Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, February 26, 2009

aku nak bercuti...dari internet dan pc...

aku terlalu penat.

dan penat yang terlalu itu mengundang tensi dan sakit jiwa.

aku takde tempat nak luah rasa. selalunya mmg simpan je dalam dada.

sebab tu aku nak bercuti dari segalanya..

kalaulah boleh bercuti dari tugas 24 jam aku nih..

kalaulah boleh bercuti dari sakit jiwa dan penat nak gila nih..

alangkah baiknya...

duit tak memberi aku ketenangan dan rehat yang cukup. takkan dapatnya....

understanding? pun tak penah dapat..

Wednesday, February 25, 2009

merajuk? adala sikit...

hampir seminggu tak sentuh pc. tak online.

merajuk, geram, bawak ati, tension, penat semua ada.

perut dah makin besar, aku dah makin penat. cepat sangat penat. keje umah, anak2.. dalam minggu ni je dah dua kali hampir pitam. jadi surirumah tidak selepak yang disangka. penatnya maha hebat. 24 jam tanpa henti.

hopefully aku dikurnia kekuatan extra.

nota: kain baju ada 2 bakul besar tidak berlipat lagi. ada sape2 nak tolong? hehehe...

Thursday, February 19, 2009

tak ada yang istimewa lagi

bila terlalu mengharap, aku kecewa.

bila meletak impian terlalu tinggi, aku terduduk, juga kecewa.

hari ini aku terluka. kecewa dan kesannya amat menggoncang jiwa.

esok sudah hilang serinya.

esok sudah tiada maknanya.

esok hanya akan menjadi seperti hari hari biasa.

esok, setiap tahun takkan ada lagi istimewanya.

sudah ku jangka semuanya..

lalu aku putuskan;

tak ada yang seronok, tak pernah ada yang seronok dan takkan ada seronoknya lagi 20 Februari bagi Eranee Rusli.

sebarang ucapan selamat sudah tidak ada maknanya lagi.

secara tiba-tiba, sedih membungkam...

agaknya bila dah meningkat usia, sensitiviti makin tinggi.

dan sedih selalu bertamu dalam hati, mengundang airmata untuk luruh, pasti.

entah kenapa agaknya. kali ini tujahannya amat menusuk.

'kenapalah tidak kau bersedia dari awal. sedangkan kau tahu akan ketibaannya. tindak tandukmu yang bersahaja sungguh menyayat hati, menggundah jiwa. alasanmu banyak yang tidak boleh diterima. aku tak mahu lagi melafaz rasa kecewa.'

mak kata; ikut rasa binasa, ikut hati mati.

pagi ini saja sudah berapa kali aku menitiskan airmata.

Tuesday, February 17, 2009

nak lelongkan aje...






nak lelong 4 pcs brooch yang memang lawa.

sekali dengan kotak2 nya.

harga RM100 nett.

kos postage RM5 sahaja.

kenapa nak lelong? aku perlu fulus, segera!!! muehehehhehe...

minat? sms pun boleh 012-2450446.

nota: jgn gatal sms aku benda2 tak pekdah. kalau nak kena 'hack' hp tu, cubalah...

berniaga online? mampukah menjana pendapatan?

semua orang cakap, kalau pandai berinternet, senang nak buat duit.

ye ke? sejak 1998, aku berkerja di cybercafe, tau serba sedikit ttg internet dan networking, pc dan trouble shooting (dulu la, sekarang kena bukak buku balik), rasa macam tak 'senang' pun.

pokoknya, tak ada yang senang dalam bab nak buat duit.

eh..tapi zhulian aku senang sket. sign up, beli barang keperluan biasa utk kegunaan sendiri, hujung bulan terima cek. best kan? walaupun takde ribu riban, (sebab sales pun tak cecah ribu riban) perasaan menerima paycheck tu cukup indah. hatta rm18 sekalipun, pasti seronok.

tu, yang dok bising2 dalam internet, jana wang lah, kuasa dua lah, wang matrix lah, mampus tipu! banyak udang di sebalik seketul batu. kot boleh dimakan, takpe jugak! benda2 macam ni, jangan percaya. aku dah cuba dan aku tak berjaya. baik cuba yang ada produk, yang tak perlu cari downline apa ke jadah semua. macam tupperware online, dan tudung online aku tu. promo link kita, org tak payah beli melalui kita, terus melalui website. kita cuma dapat komisen for every successful purchase. ok la tu, kan? pada mereka yang aktif online dan punyai berjuta kawan, pasti mudah nak jana side income, kan? yang penting, ada akal fikir, ada cara leh cuba. yang nyata, takde yang mudah dalam mencari sesuap nasi, mahupun membayar sewa rumah yang hanya ada satu suri!


nota buat Ami:

kalau ko ada degree, cgpa 3.6 and above, try apply kat Lembaga Hasil Dalam Negeri. aku leh tolong fwd kan resume. my mom's an officer there.

kalau ko minat lapangan oil and gas, suka nak travel being posted to maybe sarawak, kuantan instead of staying at one place, do email me your resume, akan ku fwdkan pd rakanku yang berada di sana juga.

blog ko takde tempat nak tinggal pesan laaaaaaaaaaaaaa.....

