Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, March 31, 2009

aku tak pernah rasa sakit hati sebegini, apatahlagi dengan darah daging sendiri

dia cakap,

air dicincang takkan putus.

tapi hati aku sakit, sebab dah dicincang lumat dan susah nak terbentuk sesempurna dulu lagi.

budak sekarang, pandai2 belaka. dah tak payah ambil kira mcm mana nak berbicara dengan yang lebih tua.

maaf yang dia ucapkan, ada nada dan bau berlagak. maaf bukan dari hati, tapi cuma nak elak dari jadi bahan atau sebab dipersalahkan.

aku tak terima.

dan kalau ada apa2 jadi pada aku, aku tak nak dia datang jengah.

hati aku dah sakit teramat sangat.

kalau dia rasa tak tenteram jiwa, mintak ampun la dgn tuhan banyak2.

Monday, March 30, 2009

grapefruit..


dah dua minggu teringin. akhirnya dapat juga. rupanya seperti buah oren sunkist, tapi besar. rasanya pula seperti limau bali. sumpah tak manis. yang penting, teringin dah setel. kehkehkeh.

malam minggu..

sabtu lepas, lepas maghrib, keluar jalan2. asalnya nak bawa anak2 berlari-larian di taman awam putrajaya. tapi budak2 ni, masuk je kereta tak sampai 10 minit dah terlelap. makanya, sebab papa pun kesian dengan anak2, 'bawak' mama je jalan2. tu la, sapa suh nyibuk dengan mama papa kat umah. kitorang biasalah, hujung minggu mengemas rumah. sesekali ada papa di rumah, macam2 yang tak terlarat aku buat sorang, nak kena buat.

sementara tunggu anak2 terjaga dari lena, jalan2 lah kami, dari nkve ke damansara, keluar ke sungai besi tengok2 suasana suram bandaraya KL due to earth hour. mulanya kami singgah di KFC NKVE, konon nak gi makan, sebab dalia dah mintak dua hari dah. tapi since dia tidur, we decided to look for another kfc outlet. tu yang bila kitorang reach another kfc (aku lupa dah kat mana, tp lepas tol sungai besi dekat esso station) that outlet was dark. aik? kata 24 jam. takkan tutup? takde la singgah, tengok from the highway je. then baru aku perasan, earth jour laaaaa. aku nampak ramai juga para customer sedang beratur dana menjamu selera. me and hubby ketawa je lah. takkan nak buat u-turn tetengah jalan tu, kan? so we continue our journey.


then papa kata, kita gi airport lah, tengok aeroplane. sampai kat hentian Nilai, papa berhenti. nak makan lah. mujur kitorang takde bikin janji dengan budak2 nak gi kfc. kot tak sure depa ngamuk. order lebih kurang, simple2. budak2 since masih mamai, takde nak makan sangat. besides, maybe masih kenyang sebab aku dah bagi makan sandwich kat umah sebelum keluar. papa order air kat kedai B, tanya anak2 nak apa2 tak, diorang geleng. then papa pg kedai A, order nasi ayam. pastuh tetiba dalia bangun. pegi straight to kedai B. aku ingat dia nak ushar anything to claim kat papa tapi dia terus tepuk2 belakang one indian guy whose standing there to buy some beverages. that guy looked at dalia pastuh blah. and i called her right away. 'yaya, wat apa tu? nak apa? yaya pegang sapa?' she looked up and run towards me. i laughed. aku cakap 'papa kat sana, la. yaya pegang sapa?' dia malu tersipu-sipu. papa yang tak tahu kejadian tertanya-tanya. aku dah takleh tahan gelak, dalia punya hebat dan pandai, tutup mulut aku. konon tak mau aku bgtau papa la kejadian memalukan yang menimpa dia tu. kehkehkeh. lawak sungguh. mana boleh tahan tak bgtau papa. papa pun ikut gelak., 'tu la, konfiden sangat,' papa cakap. dalia terus tarik muka. muncung. tapi tak lama. papa umpan twisties, lega la dia. then we went straight to KLIA.

kat KLIA, punya ramai orang. rimas juga. ntah apa ke hal nya. mungkin sindrom 'yang terbang sorang, yang hantar sekampung' melanda. sumpah ramai. pulak tu pakaian..mak aih. cuba la tertib sikit, kan..kot cuma menghantar ke, menjemput ke, awak tu di luar, bukan di rumah sendiri. KLIA pulak tu, kan. ni pakai kain batik la..seluar pendek sliper jepun la. yang paling tak tahan, pakai baju kelawar. baju tidur. tudung ala sempat dan selipar. jadi untuk mengelak dari sakit mata dan kemudian menjurus pula sakit hati, aku cecepat mengeluarkan diri dari kelompok mereka yang ramai tu.

menuju ke anjung tinjau. papa was holding dalili dan dalia berlari-lari anak mengekor. yad? biasa la anak jantan aku sorang ni. aku gi toilet pun dia nak ikut. singgah ke satu souvenire shop. tengok2, cuci mata. then papa called. aku suh dia jalan dulu, aku masih di souvenir shop. sebenarnya aku tgh ushar bday gift untuk papa. tapi kat airport kan, subhanallah mahal.
dalam perjalanan ke anjung tinjau, kan ada toilet, kan? yad pun otomatik cakap 'alamak, yad nak kencing la.' yad memang!!! nyampah betul.

lepak2 di anjung tinjau, memerhati pelbagai jenis aeroplane. papa nampak excited. FYI, (siap FYI, poyo!!) papa memang suka aeroplane. he knows jenis2nya just by looking at the plane or even just hearing the engine roars. anak2 berlari-larian, keseronokan.

suddenly....

