Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, June 30, 2009

whenever the rain pours, i got soaked...alone

since i was in school; either elementary or high school, i never had a best friend. maybe i was born to be independent, so i do (did) almost everything on my own. i faced obstacles on my own, i managed my life on my own and solved my problems on my own.

i envy those who has a best friend. who has someone to turn to when you're down and in need. someone who could lend you a helping hand, or even a shoulder to cry on. i was someones' best friend once, or maybe twice but i never had a chance to feel or at least experience that moment. i lent my shoulder, of course but none had lend me theirs.

when i was watching tv; movies or dramas which tells a story about friendship or anything related to it, i often touched. i asked my husband almost too often for him to answer willingly; why don't i have a best friend like that?

maybe one day? it'll be too late, i guess.

fitrahnya manusia, menjadi hipokrit itu lumrah

apa yang dimaksudkan dengan hipokrasi tu?

menjadi hipokrit. bidalannya; talam dua muka. bahasa hariannya; berpura-pura.

banyak lagi kot terjemahannya mengikut pemahaman masing2. malas lah nak jadi cikgu bahasa malaysia pulak. tak paham pegi cari kamus dewan, sure jumpa.

aku sekadar nak berkongsi. kadang2 tak dinafikan, aku juga berhipokrasi di alam blogging ni. sumpah aku ingin meluahkan segalanya, tapi terpaksa pula menjaga hati para pembaca yang kadaran tinggi bertalian darah dengan aku. jadi, di situ aku sudah menjadi hipokrit. aku pernah (banyak kali juga) ditegur kerana menulis mengenai mereka yang bertalian dengan aku ini. kes yang hangat sewaktu ketika sebelum aku bersalin, dan juga ada waktunya dulu berkenaan hubungan 'keluarga' yang lagi satu. jadi, maksudnya di sini, kita tak boleh nak luah perasaan. aku hanya ada laman blog ini untuk jadi tempat ekspresi diri tapi ianya juga telah di sekat. malah, mereka yang tak ada kena mengena dengan aku juga (totally outsider, random reader) berani menyound aku atas sebab ini. privasi katanya. hal keluarga. kalau macam tu, baik aku tak payah berblogging, kan? setiap cerita yang aku paparkan, yang aku tulis di blog ini juga merupakan hal hidup aku dan keluarga. jadinya perlu privasi, kan? so, tak payah cerita lah? baik delete je akaun blog ni, ye tak?

tapi, fikir2 balik, pg mampus la sape yg nak sound aku tu. hidup baru setahun jagung, dah sesukanya nak mengajar aku ttg kehidupan. pegi ngaji sana elok2! dah hafizah sok baru bleh kacau aku.

tapi aku tak kisah. sebab mereka pun hipokrit juga. depan aku pijak semut pun tak mati. aku dah jumpa mcm2 jenis manusia, walaupun hidup aku ni baru mencecah 30 tahun.

dan mungkin juga aku dikurnia 'bakat' dapat menghidu perangai manusia yang berdepan dengan aku. samada berniat baik atau buruk. macam ayah aku juga. dia hebat dalam bab 'menilai' orang ni. sebab tu bila ada orang yang kata laki aku mcm2 (even famili sendiri), aku tak kisah sangat sebab laki aku dinilai oleh ayah aku sendiri dan ayah juga yang meluluskannya. so, aku tak salah pilih. tipulah kalau aku kata dia tu sempurna, segalanya baik belaka, kan. tapi aku bangga dengan pilihan aku. nak aku bagi contoh mereka yang degil dan terlalu taksub dengan pilihan sendiri, yang tak disukai/ direstui oleh mak bapak dan in the end menyusahkan diri sendiri? tak payah kot. tengok je dalam tv, banyak drama melayu begitu. sebabnya; tak ada angin masakan pokok bergoyang, kan? kalau tak pernah terjadi, takkan la pulak penulis skrip tu ada idea nak buat cenggitu kan? sebenarnya, kena ikut kata orang tua. memang la konon2 cinta itu buta. jgn la sebab tu nak dibutakan juga hati kita, langsung tak nak dengar cakap mak bapak yang melahir dan membesarkan kita, kan? kot susah esok, sapa yang dicari? bukan mak bapak tu? huh..itupun contoh manusia hipokrit jugak.

