Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, May 27, 2009

aku dah ambik keputusan...

maybe malam ni, atau esok pagi akan terus ke hospital putrajaya.

semalam baby gerak kurang 10 kali dalam 12 jam.

hari ni aku akan monitor lagi. kalau kurang juga, menjelang pukul 8 mlm nanti, mmg aku terus ke hospital.


lagipun sakit nak bersalin itu sudah menunjukkan 'muka'.

aih budak bertuah...

bila masing2 dah terasa sangat pandai..

aku rasa ramai budak sekarang dah takde adab.

mungkin sebab ramai yang dapat masuk U, walau keputusan cuma cukup makan. walau course yang diambil sekadar membolehkan kaki menjejak ke menara gading. mencukupkan kuota universiti.

jadinya, masing2 terasa pandai.

jadinya, disebabkan bergelar pelajar U, maka setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dan kepala otak diorang tu, perlu dan mesti diambil kira, diterima pakai.

tanpa perlu tapisan, tanpa perlu kajian, tanpa perlu fakta sebagai sokongan.

inilah contoh perosak bangsa dan negara, masa depan.

chiittt!!! poooorrraaaahhhhhhh!!!!

Tuesday, May 26, 2009

just a note to remember...

doktor kata air ketuban aku sudah berkurangan 8.6. dalam sukatan apa, aku ak tau. doktor kata juga ia bukan di tahap yang memerlukan 'force labour' kerana ianya di bawah 10 (still aku tak tau apa sukatannya).

so she asked me to monitor baby movements. how? i have to make sure that my baby moves approximately (or should i say, most exactly?) 10 times within 12 hours. and the last moves, the timing must be jotted down.

last sunday, the 1st day of baby movements monitoring, the tenth times was at 1pm (was adviced to starts at 8am). monday, the movements jotted down at 3.40pm. today? now is almost 5pm and the baby only moved 5 times since this morning. had 2 contraction though..i had to hold the pain badly. the pain? is unexplainable. while driving this morning (picking up dalia from school), i was in pain. but as i said yesterday, i have to be strong. for the sake of my children, my family. i am a little worried. i can feel that my baby won't wait till next week.

tomorrow, i'm going for another checkup. if i'm not admitted for labour, tonight.

Monday, May 25, 2009

kelahiran ini terasa semakin dekat

papa kata esok aku last memandu, ambil dalia balik sekolah.

hari ni aku memandu dengan penuh hati-hati. takut dgn mcm2 perkara buruk. kesakitan melilit sekeliling pinggang.

sambil menggosok-gosok perut setiap kali menegang, aku mohon pada Dia dan si kecil di dalam ini, agar menunggu masa sesuai. esok papa masih ada tugasan mengajar di RTM. kalau boleh, biarlah hujung minggu..besides, minggu ni minggu terakhir dalia sekolah. aku kuatkan diri. aku kuatkan semangat. aku kuatkan jiwa juga.

tapi kdg2 tewas juga, dengan pelukan kasar anak2 dan gumpalan mereka sewaktu menggomol aku. tapi tak sampai membuatkan aku menangis. kerana aku sayang mereka. mungkin si adik di dalam perut ini juga sudah mula terasa sayang pd kakak2 dan abang dia.

mungkin atas sebab itulah aku rasa lebih selesa.

semoga selamat semuanya, Tuhan.

Sunday, May 24, 2009

sesungguhnya hati aku sangat sayu...

aku rindu sebenarnya untuk ke sana.

anak2 juga selalu mengajak ke sana.

setiap kali anak bersuara untuk ke sana, aku terluka.

setiap kali kami bersiar-siar dan jejak laluan yang biasa kami lalu ke sana, aku kecewa.

setiap kali anak2 menyebut nama2 mereka di sana, aku tersayat derita.

aku penat menangis dalam hati.

beban ini aku rasakan sangat berat.

look at what you have done.

to me..

and worst, to my children.


suami mungkin terkesan kekecewaan aku. dia selalu juga cuba menghiburkan aku. tapi aku tahu, dia juga menyimpan rasa terluka itu. tempias itu terasa juga padanya.

aku takut aku lebih terluka, jika ke sana.

aku takut suamiku lebih terasa, jika ke sana.

dan aku lebih takut, bila kehadiran aku dan anak2 hanya 'menyusahkan' mereka.

maka kami akan dipandang seperti melukut di tepi gantang.

kerana tuduhan dan labelan itu telah terlempar dan dilekat di dahi kami, oleh mereka di sana.

sekarang, khabarkan pada aku..patutkah aku tidak merasa terluka? patutkah aku tidak memendam rasa dan menangis merintih dalam jiwa?

letakkan dirimu di situasi aku..sedikit sebanyak, mungkin akan terasa pilu.