darling mencangkung baeeekkkk punya kat tepi tingkap. when dalia approached, sambil terangguk-angguk dia bgtau kakak dia 'ni okk-okk ni..' aduh laaaa...satu hal pulak si kecik ni. dah la tak bawak diaper dia (ada dalam kereta). papa dah tepuk dahi. potong stim la darling ni. heheheh..sementara menunggu darling setelkan tugas2nya, papa pg cari convenient store dalam KLIA ni. kalau di 7E, diaper yang darling pakai (jenis travelling pack) mmg agak mahal, rm5.20. kat KLIA? lagi mahal, rm8. adoih laaa...lili, lili....hehehehe...mujur tak ngamuk. on the way ke toilet, beberapa kali juga dia berhenti. ingat dah selesai tugas, rupanya belum. jenuh la aku nunggu. puas lah orang yang lalu lalang bertanya, apa dibuat dek anak aku ni. memang haru.

lately papa selalu good mood. dia takde marah2, senyum je. macam seronok je. dia pun ketawa je dengan kerenah anak2 ni. lepas setelkan si darling, kitorang pun berangkat pulang. menjelang pukul 12 tgh malam, kami sampai ke rumah. dan sepanjang perjalanan, rasanya seronok je.

pa..ma seronok kalau papa seronok. tp kenapa ma rasa tak sedap hati ni?

Friday, March 27, 2009

my hearts still ache..

i am a little calm.

what had happened, been told to my beloved hubby.

he wasn't even shocked. well, maybe he was but he didn't show it. he was so relaxed. but truly, i don't want him to judge anybody. i don't want him to speculate on anything. i asked him to be as neutral as he can be. no sides. and he did.

the calming hug and the loving kisses he gave on my head, really helped. i cried in his arms. silently. no matter what people say about him; not handsome, not this and that, just a govt servant, just a nobody or what so ever, i still love him. he's the only whose listening and whose there comforting me when i was down and hurt. he's the closest one to me. if anybody claims that they know me well, it will be nobody else, than him (who knows me the best that i can tell).

i feel better, calmer. more relaxed.

my heart still ache, though.

Thursday, March 26, 2009

bila yang disayang paling mengguris hati

dia aku sayang, sanggup cuba buat yang termampu, yang aku terdaya untuk make the day...

mungkin sebab dia sudah dewasa.

maka dia selayaknya mengguris aku.

kesannya? terlalu dalam menusuk jiwa aku. sampai mati pun takkan hilang.


dia sudah punya hak bersuara. dia sudah 'nampak' dunia. dia berada di menara yang mana aku tak jejak..dan aku jauh sayup di bawah, merasa tempias kata-katanya.

cuma nanti aku harap, tempiasan tak memercik kembali padanya.

bila niat disalaherti..

bila aku tinggalkan pesanan, tak semua menilai di sebalik yang tersurat.

mereka ketawakan aku. anggap aku seolah-olah ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

sebab aku tahu aku tak pernah berjalan lurus, maka pesanan aku sampaikan pd mereka yang sempurna.

sebab aku tak pernah disinari bintang bergemerlapan, maka aku sampaikan pesan pada yang sedang mekar dan bersinar itu..

sebab aku adalah kain hitam, maka aku sampaikan pesanan pada mereka yang putih bersih, agar tidak mula memalit noda.

cause i'm the biggest pain in the ass, i asked them not to start being one!!

and i'm being laughed at..by all of them.

aku pesan sebab aku tak buat begitu dulu.

aku pesan sebab aku dibenci sebab tak buat begitu dulu.

aku pesan sebab tak ada orang yang guide dan pesan pada aku, dulu.

dan sekali lagi...aku diketawakan.

sebab aku bukan graduan. sebab aku bukan pilihan. sebab aku bukan sebaik acuan!

dan mereka senang berkata-kata dan mentertawa, sebab pesan yang aku beri mungkin pada mereka yang bijak pandai dan disayang ditatang, sebenarnya tidak layak dan tidak patut keluar dari mulut aku untuk mereka.

aku bukan orang yang baik, dan aku berusaha jadi sebaiknya. pengalaman aku yang buruk dan jelik, aku buat panduan dan cuba beri pesan agar tidak ada yang tersungkur seperti aku. aku tak sangka, niat aku disalah erti.

aku pernah jahat, dan aku tak mahu mereka jahat. lalu aku berpesan.

aku tak sangka, aku cuma melukut di tepi gantang.

aku tak sangka, aku cuma duri yang melekat pada mereka.

yang baik mmg tak nampak..sebab tak banyak baik dari aku yang mereka terima. yang buruk itu yang lekat padu, sebab itu saja yang terlihat di mata mereka.

aku redha. redha sangat2.

terima kasih.

Wednesday, March 25, 2009

nak cari side income..nak cari side income..!!

aku tgh berusaha skaang ni nak tambah pendapatan kuarga.

not saying la yang kitorang sampai tak cukup makan pakai ke apa ke, just nak buat penambahan pendapatan untuk persediaan masa depan.

aku tgh promo zhulian..kat blog lagi satu ni..

sesambil tu, tlg hubby memana yang patut regarding our recording studio. dia suh blaja jadi PR. setakat ni baru dapat kontek 1 artis. muehehehhe..

tapi, kira aku terer gak la kan, sebab dapatkan Tony Fernandes utk adik aku dloo...kan?

sesapa yang tolong promo, dan ada buyer..aku kasik komisen!!! mueheheheheheh...

utk adik2 aku yang nak cari side income gak, tlg promo site tuh je...akak kasik baeeekkkkk punya komisen..

lu tolong gua, gua tolong lu balik la...mana de benda free dalam dunia ni, kan?

pregnancy kali ini..tenang tapi merisaukan..

ya betul!!

tak banyak ragam, tapi banyak kekonpiusan.

for the first 4 months, asyik lari je due date. tak tetap. fine. bila dah masuk bulan ke 7 ni, dah doktor suh check darah pulak. for the 3rd time..suspect apa? diabetes. ahhh....tak sukanya!!!!!

my 1st and 2nd was induced, due to high blood pressure. the 3rd baby, thru cesarian due to kemalasan baby nak keluar dan takut suffocate kat dalam sebab respons dia dah lemah (huh..dia ni la kenmain lasaknya sekarang nih!!)

now, aku risau kalau betul diabetic. aku kontrol gila makan. minum banyak air sampai batuk ke, bersin ke, ketawa ke, sure terkencing.

next friday (3/4/09) aku gi checkup lagi. hopefully ok.

