending me goosebumps all over! :) dan pastinya, walau dah menarik diri dari AJL, si cantik molek Siti Nurhaliza tetap memukau. My mom suka sangat dgn Siti nih. we, the sisters pun, suka nyanyi lagu2 dia kalau ada school performance or sekadar nak melalak memekak kat umah. err... my sis no. 4, kureng kot. dia more to rock alternative. heheheh.. bercakap pasal Diva Siti Nurhaliza ni, dengan ini (aichehhhhh!) saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan:-

Selamat Hari Lahir yang ke 32. Semoga anda sentiasa disayangi dan diberkatiNya.

terngin nak jumpa Siti in person. Aritu jumpa kak rozinya saja. pernah jumpa masa Siti tgh rehearsal di dewan MBSA thn 2003 (masa tu i baru balik dari kursus nikah kawen beb!), sebab hubby tau i minat siti, and dia ada kawan2 band MBSA yg bgtau, tu yg dia bawak pg tgk CT rehease. TAPI!! Siti yang cuma selangkah di depan mata, tak terjangkau dek suara saya untuk walau sekadar mngucap 'HAI'. gile terkesima dan terkedu lalu kelu. chehhhhh!! melepasss... hahaha..

maybe one day ada peluang nak bertemu lagi. and when that time comes, i'll make sure i have the strength to say Hi to her. hehehehehhe..

Sunday, January 9, 2011

Jasa baik teman-teman di perlukan..

Sekolah Tabika Kemas Sg Kapar Indah adalah tempat di mana anak-anak saya menimba ilmu persekolahan mereka yang pertama. Sekolah ini masih baru dan persekitarannya bersih dan terjaga namun agak kurang ceria. Umum maklum, sekolah tabika Kemas adalah sekolah yang paling murah kadar yurannya berbanding sekolah tabika/ tadika swasta. Ini kerana sekolah ini diwujudkan kerajaan khasnya untuk golongan pinggir dan luar bandar yang mana pendapatan isirumahnya kurang dari rm1k sebulan.

Sewaktu mendaftarkan anak kedua saya 2 minggu lepas, saya berkesempatan meninjau keadaan sekeliling. Memang ada banyak perubahan namun tatkala terpandangkan satu sudut yang diberi nama 'Sudut Teknologi' hati saya tersentuh. Kenapa? Kerana yang ada cuma mini-compo yang lama. Yang ada dua deck kaset tu. Zaman sekarang teknologi dah pakai Ipod; plug and play. Tu belum cakap lagi bab sistem pembesar suara. Sedih. Suami saya sedang berkira-kira untuk menyumbang sistem pembesar suara (maklum, he's on that field!) namun pastinya mengambil masa. Well, we are not from a very rich family background! Walaupun berbisnes, tidak selalunya langit cerah pada kami. Walau pendapatan isi rumah kami lebih dari RM3k, dengan makan pakai anak-anak yang berempat, dan pelbagai tanggungan lain, kami hanyalah golongan sederhana. Atas sebab itulah, saya mohon pada teman-teman, untuk menghulur sumbangan kewangan sekadar termampu, agar anak-anak ini, tidak ketinggalan dalam mengecap ilmu berkaitan teknologi. Mungkin tidak semua anak-anak di tabika ini yang tidak tahu pasal komputer dan teknologi tetapi majoriti mereka hanya tahu tentang 'handphone' sahaja. Pernah nampak komputer dan laptop tapi tidak pernah mengetuk papan kekuncinya, mahupun menggerakkan tetikusnya.

Sekolah ini mengalu-alukan sumbangan pokok2 bunga juga untuk keceriaan sekeliling. Mural dinding pun sejak dari tahun lepas, masih belum siap sepenuhnya. Taman permainan kanak-kanak pun, baru boleh diguna tak sampai sebulan sebelum cuti sekolah lepas. Peningkatan yang baik, kelihatannya. Boleh dibanggakan.

Andai ada antara teman-teman yang sudi menghulur sumbangan, mohon berhubung dengan saya melalui email eraneerusli@yahoo.com. Jasa baik kalian, hanya dapat ditebus, di akhirat sana.

Jutaan terima kasih, saya dahulukan.