Monday, February 16, 2009

on second thought...










java application dalam facebook buat hal...buduhhhh!!

upload sini jugak la jawabnya...tapi takleh bebanyak la...upload gambar kat blog nih, lembab nak mampus...

so..jamu lah mata!!!

nota: sila abaikan ketidaksemenggahan rupa paras aku..penat beb!! namun sememangnya aku bukan jenis orang yang lawa..heheheh..

14 februari yang memenatkan

adoih!! sangat penat! gila babeng penat.

nak tengok gegambar..sila ke facebook ku. penat pula rasanya nak upload 2, 3 kali.

semalam sempat juga jalan2 ke PD. tapi sekejap sangat. anak2 yang memang suka tgk laut, paling terasa kesingkatan persinggahan kali ini. kesian...jadinya, aku janjikan bulan 4 nanti kita sama2 bercuti ke errr...tak tau lagi. yang penting tempat ok, ada penginapan yang affordable dan leh mandi laut.

insya allah...

kenapa bulan 4? bday papa, 4-4-09 nih!!!

Friday, February 13, 2009

bowling..

adoiii...

semalam gi bowling..masih tak ilang lagik segala mala sengal2. padan muka!

tapi berbaloi. tengok papa seronok je. he may not a pro (neither do i) but he enjoyed it. ok jek aku tgk dia main. dah tentu aku la menang. 243 - 116 score.

in the middle of the game, adik dia sms. she often bowl dgn hubby dia. konon2 nak join la tu. my hubby told her we were in training but then she replied, 'nak training kita lawan la, baru best' aku cuma angkat bahu. my hubby cakap, dia jeles kot, dah lama tak bowl. hehehhe..ia la tuh.

sepanjang perjalanan pergi, pa senyum jek. kerap buat lawak pak pandir. nak cover nervous la tu. aku rasa perasaan dia sama macam kalau aku nak menyanyi depan dia. dia orang sound, jadi bila aku menyanyi, memana yang tak kena, dia memang sound direct tak berlapik pada aku. jadinya, bila dia main bowl dengan aku, org yg dah lama main, mungkin dia rasa sedikit terganggu kot. besides, i'm his wife. but aku tak kondem dia pun. mana yg perlu aku bgtau, aku bgtau la. sama juga macam dia, bila aku menyanyi. cuma pendekatan tu la kot, kasar atau lembut. aku kan isteri, mana leh kasar2 dengan suami. kehkehkeh.

overall, walau sakit2 badan semua,we had fun. lama tak seronok camtuh. tapi sumpah! kepala ingat anak2 jek! hehehehe...

since kitorang main kat alam sentral, singgah jap umah mak nak tumpang sembahyang. mak bagi nenas, manis gila! pastuh aku ajak mak dtg esok malam, sambut bday yad.

gi makan jap. pastuh gi umah mami ambik anak. sampai depan pintu, darling nampak je aku, dia jerit 'mama!' pastuh terus banjir meraung. laaaa...sedey sungguhhhhh... memang sedey tengok dia camtu. apa lagi..terus aku peluk cium dia. nak nangis jugak sebenarnya, tapi kontrol ayu depan mak mertua. hehehehe...

Thursday, February 12, 2009

bila harijadi aku akan menjadi meriah?

minggu depan, Jumaat secara tepatnya, aku akan genap berusia 30 tahun.

tak rasa apa sangat, cuma tak sangka yang aku dah jejak ke tangga itu. namun aku bangga juga, sudah ada keluarga yang indah dan bahagia (insya Allah) pada usia begitu. syukur.

sedang melalui hari2 (menghitung juga sebenarnya) , aku terfikir; bila agaknya harijadi aku akan diraikan dengan meriah? mungkinkah bila usia mencecah 50? itupun kalau panjang umurku.