aku nak luahkan yang aku benci seseorang ni, sebab dia bukan talam 2 muka lagi, ntah dah brp banyak muka ntah..aku pun tak tau. dalam list YM aku, nama dia aku dah delete. even dalam hp aku pun, aku delete dah dia. aku, kalau dah menyampah dengan seseorang, mmg susah. sampai mati aku menyampah. kot dtg mintak ampun pun, jgn harap aku ampunkan senang2. sama kes dgn kenalan keluarga belah laki aku dulu. aku ingat dia baik, rupanya lagi busuk dari babi. jgn la dia berani nak jumpa aku mintak ampun mintak maaf. aku ludah muka dia nanti. malang mak bapak dia, anak2 semua buat perangai. siap lari pg indon, kawen dgn boifren. dah beranak, baru balik jumpa mak bapak; nak menyusahkan. ni kategori bangsat ni, tau..kalau dia baca ni, biar padan muka dia. itupun kalau dia tau online dan cari blog aku nih.

dah lah. sakit hati pulak bila kenang2 bab ni. sape2 yang benci sangat dengan aku, aku halalkan kebencianmu itu. mungkin aku pun ada benci tahap gunung kinabalu dengan kamu, maka tuhan sama levelkan kita dgn memberi kamu kebencian terhadap aku. untuk mereka yang tak semena-mena nak benci aku, ukur baju di badan sendiri dulu. pg cari cermin dan cermin diri anda dulu. tgk sapa buruk, aku ke engkau. sapa bodoh, aku ke engkau. tgk jugak sapa gemuk, aku ke engkau. kalau kau lebih baik dari segala segi berbanding aku, aku redhakan kebencianmu itu. kalau tidak, aku doakan semoga kau tak lemas bila terjun dalam dunia benci kau itu dgn bertemankan hanya labu-labu mu sahaja!!

Saturday, June 27, 2009

rekaan semata-mata?

kata orang tua2, kalau masa mengandung minum susu atau soya bebanyak, anak akan jadi putih melepak. betul ke? masa aku mengandung, baik yang no 1 sampailah yang no 4 baru2 ni, mak mentua aku bising kalau aku makan kicap atau minum kopi bebanyak. aiseh, dah itu feveret aku. even makan kari pun mesti nak campur kicap? aaa?? tak sedap? gila ah...cuba try test tengok...sedap gila...kari dgn kicap, masak lemak dgn kicap, sardin dgn kicap, semuanya sedap belaka. kopi? just name it, baik 'o' atau susu, creamer atau susu skim, sedap sangat.

tengok anak2 aku yang keluar...samada mood aku masa ngandung suka minum soya, ataupun kopi, hasilnya tetap sama. sebenarnya, aku tak pernah suka minum soya masa aku ngandung. ada sekali dua aku minum, tapi bukan gila2 teguk 4, 5 karton. nak dapat 4 kotak 250ml seminggu pun susah. tak masuk beb. aku lebih suka kopi. pg mcd, kopi. pg DD pun kopi. pg kedai mamak pun kopi jugak aku mintak. abih camno? anak aku, elok yo kuar. takdo plak ghoman eh cam koling ko, hitam logam ko. elok2 yo lah kighonyo.

jadinya, tak botul la kan bondo2 nih semuo, kan? kicap pun, kalau nak diikutkan, dari kacang soya jugak, kan? takde la salah kalau makan kicap masa ngandung, kan? tapi sebenarnya apa yg org2 tua pesan tu, ada baiknya. mungkin dia tak nak kita baham kafein banyak sangat dalam kopi tu, kan. maksimum dalam satu hari, cuma 3 cawan kopi. itu untuk normal person. kalau addict, mau lebih 8 cawan. hehehehe...bab kicap tu..lantakkan je lah. mungkin org2 tua tak nak nanti kot dah suka sangat makan kicap, nanti lepas bersalin pun teringin juga kicap. tak boleh!! nanti luka jahitan lambat baik dan akan ada kesan hitam.

tapi benda yang betul2 kena kawal dan jaga masa mengandung ialah gula dan garam. why? sebab ia akan membahayakan nyawa. bukan saja nyawa kita, tp juga anak dalam kandungan. satu petua yang paling mujarab mak ayah aku bg yang aku terlupa nak ikut dan depa dok ingatkan kat aku masa aku dah bersalin si Zahin; minum ayaq nyioq (air kelapa) bebanyak masa masuk trimester ke tiga dan banyak lagi masa 2, 3 hari nak bersalin. sure baby senang keluar dan ibu dan anak akan sentiasa sihat. insya allah....

gambar suda tukar!!!

arituh ada org komplen, suh tuka gambar profile..katanya aku sudah anak 4, bukan 3 lagi..

nahhhh..hambekkkk....

tukar dah...