Monday, March 23, 2009

realiti itu pedih, sebenarnya..

bila aku baca entri ini, aku rasa sedih. bagaikan aku berada di tempatnya. aku juga pernah berasa sedemikian, tapi mungkin tidak sehebat bebanan perasaan dia.

sabarlah. cari kenangan indah, tutup rasa yang tak enak itu.

kelopak mata aku tak berhenti berkedip....

dari semalam...

memula belah kiri, dok twitching tak berhenti. aku jadi rimas dan tension..

singgah umah mak, sesaja. sembang2 dgn mak. ayah masih belum sihat sepenuhnya. mak kata masa beli brg2 dapur dgn ayah di giant, ayah nampak lemah dan mengadu dadanya berdebar-debar. aku tanya mak, kenapa tak ajak kak chik ke pg beli barang..mak kata kak chik keluar.

uhhh..aku tak tau nak marah ke, nak apa ke..

kemudian, aku dapat tahu yang nina pun ada kat umah.

aih..ni cemana ni, nak marah ke tak ni?

sembang2 lagi, mak kata risau nanti ayah mungkin akan masuk hospital semula. ayah memang nampak tak sihat semalam.

sumpah aku risau.

dah lah kelopak mata ni tak berhenti bergerak. kalau ikut org tua2 kata, mmg aku akan ngeri. tapi kalau ikut saintifik, puncanya adalah penat..aku rasa lebih menenangkan hati.

adik2, kalau ada kat umah, tlg tgk2 sikit apa2 yg perlu, time ayah tak sihat ni. kakak dah tak duduk sama, yang boleh kakak buat cuma berpesan je. jgn semuanya tau ada. tolong2 bantu2 apa yang boleh. jgn tunggu kena suruh, pastu mcm terpaksa buat dgn muka kelat. sok kalau ada apa2 jadi pada ayah, mak, time korang sedang free2 di rumah, suka2 dgn kawan, sape yg susah? sape yg bakal rasa gelisah? dan dah tentu kakak akan datang marah2! ayah tu dah nak masuk 60 tahun. bukan muda lagi. mak tu dah lebih 50, pun tak muda dah. dok kerja hempas pulas macam2, diorang tu kuatkan semangat demi anak2 je tu. angah yang belum 30 pun penat, bayangkan ayah pulak, cemana? takkan dah besar2 nak kena marah dan sergah lagi, kan? bijak pandai memasing, ada akal sepanjang china's great wall, guna. jgn asyik keluar, jumpa kawan dsb. family first!!!! nak keluar, walau nak gi kedai pun, BGTAU MAK, AYAH!! kot ada apa2 jadi, mak ayah jugak nanti yang susah. kakak cakap based on experienced. bukan nak marah2 atau tunjuk pandai. this is also my resposibility as the first child. jgn harap angah saja, dia ada keluarga juga. korang dah besar, dah dewasa.

TOLONG, TENGOK2 DAN JAGA MAK AYAH DI RUMAH.

Saturday, March 21, 2009

sedikit kutipan dari laman Tuk Det

Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.


Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.

more, here...

Ayah - 2

semalam dapat juga gi tgk ayah.

dah sihat nampaknya. tapi cerita dari mak buat aku sakit hati.

mak kata pd awalnya mereka bawa ayah ke Salam Medical Centre, seksyen 19, shah alam. tp terlalu banyak kerenah birokrasi. dan yang aku paling sakit hati mendengarnya ialah kerenah kebiadapan receptionist klinik pakar di hospital tersebut. kalaulah aku ada pd waktu dia berlaku biadap pd mak ayah aku waktu tu, paling sikit pasti sudah aku bahasakan. jgn tanya la paling hebat apa akan aku lakukan...kot tak aku maki, aku lempang je.

aku pantang orang biadap dengan kuarga aku. apatah lagi dgn mak ayah aku. mujur juga pd waktu itu kak chik yang hantar. aku rasa kalau adik lelaki aku (angah) yang hantar, memang dah kena receptionist tu, agaknya.

ayah ada campuran darah jawa+banjar. mak kata org banjar ni 'jahat'. entahlah...

tapi kitorang tak jahat...

kecuali pada orang yang buat jahat dengan kitorang..ngeh..ngeh..ngeh...

Friday, March 20, 2009

tujahan pendapat, tumpahan idea dan realiti hidup

tajuk entri cam skema, kan?

1st of all, welcome back to AMI. lama tak tgk komen dari dia, mcm kurang pulak blog aku ni.. walau dia cuma seorang yang aku temui di alam blogging ni melalui adik aku, dari goresan komen dan ketukan huruf2 nya yang ditinggalkan di blog aku ni, aku rasa dia budak baik. seorang yang nampak gayanya ada masa depan yang cerah, insya Allah. (akak doakan yang terbaik utk kamu).
salam tahniah juga untuk adik Ami yang skor hebat dalam SPM. err...dia takde masalah pun dalam PPSMI, kan?

walau aku tak selalu memerah idea dalam kepala mengenai isu semasa; samada ianya hangat atau suam2 kuku je, aku terasa yang kadang2 pendapat tak seberapa aku ni selalu pulak diambil serius. dan selalunya oleh orang yang boleh aku kategorikan sebagai bijak pandai pulak tu. honestly, aku cuma orang biasa yang tidak ada diploma atau ijazah dalam bidang yang khusus. ya, mungkin jejak kaki ke itm tapi cuma pra-diploma.