Friday, May 22, 2009

apa nak post ekk?

sumpah tak tau nak post apa...

malam ni aku di rumah je dgn darling. dalia dan ziyad ikut tok ki dan wan ke tesco.

papa ada recording (sorganina & ezlynn).

mak yong (kakak sulung mak aku) jemput ke rumah dia, sebab ada kenduri sikit. mak aku kata dia nak ke Mekah, tunai umrah. ini ntah kali ke berapa, aku pun tak ingat. aku tak sampai hati pulak nak cakap tak dpt dtg. Insya Allah je yang mampu aku tuturkan. lagipun aku tak larat.

inipun aku lega sangat sebab dalia & ziyad ikut grandparent diorang. ada waktu diorang berjalan, bersia-siar. dan ada ruang untuk aku rehat sikit.

lately, aku perasan anak2 makin berubah. mungkin sebab dah terasa sangat kemunculan adik baru.

dalia, dah 5 malam berturut2 kencing malam. 5 hari juga aku mencuci tilam. masalahnya dia tak terasa pulak tu. selalunya dia akan bangun untuk pi kencing. 1st night dia terkencing, sampai pagi dia tak terasa. aku yang terbau hancing. bila tanya, 'kakak kencing ke?' dia jawab 'tak'. aih.. aritu lagi best. dah bangun, nak mandi pi sekolah. sementara tunggu aku solat subuh, dia lena kejap kat sofa. selesai solat aku kejutkan dia untuk mandi. dia bangun sambil ngadu kat aku, 'basah ma, kerusi ni..' ehh?? aku tengok sofa..aku tengok dia..aku tanya dia kencing ke. bersungguh dia kata dia tak kencing. bila check seluar, soheh! basah lencun. adoihhhhh!! pepagi butaaa...anak dara aku ni...bayangkan perasaan aku time tu..nak marah pun, tak tau apa nak cakap...papa kata mungkin sebab dia baru baik demam panas aritu. sistem dalam badan dia belum recover. mungkin juga. tapi sumpah, aku risau. kalau malam ni pun dia terkencing lagi, esok aku bawak dia gi klinik.

ziyad, yang tembam dan taff (ikut kata dia la..) tu, dah takde selera makan. kalau sebelum ni, dia makan tak ingat, sekarang baru 2, 3 suap dah tak nak. even makanan favorite dia (roti canai dgn kari) pun dia tak lalu. risau, memang risau. kalau dulu dia suka makan sosej rebus cicah mayonis, sekarang dia dah tak pandang. tapi mayonis dia suka pulak! pening juga memikirkannya.

dalili? ouh...si darling ini makin lincah. makin pandai pulak melawan tu. menjeling, jangan cakap la. sudah pandai juga memilih makanan. sudah bijak nak makan lauk je, nasik tak nak. kena main politik kalau nak suapkan dia makan. tunjuk lauk dulu, tp suap nasik. hehehhee...suka buli abang yad dia..yes..buli abang dia. sangat sayang dengan kakak dia. kalau ambik kakak balik sekolah, once kakak masuk dalam kereta dia akan panggil kakak dia, 'kakakkk...kakakkkkk!' dengan suara yang amatlah nyaringnya. pastuh nanti dia salam dan cium tangan kakak dia. hiks! comel, kan? she's only 20months old, yet so adorably clever! tu belum lagi mintak kiss dengan papa tiap kali papa nak pg keje..'aa..kish..' tu la sebutan dia..

aritu aku sembang2 dgn papa..aku ckp, syukur sangat anak2 comel dan bijak. papa balas dengan senyuman. 'anak kita, kan', papa cakap. tu lah..syukur tak terhingga.

terima kasih Ya Allah..

