Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, September 23, 2010

hari raya: mercun dan bunga api; sesuatu yang dilarang tapi mesti!

sangat kelakar juga adanya.

polis larang main mercun, beb.. nanti kena tangkap. tapi, apsal ramai gila jual mercun/ bunga api? hatta kat tepi2 jalan pun? agak2 la, perlu ke aku tanya tan sri musa hassan, a.k.a ex KPN yg juga merupakan pak long kawan aku?

aku rasa pelik gak, sbb ada kawan juga yg menjual mercun dan bunga api ni. diorang kata, kena ada permit. mai mana permit? polis bagi. aisehh!! pi amik mercun/ bunga api pun kat balai sana. dah tuh, lagu mana yang tak bleh main? kot bleh juai, bleh laa main.. betui dak?

jenis apa yg bleh main, yang tak bleh main? semua pun depa pakat juai. mai explain sket, kot2 ada yg tau..sharing is caring!

haru betui!

Monday, September 20, 2010

HariJadi, Hari Ulang Tahun dan Hari Raya Aidilfitri...

apa sinonimnya?

hari bahagia.. (hopefully..).

hari khamis lepas, 16 september, adalah hari Malaysia. tarikh itu juga merupakan tarikh lahir anak aku yang ke-3. 3rd bday of my 3rd child. oh, yes..she's 3!

dari secomel dan setembam ini (4 bulan)

hingga secantik dan selincah ini (3 tahun)


Hari ini, 20-9-2010, turn kakak dia pulak, mencecah usia 6 tahun. we managed to buy some goodies yesterday. that was what she asked for, as a gift for fasting for 20 days; to celebrate her birthday with her schoolmate. the glow in her eyes, the blush on her face, it was indescribable. she looked so happy and satisfied. i am lost for words, actually. don't know how to explain it. maybe, this is how moms around the world feel.





birthday girls, september babies!


love you girls, so much! make me proud. make your papa proud and make the whole family; both sides, proud too! go, grow up..be good, be bright, my dear princesses, mama selalu berdoa hanya yang terbaik untuk kalian!


tonight's, we're gonna be at mom's. celebrating my parents anniversary (33 years and going!!!) SUPPOSEDLY celebrated last Saturday but we had a family meeting (mom's side). we're also gonna celebrate these lovely girls' bday along with Mak Ngah's (angah's wife, Zue) bday; she'll turn 30, tomorrow! what a celebration. Thank you Pak Ngah (Eriq Faisal Rusli) for the kind sponsorship!

Wednesday, September 15, 2010

aku jual mate5, minyak wangi 'allstarperfumes' dan juga merupakan reseller agent TM (talian tetap dan streamyx)

kenapa? tak percaya?

cuba klik2 sket link2 yang dah aku letakkan di sidebar blog aku nih. nanti dapat tau sendiri.

mate5, aku guna dah lama. berjaya turunkan berat badan dari 98kg ke 81kg sekarang. lama mana? pg tgk blog mate5 aku, ya.

minyak wangi tu, aku suka2 je join. beli utk diri sendiri. so, kalau ada yg minat, klik2 juga lah yer. tak mahal pun, rm60 je. bukan kena paksa beli ulang2 pun. tak payah cari downline pun takpe. bukan MLM. hehehe.. (aku suka women's set no. 2.. best!)

reseller TM. haa... saper yg nak pasang tepon kat umah, sekali dgn streamyx, sila lah klik2 link/ banner streamyx aku tuh. sementara tgh promo free activation & installation fee nih. details, ada kat blog streamyx aku tuh...(mak teh, kot nak, bg era fotostat i/c jek ye..)

ingat tak boring ke duk umah aa? biz online la best. mcm2 boleh jual, mcm2 boleh buat. tapi ingat, cari dan jual/ buat yang HALAL saja ye. tu, yg segera2 nak dapt duit tu, jgn sesekali terpedaya. mana ada senang nak cari duit halal ni? tuhan suruh berusaha cara betul, ya. bukan cara promosi website yang ntah apa2 dan tak tahu apa yang dipromosikannya. bahaya beb!

perlukah politik dalam kehidupan berumahtangga?