terasa hebat pula. :|

ayah dah ok nampak gayanya. aku belum lagi berkesempatan melawat. kami sekeluarga pula diserang pelbagai virus. musim, kata doktor. semalam gi checkup, aku diberi suntikan tetanus. sesungguhnya aku orang yang kuat semangat, tak pernah takut dengan jarum suntikan dan pada aku benda tu biasa je. tapi entah apa ujian dan dugaan, kesan dari tetanus shot itu, aku jadi lemah seluruh badan. sengal2 dan bisa2 keseluruhannya. menambah perisa, darling juga diberi suntikan imunisasi terakhir, semalam. sudahnya, dia mengamuk sepanjang hari. dan menjelang malam, demam pula menyerang. papa juga berjumpa doktor, severe sore throat hingga doktor memberikan antibiotik dan MC. anak2 aku yang dua itu? dari last monday tak henti2 batuk. ziyad batuk agak teruk. asal malam menjelma, batuknya mengalahkan orang tua yang ada bronkitis. heh..tiap2 malam aku terpaksa tidur2 ayam (memang sejak dah ada anak, aku begitu). sekejap2, darling merengek, kang pastuh plak ziyad terbatuk-batuk. tu belum cerita bab muntah pulak. dua malam lepas, aku kena mencuci napkin yang dimuntahkan ziyad jam 3 pagi. sebelum tu plak, aku penat mengelap rumah, bahana si darling yang muntah2 tak kira tempat. ye la, baru setahun setengah umurnya kan...

hari ni, aku amat penat. kepala terasa sakit teramat. harapnya anak2 tak meragam teruk.

Wednesday, March 18, 2009

Ayah..

last friday, aku berkampung di rumah mak selama 3 hari, suami aku ada kerja sempena ekspo selangkah ke uitm di stadium malawati. aku kembali ke rumahku ahad lepas.

the next monday, aku dapat sms dari kakchik;

'ayah masuk wad, tak tahu lagi sakit apa'

aku terduduk. macam2 terbayang.

kemudian aku gagahkan diri call kak chik. dari cerita dan suaranya, aku rasa ayah tak teruk. mungkin cuma perlu banyak rehat.

namun aku tetap lemah. berusaha setenang mungkin dalam perbualan dengan kak chik, tapi aku kalah bila aku memberitahu berita itu pada suami. belum sempat bermukadimah, air mata sudah laju menitis. tak mampu dibendung lagi. entah. mungkin suami tempat aku meluah pelbagai rasa. dan aku rasa dia orang kedua yang manjakan aku (just the way i want it) selepas ayah. mungkin juga kerana suamiku banyak resembles my dad. makanan kegemaran, tahun kelahiran mengikut kalendar cina (thn naga), hobi dalam muzik (my hubby's a musician, and so was my dad), pengalaman kerja; walau sedikit nak dibanding antara keduanya tapi banyak yang sama dan mungkin serba sedikit perangai mereka. orang tua2 kata, orang perempuan selalunya akan mencari jodoh yang sedikit sebanyak seperti ayah mereka. mungkin la kot...

dalam setengah jam kemudiannya, selepas susah payah menahan diri dari terus dihanyut rasa, selepas dengan tenang di pujuk suami, aku menghubungi emak. penjelasan emak kemudiannya membuat aku makin lega. daddy was okay. low blood pressure, nothing serious to be worried about. he needed rest. thought of visiting dad on that monday night, after maghrib (my hubby got off from work at 7pm, everyday) but then i was afraid of my children creating a mess. well, i have 3 and of course they won't sit still and quiet, right? called my mum and she said 'no need to come. daddy need his rest.' entah mengapa aku rasa ianya menenangkan. sungguh meyakinkan. itu pulak hebatnya kata2 seorang ibu. mampu mengubah segala rasa dalam jiwa.

hati ini bergolak juga untuk pergi melawat ayah, namun berbelah bagi dengan tingkah anak2 aku nanti yang pasti tidak akan beri ruang untuk ayah berehat. nanti pasti ada yang sibuk nak duduk atas katil atuk, nak minum air atuk lah, nak sibuk tengok toilet lah, suruh tukar channel tv lah dan macam2 lagi. jadi, aku ambil keputusan untuk tidak melawat ayah, tidak mahu membebankan dan menyakitkan lagi ayah dengan tingkah anak2..kadang2 aku rasa macam faham dengan ayah, yang tak berapa selesa dengan kanak2. tapi aku semacam terperasan yang ayah mungkin terasa, kenapa aku tidak melawat dia. mungkinkah?

tadi aku call emak. ayah dah discharged. on the way balik. aku tanya mak, ayah cemana..mak kata ayah ok. esok mungkin aku akan pergi tengok ayah dan bertanya khabar. insya allah.

berat sungguh rasanya tanggungjawab bila sudah menjadi isteri, ibu dan anak ni. banyak hati perlu dijaga, dan seribu macam rasa perlu di tanggung sendiri.

Sunday, March 15, 2009

isu bahasa - 2

PPSMI.

pos aku berkenaan isu ini turut berjaya menjentik seseorang. dan seseorang itu nampaknya begitu beria menekankan ia tidak sepatutnya dilaksanakan, dengan alasan 'bagaimana nanti budak2 kampung..bla..bla..bla..'nampak remeh juga alasan beliau. nampak juga tidak relevan kerana hanya menumpu kepada pelajar di desa. beliau ini juga bukan main bangga dengan memberi contoh anak beliau yang masih kecil namun sudah pandai juga berbahasa inggeris. nahhh... pokok pangkalnya di situ, boleh nampak. kalau dari kecil di beri tunjuk ajar, di bimbing dsb, mesti pandai, kan? aku macam terasa-rasa yang beliau telah menepuk air di dalam dulang..

tepuk kuat2 pulak tu.

pendek kata, aku minta agar kita jgn merendahkan kebolehan dan kemampuan bangsa sendiri. sepatutnya pd yang claim diri mereka cerdik pandai ni, cuba intai mana anak bangsa yang nampaknya terkial-ial meraih ilmu lalu beri bantuan pernafasan sebaik mungkin. bukan terus bagi nyawa sendiri untuk kelangsungan hidup orang lain. faham? kalau tak faham pegi belajar bahasa melayu semula.

even Tuk Det pun dah beri penjelasan ttg isu ni.

dahhhh..ada pulak yang kata aku taksub dengan mantan PM kita. deliau orang berilmu, kalau aku nak taksub pun, pedulik la..kan? aku nak kutip ilmu, bukan nak pilih bulu atau buat2 buta dengan apa yang berlaku atas alasan aku ni melayu.