Tuesday, May 19, 2009

Aku sayang sangat sama diorang ni...


senyum ala-ala nak sepesen jek...

punya banyak kerenah, Tuhan je yang tahu.

yang kakak dah makin banyak pengetahuan, kadang2 mama papanya pun terkedu.

yang abang semakin banyak tingkah dan soal, buat mama papa selalu haru dan marah melulu.

yang adik (for the moment, sementara yang dalam perut masih belum keluar..) makin pandai berbicara, walau ntah apa2 bunyinya, selalu bikin gamat suasana.

mereka ini, buah hati pengarang jantung aku.

mereka ini, yang di label 'menyusahkan' oleh seseorang yang dekat amat dgn aku, adalah nyawa aku.

aku sangat sayang dengan mereka ini...

terima kasih ya Allah.

tapi demi Allah juga, aku sayang mereka2 ini...


meski apa pun yang terjadi, tak kira apa jua musibah yang melanda, mereka tetap di hati. walau sedalam mana terlukanya hati aku, walau setinggi mana bencinya mereka (kalau mereka benar2 benci) mereka tetap juga kesayangan aku.

aku redha.

Monday, May 18, 2009

minggu yang penuh mendebarkan...

Ahad, 10 Mei..

balik dari PD semalamnya, darling tiba2 demam. mula2 hanya 37.4 darjah celcius, menjelang zuhur naik ke 38.6 pulak. lepas solat, kami bergegas ke shah alam, menuju ke klinik panel papa. kami ke seksyen 3, klinik tutup, ke seksyen 2 tutup juga, ke seksyen 23, pun tutup. aih...sudahnya kami hanya ke farmasi, beli panadol syrup dan cool fever. mujur darling kuat. dia cepat kebah. dan dia takde merengek sepanjang perjalanan, mahupun sewaktu pergi atau pun balik.

Isnin, Selasa, Rabu, berikutnya...

nampaknya semua ok. cuma aku..mujur anak2 tak ada banyak ragam. darling pun dah cergas berlari..err, dia demam ke tak demam ke, memang lincah. berebut basikal (walau tak pandai lagi main beskal tuh), panjat2 tempat sidai kain aku, ke hulu ke hilir, keluar masuk rumah...tak boleh duduk diam.

Khamis, 4 pagi.

papa kejutkan aku. katanya dalia demam kuat. aku bingkas. tak mahu peristiwa itu berulang lagi. kejutkan dalia, bagi dia makan panadol syrup, lap badan dia dengan kain basah dan biar dia tidur. lepas subuh, check lagi dalia. masih panas tapi tak kuat sangat. aku sms cikgu dia, bgtau dalia demam dan tak dpt dtg sekolah. aku check dalili, ok. check ziyad..ahh sudahhh..dia pun mula dedar. bila yad bangun around 8am, badan dia makin panas. aku bagi juga panadol syrup tu. bila semua dah bangun, kami bersiap. aku panggil maid datang untuk kemas2 dan lap2 umah mana yang patut. then keluar jap gi sarapan. tinggal maid tu kat umah (dia adalah maid yang sama aku panggil since 2 mths ago, for almost every week). lepas sarapan, balik. demam anak2 dah reda. but after lunch (dalia cuma makan capatti; itupun tak abih..maid dah balik), aku bagi juga panadol tu. just in case, coz papa keje. put them to sleep, aku buat keje umah. petang, around 3pm, dalia meracau dalam tidur. yad pulak merengek-rengek. aik? aku check diorang. OMG! panas nya...i woke them up. biar dalili tido lagi, she was ok. aku suh dalia ngan yad bukak baju, seluar. tinggal seluar dalam je. aku lap seluruh badan diorang. bagi diorang minum air banyak. btw, panadol tu dah abih. aku pecahkan panadol dewasa, larutkan dalam air. paksa juga diorang minum. dalia muntah. yad selamba. at 4pm, aku bg sms kat papa, suh balik, urgent. anak2 demam sangat kuat. yad dah tak boleh bukak mata. both of them reached almost 40 degress. aku sangat risau. tak berhenti lapkan badan diorang dengan kain basah. around that time juga, terima sms dari nodie. mau datang katanya. aku cepat2 reply, suh dia kenselkan niatnya coz my children demam kuat. luckily she understood. dia kirim jek thru my hubby. heh..aku suh dia kejar my hubby yang still kat uitm..thanks nodie!! papa sampai umah, bagi aku kiriman ekspress nodie. aku ngadap jap. then aku siapkan anak2. nak ke klinik. sampai ke klinik, tutup pulak. sebab nak maghrib. kitorang shoot ke uitm jap, solat maghrib di Pusat Islam. lepas solat yad kata nak kencing. haih...kat pusat islam tu, toilet nya kat bawah. last2 papa bawak ke tepi longkang je. aku baru keluar. tgk je dua lelaki dalam hidup aku tu kat tepi longkang, aku dah terdetik, 'basah seluar yad ni kang..' dan tepat sangkaan aku. yad tak sempat cangkung dengan betul dan segalanya terlepas...mujur aku memang ada sediakan baju spare budak2 ni dalam kereta. dan mujur juga papa bawak matrix, bukan juara (coz bj spare aku sediakan dalam matrix je, juara kereta kerja papa). dah selesai urus ziyad, kami pi makan sat. since kfc kat sect 2 tu baru bukak dan besar bagak pulak tu..anak2 memang takkan buat pilihan lain, sure kfc. aku order nasi ayam set, sepinggan. kongsi 4 beranak. yad makan boleh tahan. tapi ada riak tidak selesa. dalia makan cuma 3 suap nasi, dan melantak whipped potato (fav. dia!) dalili, makan apa saja. papa, makan ayam. dan aku suapkan juga nasi, occasionally. cepat2 makan, gi klinik baharudin. yad masih tinggi suhu badannya, doktor siap bagi ubat anal. dengan syarat jgn campur dgn ubat makan (means, kalau dah makan ubat demam, jgn sumbat lagi ubat bontot, nanti overdose). dah selesai, kami ke petronas dekat area tesco xtra dan stadium tu. papa beli air, aku bagi budak2 makan ubat. aku suh diorang berehat. pa pg beli sandwich DD (dunkin donuts). selesai papa makan, dalia kata nak berak pulak. aku baru nak gi beli iced latte. pa suh aku gi beli air dulu. then baru urskan dalia. mujur semuanya setel smoothly.