Saturday, January 8, 2011

Bila isu ini akan tamat? Takkan, kot...




sebagai rakyat Malaysia, kita mesti marah, kan?
sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyebelahi negara kita, kan?

sebagai rakyat Malaysia juga seorang Muslim, aku menyeru, mohon kalian berfikir guna akal kurniaan Tuhan, sebelum melontar pelbagai cemuhan, tohmahan dan kata makian.

my handsome Zahin Erza




Demi Allah, kelahiran dia merupakan satu kejutan dan keajaiban. Aku sayang sangat dengan dia. Budak kecik ni dah semakin bijak. Dah pandai mengacah dan menyakat mama, papa dan kakak2 serta abang dia. Sudah acapkali juga kakak darling dia menangis di 'buli' A-een (nama manja Zahin). Dah pandai mengajuk. Dah pandai merajuk. Dah pandai menggodek speaker papa dia. Dah pandai juga mengetuk drum ikut beat. Hahahaha.. Paling nyata, dia dah pandai buat muka kalau kena marah. Dah sah2 mak dia cair sebab muka poyo + ensem dia tu. hehehehe.. tapi, belum pandai bercakap lagi. Hanya mama, papa, lari, nak, nanak, tutu (susu), takde, jom dan tido. New word dia, baru discover few days ago, ialah 'tol' yang bermaksud 'GOL'. Yang lain2, bercakap yang takde biji butir. Mengomel je. Baby talk, orang kata.



Dia suka 'wheels'. Pandai buat bunyi lagi.. asal jumpa stering atau roda, mulut dia akan otomatik berbunyi 'ngeeeenggggg...ngeeeeenggggg'. Memang poyo. Gigi jarang dia, aset utama kecomelan dia. hahahahahah!

Macam mana lah agaknya rupa anak2 bila dah besar nanti ekk? :)
Takpe, asal cukup sifat, tak buruk perangai (mintak dijauhkan, Ya Allah!) tetap cantik dan ensem di mata mama.

Moga selamat di dunia.......... dan akhirat!

Selamat ulang tahun.

  • adik yang disayangi, pada 5 Januari menginjak usia 20 tahun.
  • seorang teman sekolah, mencecah usia 33 hari ini.
  • abang kepada pengapit aku masa kawen dulu, juga 33 tahun hari ini.
  • dan juga pada Mat Gebu, menginjak usia 35, hari ini.

adik aku ECR yang sorang ni, aku anggap budak bijak. heh.. dia mmg bijak, kot. suka benda2 yg berkaitan art. sejak kecik suka melukis/ mewarna. merata juga aku temankan dia pg peraduan macam2. hehehe.. teringat masa keje kat MPH dloo, ada peraduan mewarna dan aku registerkan adik aku ni, dah tu menang tp pertama plak. kehkehkeh.. nasib baik takde kontestan lain yg tau dia adik kpd pekerja penganjur. hahahahahahha.. orang kata, budak yg suka art ni, kreatif dan bijak. well, she is. happy birthday, sis!

seorang kawan sekolah, yang biasa dipanggil 'kakak'. kami membesar bersama, dari kejiranan yang sama. cuma tidak begitu rapat laga2 hidung etc. hahaha. dia kategori lawa bergetah. banyak peminat. lagipun, bapak dia garang. hahahahaha. tapi kitorang selalu juga main galah panjang, selipar tiga, kejar2 etc bersama. ye lah, main depan umah dia. tak ajak join kang, kena marah plak. kehkehkeh.. kami get in touch back again (so called) bilamana suaminya, bekas bassist 7 Collar T-shirt (yg juga senior sekolah aku) merupakan kawan suami aku. 7 collar selalu juga jamming kat studio kami. and selalu juga panggil my hubby buat sound for their show (my hubby is a sound engineer). oh yeah.. what a small world. pertama kali jumpa semula dgn hubby kakak, ialah waktu 'dating' kali ketiga dgn hubby aku. hahahaha.. masa tu, kira dia nak kenalkan dgn kawan2 dia. Ya tuhan, mmg kawan2 dia hampir semua aku kenal! budak2 16, budak 20. sabar jek! pusing2 situ jugak i ended up with. kehkehkeh. happy birthday kakak!!

abang pengapit aku. haaaaa...adik bongsu dia bowler negara. aku panggil dia angah. dah terbiasa sejak sekolah. sejarahnya, masa sekolah projek dulu, aku kawan baik dgn adik pompuan dia (yang blakon iklan worldcup astro tu, yg pakai tudung dukung anak tu..haaa..dia la tu. dulu blakon iklan raya EON, sarah nama dia.. hehehehehe). one day, masa lepak2 umah liza (kawan a.k.a pengapit aku ni laa..) aku tgk si angah ni mcm kucing hilang anak. aku tanya liza apa kes and liza explained. well, aku tlg setakat yg boleh, and dia sgt berterima kasih gila2. aku pun terkedu. hahahha.. bukan apa sgt pun. tah dia ingat lagi ke tak 'sejarah' ni. since then la, dia jd abg angkat aku. hahahahha. dia kawen aku tak dpt pg sbb anak2 berderet tp hubby aku mewakili aku, coz kena setup PA dan perform masa kenduri. ye.. my hubby is also a musician.
happy birthday angah...