"politik itu kotor!"

kata seorang teman fb.

ya, kalau kotor caranya, kotor lah ia. tapi, setakat yang aku tengok, alami dan amati, memang kebanyakannya kotor. berpeluang menjadi naib ketua puteri cawangan (walau sekejap) memang jadi satu pengalaman berharga. bukan membangga diri, tapi itu ilmu hidup yang perlu dihargai. betapa dalam politik kita boleh sekelip mata menilai manusia. baik yang terang dan nyatanya bertopeng iman berhati nista, mahupun sebaliknya. kasihan, memang kasihan. atas sebab itu jugalah aku meletak jawatan. banyaknya hanya membuang masa. mungkin hanya di cawangan tempat aku ditawar jawatan, aku tidak tahu. kalau ya, memang malanglah nasib aku! :)

walau aku aliran perdana, tapi tidak bermakna aku sokong segalanya. walau aku bukan minoriti, tapi tak sepenuhnya aku bangkang membuta tuli. akal yang tuhan bagi, perlu diasah dan diguna pakai secara logik dan hakiki. punyai suami yang berfikiran terbuka, dikurniai ayah yang luas pengalaman dan akalnya dalam berbicara, menjadikan aku matang dalam berfikir tanpa dipaksa. saat berpeluang meluang masa bersama ayahanda memang aku suka. dia idola aku dalam isu semasa. dia juga idola aku dalam menentu arah tuju kehidupan yang penuh pancaroba. suami, penguat semangat aku untuk terus berlayar dalam arus deras hidup ini. anak2, penyeri bagi setiap langkah yang aku ambil, demi masa depan yang stabil. aku suka bila berbicara soal berkaitan politik dan semasa dengan suami. dia pendengar yang setia. tidak terus memotong bicaraku dan mematahkan hujahku andai ianya bukan sesuatu yang dipersetujuinya. bidasan akan diberinya, dengan cermat dan penuh hemah. ya.. dia macam ayah. sebab itu aku mempersuamikannya! :))

oh ya.. walau aku bergelar suri rumah sepenuh masa, jangan pandang aku hanya sebelah mata. sebab kebanyakan mereka yang merendah2kan aku, dan menolak mentah2 pandangan seorang ibu yang duduk di rumah seperti aku, akhirnya tunduk malu kerana kalah tipis berhujah denganku!

ehh.. bunyi macam membangga diri ke? ampun.. jauh sekali dari niat di hati!

beraya ala kadar sahaja..

saat posting ini di taip, aku berada di melaka. bukan beraya, tapi bercuti saja. kelakar ke? since aku di 'kategori' kan sebagai orang bandar, maka raya adalah sesuatu yang boleh dianggap biasa sahaja. feel nya, kurang. sejak dulu lagi mmg begitu. waktu kanak-kanak, mungkin kemeriahannya bila dapat mengutip duit raya. dah menginjak usia remaja, wang di dalam sampul sudah makin kurang jumlahnya. :) .. Jadinya, dah tak ada apa yang nak direbutkan dan dikejarkan sangat. bila dah berkerjaya, lagi sibuk. sibuk sebab kawan2 akan berebut mintak ganti cuti (sebelum atau selepas raya, ikut turn), sebab diorang nak balik kampung beraya. maklum, aku takde kampung nak dituju. kot ada pun dekat aje, kan..? makanya, memang sejak kenal erti beraya, sambutannya sangat biasa dan ala kadar sahaja.

bila dah berumahtangga, rasa seronoknya beraya sebab ada giliran. ya.. giliran sudah mula jadi salah satu dari peraturan kehidupan. tapi, aku best. tak payah sibuk2 gaduh2 nak pi balik umah mak sapa dulu. mana2 pun boleh sebab masing2 duduk dekat2. sepelaung jek. hehehehe... bila dah ada anak2 ramai, uami aku putuskan untuk beraya di rumah dulu (ye la...dah ada rumah sendiri, kan..) dan akan bergerak ke rumah bonda (ikut turn yg telah ditetapkan) selepas solat aidilfitri. but last year, raya celebration was made at our home. both my husband's and my parents, along with my siblings and in laws family were gathered together merrily. why? because last year's eid fell on the 20th September and that was the date of my 1st daughter's birthday. sangat meriah!

bab duit raya, anak sulung aku dah pandai buat kira-kira. magik la gamaknya. budak2 ni tanpa di ajar akan berbunyi kalau nak dpt duit raya. lebih2 lagi kalau TAK dapat duit raya. chehh!! yang best, aku pun dapat duit raya.. dari mak. tiap2 tahun dapat. termasuk la laki aku. adik ipar aku pun dapat. pendek kata, anak2 dan menantu, semua dapat. seronok, kan? rasa macam kanak2 pula. hehehehehehe. segan tu memang segan juga. sebab kita yang sepatutnya bg dia duit raya tapi apakan daya, blom mampu nak bagi lagi. insya allah, one day..mesti akan bagi! semoga mak dan ayah aku dilimpahi kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik. aminnn...