pusing2 kejap. saja ambik angin. anak2 kejap je dah lena. mungkin sebab ubat. sampai rumah, setting tempat tido, angkut anak2 & lena!

Jumaat, 15 Mei...

dalia masih tidak bersekolah. bangun, aku bagi susu. dalam masih dedar tu, diorang main basikal jugak. then aku ajak mandi. lepas tu pa ajak sarapan. lately memang banyak makan luar. aku tak larat dah. aku dah terasa sedikit lain. tak tau knp. lepas sarapan aku bagi anak2 makan ubat. makin reda demam diorang. cuma yad masih kuyu mata dia. mungkin kesan demam kuat semalamnya. menjelang kul 11, aku dah terasa sakit. berkerut-kerut aku menahan. papa urut2 perut aku. masih tak reda. aku ajak papa ke klinik. papa kata ok. aku uruskan anak2 kejap. nak itu nak ini. papa kata tinggalkan anak2 rumah mami. dalam menahan sakit, aku buatkan capatti dan bologna utk anak2. dah itu depa mintak. aku siapkan juga baju2 dan bekal susu untuk diorang di rumah wan nya nanti. sungguh, aku benar2 terasa sakit. dan2 tu jugak, papa pun pening kepala. mungkin sebab cuaca sekarang, bapak panas! lepas mandi, papa terlena kejap. aku plak gi mandi (2nd time, panas beb). budak2 tgh tgk tv. papa dah bgtau diorang, nak pg umah wan sebab mama nak gi klinik. diorang tak banyak cakap. once in the car, aku cium2 diorang. berbekalkan capatti dan bologna di tangan, they left me at home and off to their grandma's (papa's side). aku di rumah, bersiap apa yang patut. papa call, tanya aku cemana. aku cakap sakit on off. pa nak gi solat jumaat dulu, aku kata ok. aku rehat lagi. dengan mata pedih dan perut kencang menegang. lepas jumaat, pa hangkut semua beg yang aku dah sediakan untuk aku dan baby di hospital. kami ke Soraya, tutup pulak. doktor tak ada. berfikir seketika. aku tak nak terus ke hospital, sebab tak nak di tahan. maklum, anak2 ada 3 yang menanti. aku risau. tapi, sebab takde pilihan lain, kami shoot juga ke putrajaya. check punya check, bukaan sudah 1 cm. namun tidak membolehkan aku ditahan. aku ditanya samada nak stay atau balik. pantas aku cakap aku nak balik. selesai, aku ajak papa gi makan jap..aku lapar. papa call mami, bgtau keadaan dan kemudian kami ke OU. hajat nak cari sedikit lagi barang keperluan baby yg belum lengkap. tp kemudian mami call, bgtau yang anak2 aku kembali demam kuat. jantung berdegup tak menentu. mami kata dah bagi ubat adani. aku lupa bekalkan ubat diorang. huh..apa la..bengang juga dengan diri sendiri. lepas maghrib, terus ke rumah mami. sampai je, dalia terus tanya 'baby dah keluar ke?'..pertanyaan dia buat aku yang bergerak macam siput ni ketawa kecil. papa jawab, belum lagi. dah ambil anak2, kami balik. aku bagi diorang makan ubat dan kemudian tidur. aku mmg keletihan dan sungguh senak.