Thursday, March 12, 2009

Elsa Soraya, Yuna, MHI dan UiTM

kalau aku membaca blog ElsaSoraya, pasti akan ada lagu berkumandang dari music playlist nya. sekian lama lagu itu aku siulkan, masa mandi ke, masa memasak, mahupun masa mengenjut buaian anak kecik aku, sumpah aku ingat it was a foreign artist. at first i thought she was indonesian artist but mendengar suaranya, aku terasa dia org inggeris.

dan pagi tadi, aku menonton MHI.

pernah tgk cerita 'the mask'? bayangkan my jaw dropped like jim carrey in that movie, bila mana terpandang gadis molek bertudung ayu yang bernama YUNA itu adalah malaysian.

dan lebih menambah kebanggaan, dia anak melayu yang merendah diri lagaknya. kelihatannya sopan dan berbudi bahasa. err..tak tahu la pulak keadaan diri sebenar beliau di alam nyata, kan..aku bukan kenal dia.

rupanya dia student law dari uitm...

bangga tak?

note: mesti dia pun sokong PPSMI. ha ha ha...

tapi aku wonder juga, apsal radio uitm takde nak promo banyak indie artist yang rata2 student dia, ekk? bila dah kuar kat komersial media, baru nak terasa tempias dan kemudian terhegeh-hegeh join bangga. patutnya jadi la pelopor. penerbit tak buat keje la nih...tidor je ke kome, yeop?



Tuesday, March 10, 2009

apa isu sebenarnya tentang bahasa?

PPSMI atau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah enam tahun dilaksanakan. Adik aku yang sekarang dah darjah enam, kenmain lagi terer aku tengok penguasaan bahasa inggeris nya dalam kedua-dua subjek tersebut. last week aku tanya dia, 'dik, ko ok ke bab math ngan sains dlm b.i?' dia cakap, 'ok je. best apa..'

so, apa sebenarnya yang digembar gemburkan ni? ada tak mereka 'itu' bertanya pada si empunya diri yang belajar atau dalam pelaksanaan PPSMI ni? budak2 ni, suka ke tak belajar kedua subjek utama dalam b.i nih?

pada pendapat aku lah (di ulang dengan tegas dan tepat; PENDAPAT AKU), benda ni sepatutnya diteruskan. bukan nak bermegah-megah dengan bahasa asing dan bukan pula nak meruntuhkan kedaulatan bahasa ibunda kita. kita sepatutnya memandang ianya sebagai wadah menambah ilmu. ilmu itu perlu dicari dan di gali, semoleknya dan sedalamnya, untuk bekalan hidup. Nabi kita s.a.w juga pernah bersabda, menyuruh kita menimba ilmu, biar sampai ke negeri China. apa maksudnya tu? sudah pasti kerana Nabi s.a.w tidak mahu umatnya berada dalam keadaan mundur dan hanya menadah tangan dan ngangakan mulut untuk meneruskan hidup.

kenapa agaknya perlu berdemonstrasi di jalanan sebegitu? sudah habis segan dan malukah kita? kelibat mereka yang berwibawa dan tokoh2 bahasa dalam demonstrasi itu amat mematahkan jiwa. apa perlunya? dan apa relevannya? mereka yang sudah ternama ini, mempunyai ilmu yang tinggi dan bahasa inggeris itu sendiri dalam hidup mereka sudah seperti makanan dan minuman yang mereka teguk dan telan hari2. mereka sudah arif dalam bahasa tersebut tetapi mereka ini yang sepatutnya mengajak orang lain supaya menambah ilmu, seolah-olah menghalang dan mahu menyekat sebaran ilmu itu sendiri. yang lebih mengecewakan, rata-rata yang berdemonstrasi itu adalah orang MELAYU dan mereka beragama ISLAM.

bahasa inggeris merupakan bahasa yang paling meluas digunakan seluruh dunia. lebih kurang 850,000,000 (dipetik dari wikipedia) orang di seluruh dunia ini menggunakannya, samada sebagai bahasa utama atau bahasa kedua. seandainya bahasa inggeris ini tidak di didik atau diterap penggunaannya terhadap generasi awal kini, mana mungkin kemajuan sesuatu kaum itu akan tercapai; dengan jaya dan gemilangnya. jangan tuding jari kepada Jepun, yang menggunakan bahasa ibundanya dalam segala hal dan amat mementingkan kemandirian dan kedaulatan bahasanya itu. kita jauh terkebelakang dari jepun. mereka bukan buta-buta tak mahu menerima bahasa luar. ramai juga antara mereka yang fasih berbahasa inggeris. dari mana datangnya taraf negara maju yang mereka miliki, seandainya tidak dicedok sebaik mungkin dari merata tempat serata dunia ini? takkan mereka pergi belajar di UK, German atau mungkin di Sweden dengan berbekalkan bahasa jepun sahaja, kan? mereka mempertahankan penggunaan bahasa mereka kerana; tidak mahu rahsia kejayaan dan kemajuan negaranya, jatuh ke tangan orang bukan Jepun. lihat, apa jadi sekiranya kita fasih berbahasa jepun? mereka akan melayan kita seperti darah daging sendiri. this is the fact. pakcik aku fasih berbahasa jepun dan dia juga yang bercerita sebegini. sememangnya, orang jepun begitu. kalau perasan, orang jerman juga begitu. mereka ini bertaraf negara maju. kemungkinan besar, mereka tidak mahu apa yang terjadi pada kesatuan soviet dulu, berulang. bukankah kesatuan soviet itu satu kuasa besar suatu ketika dahulu? apa yang menyebabkan mereka kini hanya tinggal serpihan? mereka taksub dengan kelebihan diri sendiri. sampai tak perasan akan juga kekurangan yang ada. mereka leka dengan ilmu mereka yang buta2 dicedok keluar oleh mereka2 yang bergelar penyangak dunia.