Friday, June 26, 2009

kawan, kononnnnn

ini kisah lebih kurang setahun yang lalu...

melalui fesbuk, aku terjumpa kwn sekolah aku ni. exchanged thoughts, hp numbers etc.

the next week, she called. said that she was in the neighborhood and asked if she could drop by. well, actually, masa sekolah dulu, aku bukan baik sgt pun dgn dia. aku budak 'nakal' dan dia aku tak layan sgt sebab dia aku golongkan dlm kumpulan budak 'nerd'. back to the story, aku bgtau laki aku and then she came with her old looking kancil, along with a friend.

bila sampai, nampak je aku dia kelam kabut turun keta, siap peluk cium aku mcm aku ni besfren dia yg dah berthn tak jumpa. aku mcm org bengong jap. takde la buat tak tahu je dgn pelukan dia tu, but aku balas cuma seadanya.

aku ingat dia dtg sebab betul2 nak jumpa aku atas alasan nak reunite ke...rupanya dia ada hidden agenda; promo direct selling. bila dia mention ttg MLM tu, muka aku terus berubah. aku layan dia lagi rendah dari ala kadar; nak tak nak, acuh tak acuh. tp, mungkin muka dia dah tebal mcm dinding konkrit, dia samada tak perasan layanan aku atau buat2 kering hati.

utk buat dia blah cepat, aku dgn berat hati setuju je join dia. hari berganti bulan, dan aku dah boleh terima dia seadanya. until one day, aku tak terima bonus bulanan lagi. aku tanya dia satu soalan melalui sms, kira2 sebulan lepas..."bulan feb, aku buat sales 1k++, aku dapat bonus 100++, aku buat sales biasa bulanan dalam 300++ pun aku dapat bonus 100++ gak. dah tu kalau buat sales bawah 300, langsung tak dapat bonus, apa kes?"

dia terus membisu seribu bahasa. tak balas sepatah pun. aku bg perkhabaran kelahiran anak aku pun, dia tak reply apa2. tepon pun takde dah. kot tak tu, ada je nak call, even dah kul 11.30mlm.

fine, lepas ni jgn harap aku nak tolong dia lagi. nak join apa2 ke, pi blah sana. dalam fb pun, aku ignore je dia. orang, kalau niat tak baik, mcm tu la. konon memula kenmain rajin tepon aku, tanya belakang aku ok ke tak la..rupanya nak promo barang dia. cilake!!

ko tak ada anak, tak banyak benda nak tanggung, tp ko banyak susahkan aku. aku doa ko akan jadi lagi susah dari aku, ko tau..

aku..

tak ada apa yang mahu di update.

selain dari aku terlalu penat dengan anak2 dan diri sendiri.

aku mungkin nampak kuat.

tapi tanpa sokongan, orang sekuat dan jiwa sekental aku boleh luluh..

saat ini, aku hanya mampu bermain dengan perasaan.

menahan konflik diri, tekanan perasaan dan sebagainya seorang diri, di tambah pula waktu dalam pantang begini, aku hanya mampu mengisi borang tenang dan kemudian menghantar melalui hati dan doa kepada Dia, agar permohonan aku diterima.

Wednesday, June 24, 2009

anak2 dan aku...

since a week ago..anak2 dan aku berganti-ganti demam.

now dalia dah 2 hari kebah..Alhamdulillah.

ziyad masih lemah, demam kuat. tak nak makan, tak ada selera. dah seminggu dia begitu. makan kena paksa. ubat lagi la...memang kena paksa. terkincit dalam seluar, almost everyday. muntah2 tiap kali makan, tak terkira. pg klinik, dah dua kali. petang ni, nak pg lagi. disebabkan dia lah, aku bentan. aku 'angkat' dia keluar, waktu dia muntah tatkala sedang duduk di sofa. aku tak mahu laki aku bising2 dan marah2 kalau yad muntahkan sofa, jadi aku yang dalam pantang beranak cesar ini (konon2 terasa kuat) terus angkat yad keluar tanpa banyak bunyi. sudahnya, padan muka aku.

now darling pulak dah menunjukkan tanda2 demam. walau tahap keaktifan dia tidak menurun, badan dia mula panas dan mata sudah nampak kuyunya. jangan la demam teruk..aku tak larat nanti dengan rengekan dia.

harapnya si kecil zahin takde apa2. berat ujianNya ni.

apa itu bentan?

bentan?

rasanya perkataan ini amat digeruni ibu2 dalam pantang. bukan kerana apa. kemungkinan besar kerana risau efek pada badan kemudian hari dan waktu berpantang yang akan bertambah.

mcm mana nak tahu anda bentan?
demam yang menggigil waktu dalam pantang dan rasa seram sejuk. itulah tandanya.