sabtu..

tak banyak cerita. breakfast, pg umah mami kejap hanta pulut kuning dan puding (anniversary mami). yad sibuk nak tinggal dgn wan. lantak. kami gi pusing2 tgk airport subang yang belum siap sgt dan pg lunch. dalia tak nak makan sangat. then back to mami's ambik yad. lepas zohor papa tido kejap dgn anak2. kemudian off ke office. 2 kali aku masak bubur, hangus! bodoh..bodoh sangat rasanya. ntah knp, fikiran melayang dan tak menentu. tu yang sampai hangus tu. last2 aku masakkan papa bubur dengan periuk nasi elektrik. tp jadi nasi lembik. papa balik, solat maghrib dan masak lauk. dia 'sekolahkan' aku kejap dan kemudian peluk aku dgn kasih sayang. sebab tu agaknya aku sewel. aku perlukan dia.. dah makan, aku bagi anak2 makan ubat. sebab aku keletihan, aku masuk tidur awal. aku dan lili lena dalam kul 10.30pm. yad ngan yaya layan terminator dgn papa. ntah pukul berapa diorang masuk tido, aku pun tak tau.

Ahad..

since mami ajak dtg lunch (sempena anniversary dia dan kebetulan ada kakak ipar abah dan anak2 mau dtg bertandang), kami agak relax. aku buat simple breakfast utk anak2. kebetulan org sebelah pulangkan bekas, bagi mee goreng. dah siap semua, kami keluar. since it was only 11am, papa ajak jalan2 dulu. dekat kul 1 kitorang sampai umah mami. then tetamu sampai. makan2, sembang2, solat, tgk gmbar2 etc. tetamu balik around 3. kitorang lepak2 jap, then papa ajak gerak. mami pun nak rehat. nak tido katanya, semalam tak cukup tido. kami ke arah KL. saja jalan2. dalia dgn yad nampak seronok. sebab dah petang, dan lepas waktu nap diorang yg biasa, aku paksa diorang tido gak. yad ngan lili sekejap je dah lena. dalia masih sibuk menyanyi-nyanyi. bila kebetulan papa terima call, dan radio diperlahankan, aku paksa dalia tido. menyusur ke KL, pusing ke sg besi. konon2 nak jenguk muzium tudm, dah kat dalam pulak. papa malas, nak kena tinggal ic lah apa lah agaknya kat pos pengawal tu, kitorang pusing balik. then headed to damansara. singgah kat courts, ushar2 dan beli satu barang. singgah bentley, yad dgn laju menuju ke drum sites. dia memang ada gaya main dram! even the promoter tu pun nampak. masa tgh layan yad main dram, ada dengar bunyi gig kat tkt atas. papa tanya budak2, nak tgk tak..budak2 kata ok. but bila sampai atas, it was too loud. tak sampai 5 minit, kitorang keluar. dalia ajak gi burger king. but mata dia nampak merah. masa tgk2 katil budak kat tkt 3 courts, dalia mengadu sakit kepala. mesti sebab muzik yg terlalu kuat tadi. papa peluk dia, picit2 kepala dia. sempat juga dia testing katil2 yang ada kat situ. yad siap cakap, 'selesa!' hehe..kejap jek lepak ushar2 katil, kami terus keluar. dalia nampak tak selesa. singgah jap makan kat burger king. dia cuma sempat gigit sesuap burger (yang aku dah keluarkan sayur2 dan mayonisnya). milo pun dia takde selera nak minum. aku picit2 kepala dia. dalam kereta tadi dah letak minyak angin sikit. bila papa dah selesai makan, dali papa pangku. tak dan 5 minit, dalia muntah di pangkuan papa. aku agak pelik sebab papa tak melenting. lately dia banyak sabar. lama dah aku perhati. papa bawak dalia ke washing area. uruskan dalia, dan baju serta kasut papa yang terkena sedikit muntah dalia. dan2 tu jugak yad pulak kata nak kencing. aih..td baru kencing. pun papa tak melenting, tak marah2. aku ingat aku yang nak bawak yad ke toilet, to avoid papa dari marah2, tp papa pulak yang tanpa byk ckp, bawakan. dalam kelegaan perasaan, aku tetap wonder. dah selesai, kami terus balik. sampai rumah, rushed bersihkan diri dan anak2, maghrib dan uruskan ntah apa2 lagi di rumah yang patut. papa yang banyak buat. dan dia tak bising2 pun. tak macam kebiasaannya dia. sambil2 layan mentor, papa layan facebook kejap. dia runsing about the next day training kat RTM. i know. he did mention it to me. aku siapkan tempat tido anak2. dalia dah terlepek kat kerusi depan tv. aku dah bagi dia ubat dan sedikit air Yaasin yang abah buat untuk kami anak beranak. aku bg sms kat cikgu dalia, beritahu yang dalia masih belum sihat sepenuhnya dan kemungkinan besar akan ponteng lagi sekolah esoknya. aku lapkan badan dalia, bagi dia cool off. belum pukul 10, aku panggil anak2 masuk tido. mungkin sebab demam, dalia cepat terlena. menjelang pukul 11, aku suruh papa pun tido, sebab nanti nak bangun awal, nak ke RTM. dek kerana si ziyad dgn darling tak tido lagi, sibuk meraba aku atas bawah, papa suh aku switch place kejap dgn dia. biar dia tidokan yang berdua tu. darling still juga mencari tangan papa (dah biasa tidur kat tangan aku, tercium-cium mcm kucing hidu ikan, raba2 tgn aku dari ketiak sampai hujung jari ntah apahal ntah..). yad yang mmg tak brp ngam dgn papa kejap dah berlayar. haih..boleh pulak...!! darling pun tak ambil masa lama. but, by the time papa suh switch back, aku dah terlelap. dia peluk dan kejutkan aku perlahan. tak tahan aircond direct katanya..ye lah.. aku pun naik balik ke tpt aku. dan si darling, mcm ada bau aku yang dia bleh trace plak, terus beralih landing kat tangan aku. heh..!