memetik dari kata2 bapak aku, mereka yang berkata pembelajaran subjek math dan sains dalam b.i ini tidak perlu adalah kerana mereka ini sudah terlalu biasa dengan bahasa itu, dan mereka ini sebenarnya merasa tergugat. risau nanti ramai pula anak2 pedalaman yang pandai berbahasa inggeris, dan mungkin akan 'merampas' kedudukan mereka dalam senarai para bijak pandai di malaysia. Sepatutnya, ini yang kita perlukan. sampai bila orang melayu kita ini hanya nak disogok dengan benda yang mudah2? mereka yang menentang ini, sepatutnya memandang jauh ke hadapan. sepuluh tahun, 50 tahun lagi. generasi PPSMI sekarang ini adalah bakal pemimpin negara kita ini, dalam tempoh itu. takkan kita nak biar negara tercinta ini ditakluk dan dijajah sekali lagi, hanya kerana kebutaan ilmu yang melanda dan buta hati mereka yang kononnya pejuang bahasa kebangsaan ini? cuba tanya mereka yang berdemonstrasi tu, berapa ramai daripada mereka yang reti bahasa inggeris? berapa ramai yang sangat fasih? dan berapa ramai pula yang hanya tau perkataan 'yes', 'no', 'alright'? kita kena ingat, kita belajar bahasa asing ni, bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk mengelakkan diri kita dari ditindas masyarakat yang berbahasa asing itu. tengok orang cina dan india di negara kita. tak rasa ke yang kita ni jauh ketinggalan dari segi pengetahuan berbahasa? selain dari bahasa mandarin dan tamil yang diorang tuturkan hari2, mereka juga fasih berbahasa melayu dan inggeris, kan? kita? andainya yang melayu ni tak diajar dengan bahasa kedua, atau ketiga, sampai ke mana aje agaknya ilmu kita ni ya?

ok, sekalipun kita ingin memperjuangkan bahasa ibunda, jangan sampai menggadai maruah dan ilmu bangsa kita. lihat pandangan para cendekiawan dan mahasiswa kita yang terbuka mindanya. bayangkan kalau bahasa inggeris ini tidak diterap sedari awal. bayangkan kalau segalanya perlu dialih bahasa ke bahasa malaysia. benda2 yang simple seperti 'push', 'pull', 'open', 'close' mungkin boleh difahami dan dialih bahasa dengan mudah. tapi di situ juga akan wujud kekeliruan. 'push' tidak semestinya bermaksud 'tolak'. ianya juga boleh memberi makna 'tekan'. apa pula nanti jika kefahaman bahasa ini makin hilang dan segalanya akan jadi kacau bilau. chaotic. mungkin nanti takkan ada fakulti sains komputer? sebab perisian dan basic pengkomputeran itu semuanya dalam bahasa inggeris. mungkin juga nanti tidak akan ada lapangan terbang, sebab semuanya perlu di alih bahasa ke bahasa malaysia, dan tak ada pelancong yang nak datang sebab tak ramai yang tahu bahasa kita? begitu juga nanti dengan kejuruteraan, seni bina, pembangunan laman web, dan macam2 lagi lapangan ilmu yang rata2 dijana dari pengetahuan bahasa inggeris? atau mungkin nanti kita akan jadi negara yang paling mundur, kerana menegak benang yang basah tanpa sebab yang munasabah? nanti kalau semua nak ditranslate, mana nak cari translator tu? bukan kah translator tu perlu di gaji? dan mereka perlu tahu bahasa inggeris ni? kalau tak di ajar, mungkinkah wujud translator ni nanti? takkan lupa pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya' tu?

isunya mungkin kecil dan nampak remeh. tapi kesan jangka panjangnya amat besar. aku tak nampak kekukuhan sebab mengapa PPSMI ini perlu dihentikan perlaksanaannya. kalau yang banyak komplen tu para pelajar, aku mungkin boleh terima. tapi yang komplen kebanyakannya guru dan ibubapa. pelajar ni masih muda dan minda mereka masih mudah menyerap ilmu dan dan pengetahuan yang diberi. cuma yang perlu diberi perhatian ialah cara bagaimana untuk memudahkan penerapan ilmu tersebut. untuk para guru yang komplen PPSMI ni susah, pergi belajar balik dan penuhkan apa2 ilmu yang patut dalam dada tu, baru boleh 'menabur bakti' pada anak bangsa. mendidik ni satu tanggungjawab. di akhirat nanti, Allah tanya. takkan nak jawab, 'aku blajar math gila2, sebab nak ngajar anak bangsa ttg ilmu matematik, bukan nak ngajar bahasa inggeris dan menyusahkan diri aku sendiri.' kalau cenggitu la akal yang ada, baik tak payah jadi pendidik. untuk para ibubapa yang komplen plak, aku nasihatkan, kalau diri sendiri kekurangan, tak pandai berbahasa inggeris, jangan heret anak2 sekali. sepatutnya nasihatkan anak2 supaya tak mudah patah semangat dan terlalu cepat putus asa. sepatutnya jadi contoh yang baik juga. kalau anak tu agak lemah dalam bahasa inggeris, dan awak juga sebagai ibu/ bapa tak reti sepatah haram pun, ambil inisiatif belajar sama2. dapat sehari 2, 3 patah perkataan pun, dah syukur. nanti anak2 tengok akan kecekalan dan semangat ibu/ bapa, mereka juga akan jadi cekal dan bersemangat. baru lah layak untuk di calon sebagai ibu atau bapa mithali.

aku dah usulkan pada kementerian pelajaran, supaya guru2 yang komplen ni, di hantar kursus bahasa inggeris. kalau kerajaan leh buat budget kenmain banyak untuk pembangunan fizikal negara, apa salahnya bagi peruntukan lebih sedikit untuk kesinambungan kemajuan anak watan, kan? bukan untuk sapa pun...untuk negara tercinta ni juga, kan?