apa yang menyebabkannya?
biasanya ia disebabkan oleh pemakanan yang tah apa2 (udang, sotong, ikan kembung, ikan pari, nangka, dll), kena hujan (gerimis), panas, angkat benda2 berat (cerek air yang penuh, lesung batu, ANAK yang lebih 3 kilo, bakul yang penuh berisi kain basuhan, dsb) dan macam2 lagi.

nak mengelakkannya, jangan la buat benda2 yang berkaitan dengan apa yang disebut di atas. kalau ada maid, 'dera' dia buat semua kerja. kalau takde maid, mintak tolong suami anda buat apa yang perlu. kalau pantang dengan mak sendiri, mungkin lebih selesa sebab mak lebih tahu. (tapi kalau dah anak ramai mcm aku ni, dan mak aku keje plak, lupakan aje). kalau pantang kat umah mertua, pandai2 bawak diri (kalau mertua lebih sayang dari mak sendiri gayanya, it's a privileged not to be wasted!!)















btw, aku berada dalam kategori di atas, sekarang ini. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Friday, June 19, 2009

sayang, anakku sayang

si manis lincah ini masih lagi 'little princess' ku. proses memahami keadaan yang dia sudah ada adik, dan bukan lagi si bongsu nampaknya berjalan baik. mungkin tidak selancar mana, tapi dia mula mengalah. sudah mula faham bahawa perhatian utama perlu diberi pada adik baru tatkala si adik dalam pangkuanku; menyusu. tidur malam juga lebih mudah. darling tidak lagi mendamba tangan aku spt dulu. sesekali sahaja, bila mengigau. dia sudah pandai menepuk-nepuk si adik, bilamana waktu tidur. "bb..shhh.." itulah kata2 dia, memujuk adik. bijak. sangat bijak. ada waktu tersentuh juga, bila melihat dia membawa diri. menyanyi-nyanyi sendiri di luar, menyepah-nyepah bekas makanan dan memanjat tangga. aku tahu, itu cuma sebahagian kerenah anak untuk menarik perhatian. dan perhatian aku bukan tidak tertarik padanya, cuma aku tidak endahkan sangat. aku tahu setiap gerak gerinya. itu juga adalah cara untuk aku memberi lenggok bahasa badan bahawa aku sibuk dengan adik dan dia perlu faham. tapi itu tidak bermaksud aku tidak melayan dia langsung. marah2, pasti ada. itu part of education. dan aku bersyukur, setakat ini semuanya baik.



anak lelaki sulung aku ini, sudah pandai membahasakan diri sebagai 'abang yad'. selalu bertanya pada aku, "ma, yad dah jadi abang, kan?". dan tiap pagi, dia akan mengadap si kecil. mencium-cium kepala baby, usik2 kening, mulut, pipi dsb. tersentuh? pastinya. cuma perlakuan dia itu aku perhati dari jauh. waktu aku sedang sarapan, atau mungkin sedang menyedia hidangan di atas meja makan.sekarang anak jantan ku yang seorang ini sedang dalam peralihan, mungkin. demam; on & off sejak aku balik dari hospital tempoh hari. sudah beberapa kali juga ke klinik. dan hari ini, akan ke klinik lagi. (gambar ini aku ambil secretly. ziyad tak perasan pun).



si kakak, orang yang paling rileks. ada juga demamnya tapi tak teruk mana. 2 hari juga ponteng sekolah. last monday, cikgu dia bgtau dia nangis kat sekolah. baru start schooling dah rindu mama dgn baby. hehehe...ye la kan..mama & baby balik ari sabtu, ari senin dalia dah sekolah. dua ari je dapat tgk baby fully. ni, gambar ni actually her 2nd attempt carrying Zahin. 1st time, around that time juga la, i was on the phone with my hubby and she suddenly appeared next to me with Zahin in her arms. nak tercampak telefon dibuatnya. terperanjat kejap. mementang adik tu kecik & ringan. tapi ciri2 seorang kakak dah nampak sangat pada dia. more responsible, alert and caring. aku bangga. bangga sangat dengan anak dara aku ni.

yang nyata, anak2 adalah nyawa aku. aku sayang mereka.