Tuesday, May 12, 2009

mohon maaf bebanyak...

aku sedang berada dalam mood yang tak menentu.

mungkin sudah dekat nak bersalin.

sakit dan tegang perut ni, keliling pinggang dan ari-ari, hanya tuhan yang tahu. andai kata aku tak update dalam 2, 3 minggu...maap je la ye.

andai aku terberanak dalam waktu terdekat ni, aku nak mintak maap dulu kat semua yang baca blog aku nih kot ada salah silap terkasar bahasa. maklum, pertarungan ini sangat dahsyat. tak tahu penghujungnya nanti menang atau kalah.

doakan aku...

Monday, May 11, 2009

laici oh laici...


lama sudah bah aku teringin makan laici. the fruit itself, not the peeled one in a can.

sabtu lepas, jalan2 kejap. biasa, perjalanan tidak dirancang. pi makan murtabak sat, for lunch and took off to the main road. sumpah takde arah tuju. nenown jek la..then, spt yang aku dah agak, mesti menjurus ke arah klia/ sepang.

aku cakap kat laki aku, mana nak cari buah laici. itu kali yang entah ke berapa aku suarakan pada dia. dia cakap, mana nak cari kat sini..dia tak tahu. aku cakap, nanti kalau sempat kita cari kat cold storage ke, mana2 ke, ekk? dia angguk jek.

we headed straight to klia. tgk kapal terbang jap (hobi kitorang sekeluarga ni..). pastu ke sepang. dalam membuat keputusan nak ke kanan ke, kiri ke, kami singgah zohor jap kat masjid sepang. mementang tak ramai orang kat masjid, budak2 ni buat cam masjid sendiri pulak. mujur tak memekak. puas hati agaknya dapat jejak ke masjid. selalu juga si ziyad ajak ke masjid. nak ikut papa gi masjid lah, nak ikut tok ki lah. bukan tak nak bawak, tp budak 3 thn beb, kot bawak gi solat jumaat, tak kecoh? aku risau dia merayau ntah ke mana time bapak dia sembahyang. kan susah...haish...