Tuesday, September 14, 2010

bila yang diuar-uarkan menjadi tidak relevan, ianya umpama pepatah 'bagai anjing menyalak bukit' atau juga pepatah 1 Malaysia'cakap tak serupa bikin!'

  1. Bila jalan2 ke taman tasik shah alam, dengan niat mahu memperkenalkan dan menyemai kecintaan anak2 pada alam sekitar dicemar dengan keadaan yang kotor dan penuh sampah sarap; memang tak memberangsangkan dan bukan hari yang baik dan bertepatan dengan konsep yang ingin diterapkan. apatahlagi, ianya bertempat di shah alam, sebuah nama 'gah' di selangor yang bakal menyambut usia 10 tahunnya bergelar bandaraya 10.10.10 ini. sangat tidak best!
  2. bila negara sibuk 'disuruh' menyokong barangan buatan malaysia dan jenama tempatan tapi dalam masa yang sama, memberi ruang pula pada jualan murah (kononnya) barangan berjenama. tambah kelakar bila situasi ini berlaku di pusat pentadbiran negara, PUTRAJAYA.
  3. bila pihak berkuasa sibuk suruh patuhi undang2 jalan raya, tapi mereka tidak berbuat demikian; memandu melulu tanpa ada siren atau lampu dihidupkan dan TIDAK memakai tali pinggang keledar. ok, memang tak banyak dah yg mcm ni berbanding dulu, tp ianya tetap umpama 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.
  4. bila banyak bantuan dihulur keluar negara, sedang dalam negara masih banyak yang memerlukan bantuan segera.
  5. bila iklan hari raya menjadi iklan 'satu malaysia' oleh stesen tv swasta utama negara, tanpa mengambilkira sensitiviti agama, sedangkan peneraju stesen tv tersebut adalah mereka yang mengaku beragama Islam, khususnya!
banyak lagi sebenarnya. tapi cukup2 lah dulu. yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. peringatan juga pada diri sendiri.

Monday, September 13, 2010

Salam AidilFitri!

asyik post nak marah2 je kan? nyampah btol! :p

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari kami sekeluarga. MOHON MAAF ZAHIR BATIN juga.

aku dilahirkan di spital klang. dan dibesarkan di shah alam. so, takde kampung. hahaha.. yang ada cuma kampung mak ayah aku. mak di slim river, ayah di pulau indah. both my grandparents on my mom's side dah tak ada, rumah atuk pun dah roboh. jadi, tak ada lah kami ke slim lagi. kadang2 je. itupun menumpang ziarah rumah family makyong. pulau indah, sebab dekat, mmg selalu jadi singgahan. suami, kampungnya nuuuuuunnnnn jauh di sandakan, sabah. nak balik, hangkut semua budak2, memang besar kos nya. belum ada rezeki. tunggulah dulu. lagipun, abah dan mami juga dah menetap di semenanjung. cumanya, yang boring kali ni, abah mami balik sabah. kesian my beloved hubby. kami mmg tiap2 thn beraya di sekitar kapar/ shah alam je. selalu habiskan boring time raya dgn pg bercuti. awal2 raya, nak sergah umah org pun, org takde!!

esok, kami ke melaka. cuti, bukan beraya. maka, kawan2 yang kenal, kot nak sergah umah aku ni, sila calling2 dulu yer!!

ehhh??!! dah raya ke? :)

Salam AidilFitri 1431H.

dah raya rupanya. 10 hari terakhir ramadhan, aku diserang bendera merah. bengkek juga la.. tp apakan daya, itu qada' dan qadarNya, kan? kot takde dibagi bendera merah tu kang, dah terganggu pulak sistem dalaman badan kita ni, kan? org perempuan ni sangat kompleks kejadiannya. tapi sangat indah. (ya..ya, aku puji diri sendiri..).

anak dara aku, si erza dalia berjaya mempuasakan diri selama 20 hari setengah. dah hujung2 dia byk terkantoi dgn masakan aku yg tak brp istimewa tp sedap dan marvellous di mata dan hidung dia. takpe. she's only 6.