Mat Gebu. siapa yang biasa menggagau internet cari resepi, mesti dah terbiasa dgn nama Mat Gebu nih. aku pun dah banyak dok suap anak2, hidang kat suami macam2 resepi dia. suka..suka..suka! walau tak kenal in real life, rasanya tak salah ucap selamat pada org yg dah berjaya membantu aku mengenyangkan suami dan anak2 dgn pelbagai resepi mudah dan sedap (yang kdg2 jadi dan selalunya tak jadi aku buat. hahahahah!) Selamat hari jadi, Mat Gebu. anda sebaya suami saya!

Semoga kalian dilimpahi rahmatNya selalu!

p/s: Jgn lupa bday saya, ye.. hehehehehhe

Friday, January 7, 2011

Herba dan kecantikan - wanita, sila jangan taksub!

bak kata kak dibah noor, org kita mmg mudah taksub dgn bab2 kecantikan yang berasaskan herba ni.

tak dinafikan. memang betul.

bila cakap based on herbs je, semua orang suka. semua org yakin selamat. kadang2, rasa sangat kelakar. cetek sangat ke ilmu di dada, sampai boleh terus mengiakan aje?

baru-baru ni, pernah bertanya pada seorang pengguna FB yg menjual produk kecantikan 'magik' dari korea. soalan saya: halal ke?
jawapan dia: halal, sebab based on komponen semulajadi mcm vitamin etc..

agak2, apa reaksi saya?

apa maksud halal, ye? (saya cari, selidik dan pasti huraiannya sama, lalu saya tempek kan di blog ini!)

Antara firman Allah SWT ialah dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna 'dibenarkan' atau 'dibolehkan' oleh hukum Syarak.

Jakim menggariskan 'hukum Syarak' bermakna undang-undang Islam dalam mazhab Syafie atau dalam mana-mana mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Undang-undang itu juga telah dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan di dalam negeri berkenaan.

Konsep Halalan Thoyiban juga bukan hanya terbatas kepada bersih dan suci daripada babi atau najis tetapi juga mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan.

Antaranya halal dalam cara memperolehnya yang tidak melalui cara haram seperti mencuri, merompak atau rasuah dan piawaian ketat Islam ini juga mencakupi cara pemprosesan serta penyimpanan. Bermula dari ladang sampai ke meja.

Takrif di bawah Akta Perihal Dagangan

Di samping itu, takrif 'Halal' juga diperjelas di dalam Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975, takrif 'Halal' bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum Syarak.

Ia juga bermaksud tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum Syarak.

Ia juga tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengkut hukum Syarak.

Perintah tersebut juga menggariskan peraturan membabitkan penyediaan pemprosesan serta penyimpanan yang tidak bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak di atas atau apa-apa benda yang dihukum najis mengikut hukum Syarak. (sumber: utusan.com.my)

makanya, apa yang menyebabkan kita begitu pasti, kalau bahan2 makanan, waima solekan sekalipun, yang berasaskan herba itu halal? kalau produk korea, thailand hatta new york & paris sekalipun, walau asasnya herba, cara penyediaannya, bersih dan yakin halal ke? orang atau mesin yang membungkus/ memprosesnya, bersih dan yakin halal ke?

jadi, sila berhati-hati. dan jangan mudah terpedaya. esok lusa, kalau ada side effectnya, jgn pula nak mencela dan mencaci maki tukang jualnya, ok? salah anda juga, kerana mudah sangat percaya.

sakit jantung - tolong berhenti merokok, tolong turunkan berat badan dan kadar kolesterol anda



fakta - 60% rakyat malaysia (kanak-kanak dan dewasa) mengalami obesiti dan berat badan berlebihan. Pembunuh utama rakyat malaysia selain dari kemalangan jalan raya, adalah penyakit jantung. Penyumbang utama kepada penyakit jantung adalah obesiti dan tabiat merokok.

Jadi? TOLONG, berhenti merokok. Pada yang dah berumahtangga, kasihan pada anak2 dan keluarga . Yang menghidu asap rokok itu pun, sama risiko bahayanya! Senang cakap, kalau nak mati cepat, go ahead. Pi mati sorang2. Tapi itu akan membuatkan anda seorang yang AMAT mementingkan diri sendiri. Membuat pilihan untuk merokok dah nampak yang anda selfish. Melibatkan ahli keluarga dan orang lain? Teramatlah selfish nya!!!! Tak sayang anak ke? Tak sayang bini? Tak sayang adik beradik? Ya, mungkin sekarang anda kata, masih muda belia. Badan masih kuat. Sepam dua takde hal, tak mengapa. Perlu diingat, sakit tak mengenal usia, ye. Ajal maut pun tak pilih masa.

Untuk rekod, my dad pernah dimasukkan ke hospital 2 kali kerana masalah hempedu (ada batu, beb) akibat merokok. Mujur dia dah berhenti merokok sekarang. My uncles ada sakit/ lemah jantung due to smoking juga. Hanya sorang yang dah berhenti merokok. Yang lain masih laju menyedut toksin, despite the penyakit! Kot ye pun anak2 dah besar, takkan tak nak tengok diorang kawen, beranak, dapat degree etc semua?