Thursday, June 18, 2009

mari bertutorial...

video


comel kan? err..Zahin la..bukan papa dia..kehkehkeh..aku kagum jugak dgn hubby aku nih. dia mula mandikan anak aku yg 1st masa budak tu hampir sebulan. then ziyad, pun dekat2 sebulan jugak. darling la best, papa dah mula mandikan dia since birth. now zahin pun papa mandikan. as a wife, aku bangga dapat suami begini. well, may not be so perfect (nobody does, ok) but still the best la utk aku...

papa, happy father's day!!

malam buat perangai..

malam tadi, konon2 nak try test bersiar-siar dengan semua (di ulang, SEMUA) ahli keluarga aku. meaning, dgn aku yang baru tak sampai seminggu dalam pantang, hubby dan 4 org angkatan tentera berlainan pangkat.

aichehhh...

memula dah nampak ketidakbestan suasananya.

darling, soheh tak mau duduk belakang dgn kakak dan abang yad dia. terpaksa aku mengalah. aku duk belakang, bersama baby di pangkuan dan dalia. dengan harapan si darling akan diam di belakang juga. ziyad, jadi 'orang besar' duduk kat depan dengan papa dia. kembang kuncup agaknya hidung dia.

round2 (nenaon) kejap, dalia dah mula batuk2. kebetulan, sepanjang hari semalam dia demam. darling memang tak reti duk diam. 'pang' sekali kat pipi, meraung kejap, baru nak dok terkepit kat aku. then dalia cakap dia lapar. gi kedai mamak kat sect. 3. aku order roti naan. dalia makan nasi dengan papa. banyak juga dia makan, berselera nampaknya. ziyad yang nampak low. nak makan ayam bunyi2 tapi seakan takde selera. darling? uhhhh...bikin gerammmm jek. dok cicah2 naan aku dalam kari, tapi tak makan pun. hisap kari jek...rotinya tak makan. main2 la tu. 'pang' lagi sekali. aku plak bagi. bukan kuat pun..tp sebab sakit hati..mau dekat setengah jam tak abih melalak. geram..tersangat la geram. papa lak kenmain lagi rileknya. sabor betul nih. ajaib..ajaib.

dah siap makan, hangkut budak2 dalam kete. darling dah meraung2. papa gi bayar, bawak baby. time ni aku cubit2 si darling. sambil mulut membebel. sambung lagi nangis dia. papa duk pujuk2, ajak dok depan kat riba, dia tak mau. dok melekat kat bawah ketiak aku. tapi tak lama..lepas tol sg rasah, dia tertidur. baekkkk punya tido, sampai pagi.

dah sampai umah, ziyad plak. ntah apa kenanya. berak kat luar (sebab nak tunggu tutup pintu kete), tak mau kat dalam. dah setel, suh masuk tido, ngadu sakit telinga pulak. ada la sejam lebih kot dia tido, dekat kul 3 bangun, merengek mengada. tak abih lagi sakit telinga dia. dah pujuk bebaik pun, merempannya lain macam. 'pang' juga kena, dengan papa. dua tiga das, sampai meraung. papa bawak gi toilet, suh buang kahak. dah tuh, terus2an dia merengek, apa kes aku tak tau. aku tarik dia keluar, kul 3.30. aku 'pang' kan jugak sekali, bila aku tanya dia sebenarnya nak apa tapi tak di jawab. aku letak minyak kat telinga dia, aku korek, bersihkan. aku bagi dia minum susu coklat lagi. dah reda raung rengek dia, aku ajak masuk bilik tido. aku ingatkan dah setel dah. tak jugakkkkk! baru nak terlayang lepas susukan zahin, dia mula lagi. dok komplen sakit sangat telinga dia. papa cakap dia ngada2 je tuh. nak kat mama je sebenarnya. aku pun rasa mcm tu tapi aku diselubungi perasaan geram dan tandatanya. apa kes tetiba plak, kan? laju je mulut aku membebel 'korang ni bg tanda mama dah nak mati dah ke??!!' aku tengok papa, dia masih lagu tu, maintain rilek. aih...tu pun buat aku wondering jugak. tapi..dah sampai kul 6.30pagi, yad tak tido2, dok merengek jek..kena juga lagi dua, tiga das. this time papa dah tak tahan agaknya. melayang yad dibuatnya. ngantuk pun satu sebab jugak, kan...yang aku heran, bila kena 'pang' takde pulak dia komplen sakit telinga. kan memang sah ngada2 namanya tu. sudahnya, papa paksa dia tido kat sofa depan. aku dah bawak baby keluar. susukan, salin pempes. baby dah tido, dalia bangun nak kencing pulak. aku cakap kat dia, pi mandi terus lah. nak gi sekolah. aku siapkan dalia, mandikan dia, buatkan bekal dan sarapan dia. ikat rambut dia. dia rilek jek. yad dah terjaga. tetap merengek juga. dekat kul 7.30, dalia nak ambik kunci, nak bukak grill. tetiba yad marah, 'tepi la kak..kan yad kencing ni..' aik? bingkas aku rasa seluar dia. check sofa, tak basah..siot budak ni. dah alang2 basah seluar (kencing pun tak rasa, nampak sangat dah ngantuk gila...sapa tak geram???) aku suh dia pi mandi. papa uruskan. takde pulak marah2. aku yang tensi gila dgn budak ni. dah siap mandi dia dok menenggek depan aku. mintak simpati la konon. papa nak siap2 nak hantar dalia sekolah. darling dah bangun. cool jek dia. sengih2. aku suh ziyad pakai baju cepat2. tak pulak dia & darling sibuk nak ikut papa hantar kakak gi sekolah. dok babai2, canteeekkkk je. then aku tengok muka dia yang mandom tuh, aku rasa ada yang tak kena. aku rasa leher dia, rasa dahi dia. sah! demam. setakat kul 11.21pagi ni, dia dok terlepek tido. aku dah bagi ubat demam. takde pulak komplen sakit telinga. tu la, demam mintak sendiri. ntah apa kena budak berdua ni.