aku pun bukan pandai sangat berbahasa inggeris nih, tapi aku nak anak2 aku pandai dan fasih, supaya boleh kutip ilmu dan sumbang pula pada anak bangsa sendiri. kalau mampu, biarlah reti lebih dari dua bahasa asing...insya Allah...

selamat ulang tahun ke 51, bonda tercinta...

today is my mom's birthday..she's 51.

now, she may not want anything fancy or a grand birthday celebration but as a child, who came out of her belly, i was called to this some sort of obligation. well, since long ago i have been a party organizer (unofficially) for my family. and it seem incomplete if we are not going to hold anything (at least a simple one) on the big day.

as for tonite, i guess we are going to have a cake, and maybe i'll make some pita kebab or sandwich or fettucine. i'm thinking..i'm thinkinggggg!!

since i live quite far from my family's house, i have asked my two assistants (my sisters of course; eleena and eireen) to do what they can do. i hope my hubby can be home early to make time for the 'party'.

mak, selamat hari jadi! kakak sayang mak, sampai bila-bila. semoga mak dikurniakan kesihatan dan kemurahan rezeki, selalu. ampunkan kakak mak, for whatever wrongs i've done, in the past, currently or maybe in the future; which i never intended to do!

Thursday, March 5, 2009

ambik nafas jap...

sumpah sakit segala mala tulang belulang aku!

errkk..apsal?

aku baru balik dr spital..diiringi oleh ketiga-tiga bodyguard agresif aku. subhanallah. penat jugak dibuatnya. sib baik ler memasing dah boleh berjalan. kot tak mampuih nak mendukung. tu pun si darling berjaya menyeliuhkan belakang ku dengan memaksa aku mendodoinya tido sambil berdiri. boleh bayangkan situasi itu? tak boleh, sudah..!

mujur segalanya berlaku tidak mengambil masa yang lama. takde la pulak sampai 3 jam. aku rasa dari proses pendaftaran, breakfast sampailah ke waktu selesai segalanya adalah dalam sejam setengah je.

si kakak? dah sah ponteng ari nih. tak skolah.
si abang yad? paling susah di monitor ni budak ni. sib baik ari nih dia ok. takde meragam sangat. siap bergendang dengan tong sampah spital tu sambil nyanyi2, time nunggu giliran mama dia. mueheheheh...papa dia tengok, terus cakap nak belikan jembe kecik. leh bebudak bergendang di rumah. adoi..kalau jadi beli, ntah berapa lama la bertahan di rumah. silap aribulan, papa jugak yang akan sorokkan di studio, sebab takleh tahan telinga dengan segala dentum dentam tu nanti. mueheheheheh..

this time nampak gaya takde nak follow up checkup di putrajaya. mungkin sebab hospital putrajaya terlalu sesak. aku akan terus sambung checkup di klinik panel, sampai tiba waktu nak bersalin esok. bagus jugak cenggini. takde nak bazir2 masa menunggu di putrajaya. sumpah gila ramai orang ngandung kat spital putrajaya tuh.

16 hb nanti, si darling genap sethn setgh. perangai dah makin ngada2. dah makin pandai bertingkah dan banyak ragam. dah pandai nyanyi2 sendiri, sibuk nak pakai stokin sendiri, paksa buat susu dan paling best; gaduh dgn abg yad dia. muahahahha..gamat umah dan pening kepala aku bila budak berdua ni lawan bertekak. terjerit-jerit, terpekik-pekik. sudahnya, nangis dedua. lantakkk!!

so..aku nak ambik nafas jap....mintak nyawa, mintak nyawaaaaa!!!

Wednesday, March 4, 2009

ingatan untuk mereka yang bergelar 'perempuan'

i received this via email. whether its true or not, just take it as precautions. beware of what people can do nowadays. recite ayatul kursi (or Bismillah, the least), everytime you stepped out of your house, of your car or even about to get in the train. be careful, always. to my sisters, to my dearest blogger and friends, please take note and be extra careful.


DO YOU KNOW ? Coke+Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies ??

Dear friends,

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink.
It is a cheap and widely used method.
This method was used in Canny Ong murder.
Rapist uses this method.

Coca-cola+ajinomoto/mono sodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.


This mixture is poisonous if used too often on the victim.


Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.


Regards,

Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

this time, its really tiring!!

pregnancy kali ini, amat memenatkan.

mungkin juga kerana ada askar 3 orang ni, yang perlu diurus setiap hari.

ke hulu ke hilir, membuat kaki aku cepat bengkak, buat aku cepat tercungap dan amat menyenakkan perut.

takut juga. kerana simptom ini selalunya ada pd ibu2 mengandung yang secara tiba2 menghidap darah tinggi dan kencing manis, serentak.

last checkup, my blood sugar sudah berada di tahap border. padahal aku tak pernah ada masalah sedemikian. takkan makan durian dua, tiga ulas dah mencanak naik, kan?

esok akan ke putrajaya. nak register dan kalau nasib baik, leh wat checkup sekali.

hari ni, naik kembung perut aku dan naik lenguh kaki dok minum air mati bebanyak menyebabkan aku ulang alik ke bilik air selalu.

lately, kot terbersin ke, terbatuk ke, sure kena kepit kaki kuat2. kot tak, alamatnya kena tukar seluar/ kain. sebabnya, terkencing laaaa....

apsal ketawa? nanti la korang (atau bini korang) dah pegnen...rasa sendiri!! time tu tgk, nak ketawa ke tak...

err..aku pun terketawa gak kenkadang...kehkehkeh

Tuesday, March 3, 2009

feel the beat through my belly!!

perasaan ini, tetap istimewa, walau sudah empat kali menghadapinya.

merasa tendangan dan gerakan janin dalam perut ini, membuat hati berdebar gembira. pasti mahu cepat2 singkap baju, untuk melihat pula kesan dan lampias gerakan itu secara nyata. kalau aku sudah mula singkap baju, anak2 akan mula berkerumun, untuk juga meletak tangan kecil mulus mereka di atas perutku, mahu merasa gerakan adik mereka. acapkali juga, ciuman mereka singgah di perutku. 'sayang baby', kata mereka. tiap kali ini berlaku, genangan airmata pasti muncul...tanpa malu.

aduh! indahnya...

itu istimewanya menjadi ibu.

itu juga istimewanya menjadi wanita.

banyak dugaan, banyak kesedihan, banyak ragam dan mainan perasaan.

mungkinkah kali ini, papa berkesempatan lagi menemani aku ke labour room?

hanya dalia yang merasa kehadiran papa tatkala mencium bau dunia buat pertama kalinya.

