Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, July 8, 2011

Multiple Sclerosis

Apa itu Multiple Sclerosis (Sclerosis Berbilang)?  Yang aku tahu ianya cuma penyakit berkaitan saraf. Dan baru-baru ini mendapat 'inspirasi' untuk lebih mengetahuinya apabila isteri seorang sahabat mengidap (?) nya. Barulah aku tahu, punca terlantarnya beliau, adalah akibat penyakit itu. Baca di SINI untuk mengetahui apa itu MS.

Dan tiba-tiba, aku jadi marah pada diri sendiri. Sahabat ku kenali sejak usia 6 tahun, memendam cerita sebegini. Mungkinkah malu untuk berkongsi? Sekolah, malah sekelas, setiap tahun sejak darjah 1 hingga darjah 4. Dia ketua, aku penolong. Aku ketua, dia penolong. balik sekolah pun berbasikal sama-sama. Begitulah seterusnya.. walau sudah tidak sekelas, masih satu sekolah (kecuali form 1, aku di sekolah lain). Back together in one class, when i was transfered back in form 2. Mak dia kenal aku, mak aku kenal dia. Malah, mak dialah ustazah yang bertanggungjawab mengajar aku mengaji, sunatkan adik perempuan aku, mengurut mak aku lepas bersalin, urut kaki aku terseliuh bengkak jatuh tangga dan sebagainya.

Demi Allah, aku berdoa agar Dia mengurniakan ketabahan dan kesabaran pada sahabat tersebut. Moga segala usaha beliau dipermudahkan dan dirahmati. Teman2 juga sudah ku khabarkan tentang musibah menimpa dan derma kilat sudah dihulur tanda persahabatan sesama kami semua.

Teman-teman. Sungguh aku kagum dengan kalian. Moga persahabatan kita tidak akan putus dipertengahan. Moga Allah jua yang membalas jasa baik kalian. Moga Dia jua memberi rahmat atas segala perbuatan.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online