sejak kecil, rasanya harijadi ku secara biasa saja. sambutan bersama keluarga hingga majlis terakhir, di buat di rumah sewaktu aku berusia 10 tahun. kemudiannya, ia cuma harijadi. menjelang usiaku 13 tahun, majlis aku organize sendiri bersama rakan2. mungkin masa tu, usia pemberontak muda. bila keluarga seakan 'lupa' dan buat tak endah, aku sambut dengan kawan2. di sekolah, lepas merentas desa di kompleks PKNS, di restoran FC. sewaktu 14 tahun, aku pergi sunway lagoon, dgn kawan2 juga. 15 tahun, 16 tahun sambutan juga dengan kawan2. di kelas waktu sekolah, dan di bilik lukisan kejuruteraan lepas waktu sekolah. 17 tahun, agak meriah. harijadi ku disambut oleh rakan2 sekelas, guru2 dan para sidang redaksi, berikutan kejayaan aku sebagai ketua pengarang majalah sekolah, yang mencatat rekod kerana berjaya diterbitkan pada tahun yang sama juga. tapi dalam kemeriahan itu, terasa banyak yang kurang. my parents. they were not there. they weren't there to celebrate with me, they weren't even there to notice my success and acknowledge it. when i was 12, received best student in english and best student in music awards, alongside with anugerah kecemerlangan for scoring 4a's in UPSR, my parents weren't there either. won gold medal in relay, silver in 'lontar peluru' and bronze in100metre sprint, pun diorang takde. only one time, when i was the emcee for an occasion in school (i was 16), i saw them coming. i was extremely excited but the excitement ends quickly. why? cause they were not there for me (they seem shocked that i was the emcee for the ceremony), they were there for my brother; as he was receiving a prefect award. so much being the black sheep of the family.

**big and double and heavy SIGHS**

after schooling years, semua tu dah takde makna. kira dah tawar hati kononnya. when i was 18, my birthday fell on 1st syawal, and we were at my dad's kampung. my aunts yang beria-ia buat kek and we celebrated quite ok.

19, 20, sambut di itm jengka.

21, tak sambut. but my mom gave me a necklace. gold necklace. with a 'key' pendant. it was hers, actually. my dad gave her, when she turned 21 for she gave birth to me that year. i was so touched. but unfortunately, i am like her too, not really into jeweleries. rimas. pakai juga occasionally but then i returned it back to her. takut hilang.

22 sambut kat opis, dengan kawan2. boss gave me a pewter mug, i still keep it. tak guna pun, sayang.

then 23, sambut dgn kawan2 juga. received a swatch watch from my bf (not my hubby, we haven't met yet).

24, turned a little bright. for this time, i have already engaged, about to get married. 25, celebrate with hubby at home. jalan2, date and makan2. i was pregnant with dalia. 26, celebrate with hubby and dalia. most of the time, jalan2, dan makan2. no more dates. 27, celebrate at home, takleh makan kek sebab tgh dalam pantang. i just gave birth to ziyad ( he was born on feb 14th). papa gave a bouquet and a new handphone. 28, i was pregnant with dalili. we celebrate for the first time after marriage; at Sheraton Subang, just the two of us! seronok? memang, tapi hati tu takleh lepas ingat kat anak yang berdua di rumah mami (in-laws). last year, tak celebrate sangat, coz bz celebrate bday yad. just a kiss from papa. this year? takde la kot. nak celebrate bday yad je, this saturday. tumpang jek la sekaki.

apa makna birthday celebration pada aku?

aku cuma nak my existence being noticed and appreciated, by my loved ones.


nota: every year pun i had to sms adik2 aku, asking 'hari ni brp hb ekk?' just to make them wish me; 'happy bday, kakak!'

when what is planned, being almost impossible...

i hate it when it does.

happened quite often, actually.

most definitely, was not all my fault. i did not cause it.

someone else did. that really pissed me off.

someone whom i told to do this and that; as preparations.

someone who'd never listen, even my words are always correct.

and then in the end, regret it when my words are true and the situation became worst.

and that someone will say, 'if only i listened to you...'

yeah..rite!!