ada cerita best yang nak dikongsikan bersama. malam raya, aku konon2 nak try last minute bargain di Kompleks PKNS shah alam. pergghhhhh!!!! lautan manusia, jgn cuba2 nak tanya aku mcm mana keadaannya! namun, disebabkan si kecik ensem aku lom ada baju raya (ni kes lengah2 punya pasal, takmo follow up dgn kedai baju dan angah yang salah informasi....haih!!) dan aku pun masih mandom2 sebab takde baju kebangsaan kebanggaan, maka ku redah juga lautan manusia di situ. yang menjadi cabaran, aku terpaksa mengangkut no 2 dan no3 bersama (yad dan darling) sebab no 1 dan no 4 tido, jadi papa malas nak angkut semua. so, papa dan anak2 yg tido tunggu dlm kete yang berhawa dingin sambil mendengar lagu2 best dari cd KRU ULTIMATUM. takpe..takpe..

nak masuk je, aku rasa ada 10 minit beratur. ya Allah..memang giler punya ramai org yg suka shopping last minute di kompleks pkns ni! long story short, after about 45minutes (kot laa..) cari2 dan ushar2 dan kemudian membeli, siap jumpa jiran lama yang bukak booth jual bj melayu lagi, dengan si darling yang kejap2 nak dukung, kejap2 nak lepas, kejap2 memberatkan diri dan kejap2 hilang di balik gantungan baju2 kurung cantik dan menarik, maka kami pun bergerak keluar. melalui jalan sama yang kami masuk tadi, barisan agak panjang dgn para insan yang mahu masuk dan keluar. kebetulan pulak, ada peniaga yang dah nak balik juga melalui jalan yang sama maka satu lane dia dah conquer dgn rak2 baju dia. disebabkan aku bawak anak, maka aku menahan sabar. biasa, mahu tunjuk contoh yang baik pada anak2. si darling ku kendong dan si ziyad aku pegang kemas di hadapan aku. bergerak amat perlahan, mata tetap melilau kot2 ada yang menarik atau terjumpa manusia yang aku kenal. sambil2 deria rasa menjadi extra peka sebab bawak handbag yang dah terkebelakang sebab dukung darling. bukan la ada duit banyak sangat pun, tp dokumen penting tu yang utama dirisaukan. mujur la handbag aku bukan berjenama. malah dah tanggal2 kulitnya. mungkin itu jadi penyebab tidak menarik untuk dicopet! hushhhhh... mulut cabul! dalam pada gerakan yang slow-mo itu, aku terasa ada tolakan di belakang.

aku sound 'saya bawak budak!'.

mula2 slow, lepas tu ada 2 manusia ni (couple, malay) main redah je barisan tadi, mahu memotong queue.

aku sound lebih keras, 'aku bawak budak ni. tak payah la redah2, org lain pun nak balik jugak!'

si minah memandang kerek pada aku. aku balas pandangan dia dengan jegilan.

pastu dia berbunyi, 'cakap elok2 sikit tak boleh ke?'

ehhhh!!!??!!! dia sound aku balik???

aku balas, 'abih, perangai awak tu yang main redah2 je tu, elok ke?' sambil angkat2 kening aku bercakap.

dia dah nampak macam nak berhenti dan mungkin nak bergaduh. oh man, how I was so ready at that time. why? because she was so skinny and i was very confident that i can put her down just with one smack! but lucky her, the man whose accompanying her shoved her away from the scene.

tapi, sambil berlalu dia dengan lancang nya berbunyi lagi 'sapa suruh bawak budak?!'

aih? sebagai seorang manusia yang bergelar ibu, agak2 la, aku naik hangin ke, tak?

lantas aku membalas, 'sukahati aku la nak bawak budak ke, tak. aku ada anak. ko takde anak apa sibuk??!!'

dia dah pusing belakang dah. aku dah mempercepatkan langkah untuk sampai pada dia. memang nak aku tembi muka dia yang penuh jerawat batu itu. nasib baik la laki dia (kot..ntah boipren ke, mana aku tau) tarik dia pergi. nasib baik juga aku ada bawak anak. nasib baik lagi, dia park kat sacc (myvi, kaler hitam). nasib baik aku tak nampak no plat dia. kot tak, memang dah bergaduh kat kompleks pkns di malam raya! oh yeah..!

aku, org boleh maki. tapi, kalau dah libatkan anak2, aku mmg tak boleh kompromi!