Sunday, March 1, 2009

dan hati pun terusik...




semalam,

lepas asar, kami keluar makan. sekeluarga. santai di shah alam mall, kemudian ke salon gunting rambut. bukan untuk aku, tapi untuk anak daraku yang berambut cantik. saat untuk mengorbankan curly-curly yang cantik yang cuma tergantung dihujung rambutnya. sungguh aku sayu tatkala melihat gugurnya gulungan2 cantik itu saat dipotong. lama membelanya, seksa menyikatnya tiap pagi untuk dibuat tocangan sejak lima tahun lalu, akhirnya ia perlu dikorbankan kerana dia sendiri sudah rimas dan lemas dengan kepanjangan rambutnya yang mencecah punggung. ye la, tiap kali nak sikatkan rambutnya, asyiklaa ngadu sakit lah, apa lah..kalau nak gi toilet, sure rambut tercecah lantai toilet tiap kali nak cuci hadas kecil itu...



after cut, shoulder length.


selesai ke salon, waktu hampir maghrib. singgah umah mak sekejap, solat dan sebagainya. sembang2 dengan mak, kakchik dan edry. kemudian anak2 yang dua orang tu sibuk di bilik pak ucunya. hampir sejam juga. terasa hening seketika, tanpa hingar dan jerit pekik gaduh anak2 yang berdua itu. cuma dalili, mungkin terasa kekurangan sesuatu, seakan serba tak kena. mengantuk pun ada juga tu. lepas isyak, dekat pukul sembilan, kami mula beredar. dalili pun sudah semakin havoc dek mengantuk nya tu. pd awalnya dalia dan yad mmg tak mahu balik. maklum, sekali sekala dapat lepak dengan pak ucu begitu lama, seronok mula terasa agaknya. Tapi, memandangkan ayah yang kebetulan baru balik dari kampung dan kelihatannya amat penat, begitu juga dengan mak yang nampak letih dan mula layu mata, aku umpan anak2 dengan muffin, ajak diorang beredar. laju aje. tak dan papanya bersiap pakai stokin dan aku memakai tudung, dah terus salam dan cium opah dan atuk. peh!! poyo sungguh. dengan muffin pun leh terkesima. namun sayang..singgah di shell, cari muffin, tak ada. kemudian belikan air ribena je, si darling minum sampai basah baju pulak, dah kena marah dengan papa. mengalir laju linangan airmata di pipi tembam si kecil tu. aku tukarkan bajunya. pujuk lebih kurang dan akhirnya dia lena di child seat dia (oh ya..anak2 semua dah duduk belakang. penuh seat belakang kereta dengan mereka bertiga!). dalia masih menuntut muffinnya. papa kata kita cuba cari tempat lain pulak. saja nak jalan2 ambil angin malam. lalu dekat dengan stadium shah alam, penuh sungguh orang. maklum saja, malam tadi ada bola; Selangor vs Kelantan. kemudian di Malawati pula ada malam sinar maulidur rasul. memang sesak. sempat juga mengintai di scoreboard stadium, tgk sapa lead..hehe..

awalnya ingin menuju ke kuala lumpur, tapi dibatalkan sebab kemungkinan kesesakannya melampaui batas. maklum saja, malam minggu. kami menuju ke putrajaya. separuh jalan, hujan mencurah. cuaca makin sejuk dan tenang. sampai di putrajaya, kebiasaannya kami akan singgah di mana2 taman untuk bersiar-siar. tapi sebab hujan, jamu mata dari dalam kereta je. dalam perjalanan pulang, singgah di petronas cari muffin. pun takde. cari kemudian di shell ELITE highway, pun takde. papa beli super ring je. time tu ziyad dah lena. kebetulan pula dalili terjaga. dah bantai super ring (dalia baham sebungkus besar, sorang2), cuci tangan dengan wipes dan tak sampai 15 minit, dalia pun terlena. dalili, dah aku transfer ke depan, lena juga dipangkuan aku.

saat itu aku dan papa mengambil kesempatan bercerita soal kerja dan keluarga. awalnya papa bercerita tentang rakan sepejabat, yang mengadu akan masalah rumah tangga nya pada papa. macam2 kerenah, macam2 hal. selang seli dengan gelak tawa yang dikawal (ye laa..anak2 kan tido), tangan kami bergenggaman sepanjang perjalanan pulang. kereta automatik, tak payah pegang gear, kan..setibanya di tol shapadu, menuju ke rumah kami, cerita sudah berkisar ke hubungan kami berdua pula. dengan anak2, adik beradik, mak ayah, abah mami hinggalah ke atuk nenek sana.

sesampai di rumah, waktu berhenti untuk membuka pagar, kata2 yang dilontar papa pada aku berserta sebuah senyuman amat mengharukan;

apapun, papa bersyukur sangat2 kerana dikurniakan isteri yang baik, macam mama.
sambil dia melangkah keluar dari kereta, dan aku bagai mahu runtuh jiwa dan gugur jantung, menahan airmata.

sesungguhnya, walau kadangkala lidah dan gigi berselisih, tergigit dan tersepit, cinta itu utuh bagai air yang takkan putus walau sekuat mana cincangannya.

sungguh aku mencintai dia...

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online