kadang2, aku sakit kepala fikir konsekuensi nya. petanda apa2 ke..aku yang tengah dalam nifas ni, banyak setan yang mengelilingi dan aku selalu mudah berada dalam keadaan marah. kuat la semangat hendaknya.

ujian kah??

"ma, kenapa roti tu macam bontot?"

itu soalan anak dara aku masa tengok iklan McDonalds kat tv; Spicy Chicken McDeluxe.

aku terkedu jap. apa la punya soalan kan? tapi itu menunjukkan bahawa dia sangat observative. ha ha ha! sumpah, aku tak mau beli lagi dah burger tuh.

err..ada peminat setia burger tuh ka?

Monday, June 15, 2009

siapa sangka, post ke 100 ku merupakan perkhabaran tentang hadirnya si kecil...

aku pun tak sangka jugak...

sebenarnya aku mengharapkan kelahiran kali ini secara normal.

setelah tiga kali di reject oleh hospital putrajaya (jgn pg sanalah, sombong dah diorang ni) aku dan suami gamble ke PPUM, jam 3 pagi Rabu 10 Jun.

setibanya di sana, tentunya ada sedikit 'habuan' dilempar. maklum, main redah je. mujur aku pernah bersalin di sini, maka aku ada rekod serba sedikit. TAPI, aku tidak direject. malah dilayan dengan baik dan mesra sekali. aku dapat nama manja di PPUM, diberi oleh para doktor yang menerima dan melayan aku. what is it? 'unbooked case patient'.

sepanjang rabu itu, aku dipantau. dan kemudian di masukkan ke wad anti natal. keesokan paginya, doktor yang memeriksa aku mengatakan yang aku perlu di bawa ke wad bersalin. force labour adalah keperluan, kerana aku sudah kekurangan air ketuban. (sebab ini telah aku beritahu dengan para doktor dan petugas di wad bersalin putrajaya, tapi diorang tak ambik port pun). bila aku beritahu doktor yang aku mahu normal delivery, they looked hesitated. well, maybe concern is the better word to be chosen. since aku ada history cesar sebelum ini (si darling la..sape lagi) dan jaraknya tidak terlalu jauh, diorang mencadangkan agar aku terus setuju untuk cesar sekali lagi. risikonya? telah diberitahu dengan jelas dan nyata oleh mereka. namun aku ingin berusaha juga secara normal. mak aku cakap,
pasrah pd tuhan hanya apabila kamu sudah berusaha sedaya upaya.
aku setuju. err..aku memang begitu kot. disebabkan keputusan aku itu, doktor mencadangkan agar aku diberi drip, masuk air agar memudahkan proses kelahiran. dengan harapan aku mampu dan kuat menghadapi kelahiran normal. dengan keyakinan juga yang aku boleh, atas sejarah dua kelahiran normal yang pertama. doktor kata, peratus kejayaan adalah 80%.

menjelang 9 pagi, Khamis, 11 Jun..aku di bawa ke wad bersalin. sempat aku telefon dan beritahu pada suami perkembangan terbaru ini. saat aku terbaring di katil wad bersalin, dipasang CTG untuk memantau pergerakan jantung janin, di pasang drip dan sebagainya, jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9 pagi.

seorang demi seorang doktor (pelatih, tetap dan pakar) menjenguk aku. dari yang tempatan, berbangsa melayu, cina dan india, hinggalah ke antarabangsa, arab dan kaukasia (mat salleh).
sepuluh doktor yang masuk, sepuluh kali juga aku di tanya soalan yang sama.