sampai di kereta, aku bgtau hubby. dan hubby, as usual akan geleng kepala sambil berkata, 'susah betul kalau dah ada darah banjar ni. nak bergaduh je kejenye..' heh!! nyampah plak bgtau dia. bukan selalu aku bergaduh. masuk ni baru 2 kali jek. (last time, kat shah alam mall, aku marah sorang makcik konon vogue yg umur dlm55 dan mungkin takde cucu, tgh makan dgn kawan dia yg muda sket dr dia kat laksa shack, sebab dia sound anak2 aku bising main2 kat apa jadah toy yang bleh naik kena masuk coin depan laksa shack tu. itupun sebab laki aku cabar aku. hahahaha). masa bujang lain laa.. ada la ntah brp kali ntah.. itupun sebab org kacau adik2 aku. bukti tu, aku ni penyayang orangnya. hahahahaha!

takpe, sebab sekarang dah raya, aku malas nak gaduh2 lagi. cuma perlu diingat, jgn jolok sarang tebuan ye. aku jenis yang susah nak maafkan orang. kalau jumpa balik minah dan org tua tu, hopefully diorang tak cabul mulut. sebab, takkan ada maaf next time, melainkan penampar hinggap di pipi. ya, aku ingat betul muka diorang.

sama kes mcm makcik2 aku yang maki2 mak aku dulu. sampai sekarang aku tak maafkan diorang. 2 org itu, memang aku benci, sampai mati. mak aku kata, yg lepas tu lepas la, jgn dendam2 sebab nanti hanya akan samakan aku mcm diorang (tengok! betapa baiknya mak aku). aku tau tu tapi hati aku memang panas. demi mak aku, depan diorang aku sangat tenang. mcm tak ada apa berlaku. sebab aku tak nak diorang kata mak aku tak pandai jaga anak. TAPI, andainya peristiwa itu berulang kembali, korang jgn lupa, darah yg ada dlm badan korang, yg kononnya menyebabkan korang bermulut lancang tanpa fikir panjang, ada juga mengalir dalam tubuh aku. bersedia aje lah. setiap detik dan butir peristiwa lalu masih segar dalam ingatan aku ni. tangisan korang, masa salam mak aku time raya, hanya lakonan. i can see it! salam konon.. mintak maaf, tp belakang, bunyi2 jugak.. jgn ingat aku tak tau.

makteh dan maktam aku (adik2 ipar ayah aku, biras mak aku), mungkin tau dan mungkin tak tau cerita. tau, mungkin dari side sebelah sana. takpe. moga diorang tak alami masalah sama mcm mak aku. maktam aku, hebat orgnya. mulut dia, saper pun takleh lawan. lantang. tapi berpada. aku suka. dia pandai masak juga!!!! makteh aku, dlm keletah2 dia bersuara, hati dia lembut. mak aku kata, dia jenis yg simpan perasaan juga. ini dua org manusia yg aku sayang. aku sayang pak tam aku juga. dia baik. dia tak suka campur hal org. dia tenang orangnya. dia pandai melukis, mcm ayah aku. malah, dia juga kelihatan mcm ayah aku! cumanya, dia kurus, ayah berisi! anak2 diorang (sepupu aku) pun aku sayang. diorang budak2 baik. sopan dan berbahasa. bagus. ambik yang baik je, adik2! yang buruk campak jauh2 ke laut sana!

(makteh, kes cik imah dulu, masa nenek blom sakit, era tau..)

p/s: makteh aku baca blog aku ni weiii!! hahahahaha.. sayang makteh!!

Wednesday, September 1, 2010

bercakap itu memenatkan

semua nak kena cakap!

penat la. cakap sekali tak nak dengar, berkali-kali pun tak nak dengar.

dah nak terberak baru sibuk nak cari jamban. dah sakit nak mati baru sibuk nak makan ubat!

rimas. sangat rimas!!

bila aku cakap tak nak dengar, dah jadi baru teringat apa yg aku cakap? baru nak kata, 'kalau la aku ikut ckp ko aritu...'? dah lambat beb. mintak maap pun tak guna dah. hati aku kalau dah sakit, susah nak ubat, ko tau! ko nangis airmata darah sekalipun, belum tentu aku maapkan ko.

i may not easily forgive and forget, you know. that's so not me. hard as a rock, you may say. and guess what? i don't care!

i'm tired being nice. tired of being a good listener. tired of being concern of others. but none care about me, none bother to be nice towards me and none bother to listen to me!

should i curse you? nope! i'm still sane. hating and ignoring you is enough torture. the rest, leave it to the one and only.

ahhhh... benci!!!!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online