Sharing is caring. This post written to show you, how much I care. Please, QUIT SMOKING. Susah? Jumpa lah doktor pakar. Banyak dah di pasaran 'agen' bantuan untuk berhenti merokok ni. Please..Please..Please..

Wednesday, January 5, 2011

bila dikencingkan syaitan.. (tajuk seram ni)

Jam 5.30 pagi tadi, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang nombornya tidak ada dalam simpanan aku, bermakna orang itu tidak aku kenali.

Aku ingatkan, itu mungkin panggilan dari kawan2 yang kehabisan kredit untuk memberitahu khabar buruk; ada kenalan meninggal dunia ke, kemalangan teruk ke dan lain-lain.

Tapi sangkaan aku jauh meleset.

Dalam mamai-mamai waktu yang hampir subuh, aku jadi bingkas dan geram tiba-tiba, bila mana suara di hujung talian mula berbunyi miang. Entah mana dia tahu nama dan nombor telefon aku, suka-suka nak mengada-ngada pagi-pagi buta!

'Era.. era.. abang ni..'
Aku tengok telefon aku berulangkali, sambil gosok2 mata. Ini bukan nombor telefon suami aku, siapa pulak yang gatal nak ber'abang' dengan aku ni? Getus hati aku.
Dengan separa kasar aku tanya 'siapa ni??' 'abang la.. abang awie' ewwaaahhhhh! awie konon!! Sungguh aku rasa nak maki sesuka hati. Disebabkan dah kedengaran bunyi orang mengaji dari masjid berdekatan, telinga dan hati aku mula nak sejuk. Aku tanya lagi, siapa dia. Lebih keras nada suara aku. Sampai si Ziyad terjaga dari lena. Mamat tu bleh plak tanya aku dah bangun ke belum, dah mandi ke tidak. Ehhh! Memang nak kena gamaknya. Lastly, aku sound dia, 'yang kau menyibuk ni kenapa? aku ada anak2 nak urus la! sebelum nak buat apa-apa, ingat tuhan la weii!!' dan dia terus macam menggelabah sambil berkata 'err..ok..ok..' dan tanpa menunggu respon lebih lanjut, aku matikan talian telefon. Sangat benci dan marah dan geram dengan manusia sebegini. Nasib baik husband aku kat atas. Kot tak memang aku dah bagi kat hubby jek suh sound! Gila punya olang!

Ni, no telefon si durjana tersebut : 0162666304

sekolah..sekolah..sekolah...

Dah masuk hari ketiga persekolahan pun.

Anak-anak, Alhamdulillah, ok dan semuanya berjalan lancar.

Cumanya, ibu bapa/ penjaga.

Seringkali kita mendengar para ibubapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi manusia berguna, anak yang soleh dan solehah dan sebagainya. Tapi, pernahkah kita sebagai ibu bapa menjenguk atau melihat ke dalam cermin akan diri sendiri?

Berpeluang merasai pengalaman sebagai ibu, mendaftar dan mengurus bayaran yuran, aturan kelas dan sebagainya, membuka mata dan jiwa. Sayangnya, tidak ramai para ibu bapa yang menurut atau 'faham bahasa' tetapi dalam masa yang sama menuntut anak-anak mereka menjadi mulia dan mendengar kata. Pelik? Tetapi saaaaaangat benar.

Berdepan situasi, di mana diberi arahan mudah oleh guru sekolah; agar ibu bapa tidak mengerumuni anak-anak yang sedang beratur, agar ibu bapa membiarkan anak berdikari dalam jagaan guru-guru, arahan yang semudah itu, kelihatannya amat susah untuk diturutkan. Kenapa ya? Faham, anak baru nak masuk darjah satu. Apalah salahnya andai mengikuti dari jarak yang tertentu. Masih boleh dijangkau pandangan tapi tidak boleh dicapai tangan. Itu belum masuk lagi bab ibu/ bapa yang memotong 'queue' atau barisan sewaktu urusan pembayaran yuran dan sebagainya.

Mana mungkin, anak mahu menurut tuntutan mulia, sedang tauladannya tiada? Jelaslah seumpama ketam, mengajar anaknya berjalan lurus!

menyelit sekejap...

errkkk!!! iklan kejap.

Khas pada yang berminat dengan wangian Avon.

Buy any of these:-
Aromadisiac for Her EDT 50ml (RM59.90) or Aromadisiac for Him EDT 50ml (RM59.90)



and get 1 (one) stoneware Aromadisiac mug for free!!



Kalau nak, sila confirmkan melalui email ye.. eramate@gmail.com
Terima Kasih!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online