12 tgh hari,

bukaan hanya 2cm. doktor bertanya samada aku masih mahu bertahan dengan keputusan aku. dan aku tegas.

bila kesakitan sudah mula kerap menjengah, doktor bertanyakan samada aku mahu epidural, ubat tahan sakit. aku refused. tak nak. besides, thrillnya nanti akan kurang bila mana kesakitan untuk melahirkan itu tak terasa dek kesan epidural itu. lagipun, kalau tak terasa sakit, mcm mana nak meneran?

menjelang 4 ptg, bukaan baru 3cm. ya allah, lambat betul. doktor bagi aku masa sampai pukul 7. untuk pantauan pergerakan bayi dan bukaan rahim.

6ptg, doktor pakar menjenguk. masa diberi hingga jam 10 malam. bukaan masih 3cm. sakit? demi Allah, tak tergambar dan tak terucap. aku cuma mampu menyebut namaNya. jam 7.30, aku kalah dengan kesakitan dan ubat tahan sakit diberi. namun, BUKAN epidural. anaesthetician, Doktor Azman memeriksa tulang belakang aku. dan menurut beliau, epidural terlalu kuat dan bahaya untuk aku yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang. aku disuntik ubat tahan sakit yang aku lupa nak tanya namanya. namun hanya seketika berjaya membuat aku lupa akan kesakitan. jam 8.30 aku dikejutkan dengan sakit yang memuncak dan juga gerakan dari doktor. katanya keputusan CTG aku tidak memuaskan. risau dengan keadaan baby dalam kandungan yang semakin lemah pergerakan jantungnya, aku tiada pilihan lain selain emergency cesar. aku dipersiapkan untuk ke operation theater (o.t) dengan begitu pantas. doktor arab ni (doktor khaty namanya), siap dari pagi menunggu aku. dengan tangan lembut dan genggaman kemas, beliau memberitahu, "don't worry, i'll go with you". tersentuh? sangat2!!
borang kebenaran untuk dibedah aku tandatangan. disorong ke o.t dengan ditemani doktor khaty, doktor jega, doktor azman, doktor aida dan seorang lagi doktor yang aku lupa namanya.

sambil2 dipersiapkan, aku bersembang dalam separa sedar dengan doktor azman. untuk menyuntik ubat kebas pada tulang belakang aku (part of procedure), doktor membuat pemeriksaan rapi terakhir. beliau menyatakan, sekiranya aku terasa sakit dan prosedur ini tidak boleh dan tidak berjaya dilakukan, aku akan diberi bius sepenuhnya. bila segalanya nampak ok dan smooth, aku melihat perut aku di sapu apa benda ntah yang warna kuning tu, melalui lampu bilik bedah yang dihala ke perut aku. memandangkan aku masih ada kesan ubat tahan sakit dan masih dalam keadaan mengantuk ya amat, aku mamai2 melihat diri digodek. saat bayi dikeluarkan, dan tangisan kedengaran, aku cepat2 bertanya jantinanya. namun para doktor hanya menambah gusar dan golakan perasaan aku. 'nanti ya..nanti kita tunjuk kat ibu dia..' aku hanya mendengar tangisan anak dari atas katil bedah. seketika kemudian, anak ditunjukkan pada aku. diperlihatkan mukanya, sungguh comel dan aku sangkakan benar imbasan doktor; perempuan. kemudian bila ditunjukkan jantinanya, aku hampir terpekik; tak sangka. lelaki!!!
sungguh, aku lupa sakit yang melanda sejak pagi.

sampai di wad, setelah segalanya disediakan, buah hati baru disorong kpd aku. tak tergambar rasanya kegembiraan aku dan suami. disebabkan aku masih lemah dan sedated, anak dijaga sepenuhnya oleh para jururawat. sesekali dibawa pd aku untuk disusukan. namun, mungkin kesan sedatif juga ada pada anak aku, dia hanya tidur. aku hanya menitikkan susu padanya. maklum, susu awal yang kaya dengan kolostrum amat penting untuk bayi. namun aku amat bersyukur. meski begitu keadaannya, aku dan anak alhamdulillah, sihat.

kami dibenar pulang pada sabtu lepas. itupun aku cepat2 suruh suami urus apa yang patut. sebab anak sudah dikesan terlihat sedikit kuning. kesian dengan anak2 yang bertiga di rumah, aku menolak untuk baby diambil darah dan bertegas mahu pulang. dengan janji bahawa sekiranya melarat, aku akan segera kembali ke hospital. mujur, hingga hari ini, si kecil hensem ini (kot tak hensem pd orang lain pun, aku pedulik hapa..anak aku kan, hensem la pada mata aku..hehehe) segar, sihat, kemerahan dan aktif; menyusu dan melalak. Alhamdulillah!!!!