selesai solat, we headed to? PD la, mana lagi. and believe it or not, aku jumpa buah laici kat PD!!! punya seronok tak ingat. memula aku dah nampak kat tepi jalan. tapi pa kata bukan..aku salah tgk katanya. aku pun iakan aje lah, sebab aku tak pakai kanta ekstra. sampai pekan, bila berpusing2 cari gerai cendol, ngam2 ternampak peniaga buah tu tgh mengikat dan menyusun buah laici. ya allah..rezeki betul. konfom, aku suh laki aku beli. 14 hengget beb, seikat..tapi aku puas hati. laki aku cakap seronok tgk aku makan. sungguh2! aku cakap, rupa sungguh2 begitu hanya boleh dilihat pd ibu mengandung yang mengidam jek..hehehhe..

disebabkan cuaca yang teramat terik, kitorang decide tak nak lama2 kat PD. pukul 5 mcm pukul 12 tgh hari beb..headed to putrajaya, anak2 nak jogging. hangkutttt...but pg makan jap kat alimaju di charterfield, sepang..ala, pekan koboi tu...dah tuh baru anak2 semangat nak lari2 dan bergayut kat putrajaya tu..dekat maghrib, kitorang balik.

lepas maghrib, papa gi ofis kejap. ada keje sket katanya. okeh lah. aku pun dah ngantuk. so were my children. rasanya belum kul 10 dah lelap dah anak2.

kul 11, aku call mak. dia tgh boarding kat klia. nak ke China ikut rombongan puspanita. saja call..
sempat juga aku wish happy mother's day kat dia. seronok je bunyinya dia nak jenjalan tu.. :) kejap jek cakap dgn mak. dah boarding, kan..kene tutup fon. lepas tu, aku sms papa, bgtau dah nak tido. dah terima reply, aku pun lena..sama anak2...

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

pada aku hari-hari pun hari ibu.

sebagai ibu, aku seronok hanya melihat anak2 membesar sihat, bijak dan gembira. tak perlu wish pun tak apa..

sebagai anak, hari2 pun aku ingat kat mak. tak kisah la ada cerita menarik ke, sedih ke yang jadi kenangan atau kepedihan, semuanya boleh jadi ingatan pada mak.

untuk mak,

happy mothers day.
kakak sayang mak, no matter what.

we move on..step by step..




yeah..

we do.

even though the steps we take are just a small ones, we still feel very glad. indeed we are.

the meeting that took place last Wednesday, was a successful one. we soon, are going to move on a little further. recording will start in maybe a week or two..all has to be done before i am due for labour. when i look at the pictures of our meetings (thanks to nodie; it was beautiful), i can see the glitter in almost every faces; the Sorganina's and my hubby.

when the discussion was over, Sorganina thanked me. and my response was;

i did it because of my hubby...


yes, i did it because of love.

the love i have for my husband, the work he's so passionate into, the look of happiness on his face and the continuity of our beautiful life (insya Allah) due to the smoothness of every job's done.

thanks to Ezlynn, for willing to accept us.

thanks to Adam, who's very kind and keen in helping us.

May Allah bless us all..

Tuesday, May 5, 2009

ini keje nodie...

erkk..takleh nak censored aaa...takde software yang membolehkan akak berbuat demikian,...

ampun yerkkk...

note: ini keje nodie sewaktu kami berYM dan berwebcam...look at the t-shirt i was wearing...LHDN beb...kehkehkeh..

Monday, May 4, 2009

budak ini kan....



sudah semakin nakal dan makin banyak kerenah.....

tu, sapa tahan nak marah lama2 bila dia sengih cenggitu? ada rasa cam nak cubit2 tak?

dah pandai guling2 sebab tak dapat nak bukak peti ais.

dah pandai mintak air sejuk..mengikut sebutan dia yang berumur 1 thn 7 bulan ni 'eir dudhuk'..

akan sebut 'aa..keh...appai..' bila jenjalan dan kereta berhenti, walau pun kat traffic light..

suka menyanyi..tah apa2 punya lagu..

pandai bergaduh dengan abang dia, dah tuh bila kalah suka menjerit dan menangis sambil tutup muka...

suka menyakat dan mengacah orang, even mak bapak dia..

haish..anak sape la nih.,..comel, bijak..

tapi tak larat nak layan kerenah..

kehkehkeh...

itulah si darling...
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online