note: nak tahu kosnya? kelahiran secara pembedahan di PPUM? aku agak beruntung kerana suami adalah pegawai kerajaan. jadi, dengan surat jaminan, kos keseluruhan yang perlu kami bayar, adalah RM33.00. tak percaya? percayalah...

buah hati baru...


sungguh mengujakan...

sungguh juga mengejutkan...

selamat datang diucapkan kepada buah hati baru kami,

ZAHIN ERZA BIN ZAIRI

sepanjang proses kelahiran yang memakan masa 12 jam, aku dikejutkan dengan kelahiran hero, yang selama ini kujangkakan seorang heroin.

sungguh tidak disangka.

hilang sakit melawan maut selama 12 jam, apabila doktor menunjukkan si hensem ini. dalam pada mulut dan hidung aku masih dilitup oxigen mask, aku sempat tercungap menjerit seronok. Subhanallah...kuasaMu aku akui. linangan airmata menyambut si kecil. saat disorong keluar dari bilik bedah menuju ke wad, aku disambut dengan senyum lebar suami. keseronokan dan kebanggaan jelas terpancar pada wajah dan senyumnya. berseri-seri kelihatannya suami tercintaku. hadiah ulangtahun perkahwinan kami, agaknya. bukan dari kami sesama sendiri. tapi lebih bermakna, ianya dariNya untuk kami. saat menaipkan post ini juga aku tak putus digenangi airmata.

ayah aku cakap, "walau setinggi mana teknologi sekalipun, kuasa tuhan takkan dapat dilangkau walaupun seinci."

Saturday, June 6, 2009

papa mungkin terasa marah...

semalam, aku ambik keputusan meng'sms' seseorang.

orang itu merupakan kawan kpd papa. been 2 weeks dia janjikan sesuatu tapi dok tipu2. akhirnya aku tak tahan lagi bila tgk papa jadi marah2 dan mengamuk tak tentu pasal sebab marahkan si mamat tu.

aku sms dia. nombor dia dah tentulah aku dapat dr hp papa.

aku sms dia lebih kurang 4.30pm. dalam sejam lepas tu, mamat tu call papa and papa dapat hak papa yang dijanjikan.

pa, ma bukan nak nyibuk. tapi ma tak suka orang kacau keharmonian keluarga kita. pa jadi marah2 disebabkan apa yang orang tu buat. ma tak suka. sangat tidak suka. kalau pa marah ma, ma minta maaf. terus terang ma cakap, kalau lah kita jumpa dia semalam, dan dia menafikan macam2...tangan ma ringan je nak tumbuk muka dia. sebab tu ma bawak sapu tangan semalam... :) ma sayang papa...mungkin kalau mama di tempat papa, papa akan buat perkara yang sama...

Thursday, June 4, 2009

Happy Anniversary...my deary hubby...

last Sunday was our 6th anniversary.

of course, i've wished my hubby on that particular day. only two days after that, what i saw on his FB status made me cry.

Zairi Zahar

Today is our 6th Anniversary....To my wife Eranee Rusli...I love U...


he's not a very romantic person but he often makes me cry, with such simple yet so lovely words, sometimes.

i love him, of course. he's my life. he may not be perfect, but who is? no one!! i thank God for him, and of course i thank my father for 'approving' him to be my husband.

pa, mama mungkin selalu menjengkelkan papa. ngada2, moody tak tentu pasal dan sebagainya. tapi sesungguhnya dalam hati mama, cuma ada papa.
i love you, with all my heart and soul. i bet you know it already, afterall.

Wednesday, June 3, 2009

Drag me to hell - let's learn English!

Para pembaca budiman...

aichehhhhh!!! poyo gilak!

see the title? well, obviously it is not MY request. simpang malaikat 44.

but i do have queries about it. err..actually it was all brought up by my husband. he asked me a question which i thought i answered correctly but then it kept me wondering, till now.

help!!!! to those english masters out there, i seek your kind opinion and knowledge, to be shared.

what was the question?

why does the title 'drag me to hell'? why not 'drag me to THE hell'?

uhhh..i am not that good in english, you know. i am still learning. my grammar is still weak and sometimes, spellings too!

help me, please?

Tuesday, June 2, 2009

cakkk!!!!

ini betul2, bukan ujian...bukan juga cobaannnnnn!

aku masih belum bersalin.

anak ini masih belum mahu keluar.

jalan pun masih banyak itu juga bukaannya.

false alram, false labour..again!

teman2, i promise..once the baby's out..baru aku bgtau...akan update terus dlm blog nih..





untuk adik2 yg tgh exam, all the best and good luck!!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online