Tuesday, February 10, 2009

insiden lucu berkenaan umah aku..

ingat tak pasal cerita kucing terer makan sate aritu?

well, kejadian 'lucu' ini berlaku pd mlm tersebut.

aku pernah cerita yang rumah aku dimasuki hamba allah yang tak reti berbudi (agaknya laaa) dulu.

mlm selasa aritu, lepas balik makan, dalam pada nak masukkan kereta ke porch (umang aih..detailnya..) tetiba papa ternampak sekeping cd-r terhampar di hadapan pintu masuk rumah.

teng teng teng......

apakah kandungannya?

mula2 pa tanya aku, aku punya ke? aku jawab, bukan. aku try pasang pd cd player dlm keta..tak dapat read. pa kata ni mesti data cd.

masuk umah, setelkan anak2 (semua tido dah), pa on laptop, masukkan cd dan...VOILA!!!!!

as what we thought it would be, dalam tu mengandungi fail2 dan gambar2 famili, dari hard disk yang dicuri dulu!!!!

menyirap? memang sangat menyirap. rasa nak jerit kuat2, tanya sape punya angkara. tapi kemudian terpikir balik, malas plak nak jadik tarzan memalam buta.

so, aku suh papa gi repot polis. pa kata ok, nak buat backup dulu.

atas pengaruh menonton terlalu banyak cerita CSI, aku minta pa hati2 kot terganggu kesan2 jap cari kalau ada. hihi..poyo, kan?

sepanjang malam tu, aku rasa geram teramat sangat. dah pukul 3.30 pagi pun susah nak lelap. membayangkan sape punya kerja. macam2 teori dan suspek la kitorang rangka. semua tak berjaya membuat kami tidur lena. makin marah, ada!!

takpe. aku cuma doa, moga2 org yang buat begitu tergagap2 tiap kali jumpa kitorang; tanpa sebab. bukan nak marah ke apa ke..

..nak debik jek.

bengap ayam betul. nak jadi bertanggungjawab la konon, pulangkan sebahagian content dlm hard disk. diulang, SEBAHAGIAN!! nak pulangkan, pulang la semuaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

uhh..tensi!!

Saturday, February 7, 2009

entri separa sedar

my last entry had tickled someone.

uhhh..i had no intention at all to be provocative or heartless fella.

but someone, somebody thought i was so.

well, should i say sorry for without meaning 'hurt' somebody?

i think i don't have to. coz what i wrote, on my blog is my opinion, my interpretation and my feelings of expression.

but then, as a MALAY, i do have manners and hereby apologise for anybody who might have been hurt by my writings, yesterday, yesteryear, tomorrow or whenever.

bodohkah melayu?

tengok berita?

kes terkini; kekecohan, menteri besar, ketaksuban dan derhaka di Perak.

sebagai orang melayu, aku malu.

sebagai orang melayu, yang ada separuh darah perak mengalir dalam tubuh aku ni, aku amat malu.

sebagai orang islam, aku lagi malu, marah, meluat dan sungguh terganggu.

bodoh ke diorang ni?

aku nak tanya, mereka yang bergelar penyokong Pakatan Rakyat, yang begitu taksub kelihatannya menyokong dan membela Mohd Nizar tu, sebaik lepas solat Jumaat, takde keje lain ke?

bukan main syok menyokong orang, bukan main seronok berkelakuan kurang hajar, lupa tanggungjawab nampak?

tak kerja ke? dah cukup ilmu di dada? apa faedahnya yang dapat tu? dah sedia nak dibuang negeri kerana menderhaka?

dan soalan yang paling penting;

"mana pegi geng2 kome yang india, yang cina? teman tak nampak ponnnnn??!!??"


sungguh memalukan la..

aku nak tanya lagi; apsal masa korang (PR) menang PRU12 dulu, korang tak bising2, bila rata2 kerajaan korang tu di conquer oleh orang cina? yang nizar tu sebenarnya macam boneka jek. alaaa...macam kontraktor cina, gunakan kontraktor melayu. nak cepat kaya, nak cepat dapat income, kontraktor melayu jual lesen pd kont cina. sama la kes kat perak ni. nak dapat projek kerajaan melayu, kena ada puppet melayu.

masa kes cina lahanat tu, dok bising2 suh hentikan azan subuh dulu, takde plak kome2 yang dari PAS ni bangun menegakkan syiar Islam. tetiba bila si puppet ni dah tak dapat berdiri teguh (korang juga puncanya, akai takdak) korang kenmain lagi memberontak, memalukan diri sendiri dan sesuka hati menderhaka. bodoh sangat la, tau tak? korang tau ke DAP tu semua ketawa guling2, terbahak2 tengok gelagat kartun orang melayu yang tak seberapa nak lucu tuh?

ketuanan melayu yang nak dibela? apsal masa kes pemberian tanah kg. baru pd orang cina tu korang tak memberontak dan menunjuk perasaan macam ni? tak terasa bodoh? ikut sangat la cakap boss korang yang tak betul tu. yang syok sendiri, yang pentingkan diri sendiri. dia la bijak...menggunakan melayu yang bengap mcm korang ni.

dah lupa RUKUNEGARA? meh sini aku ingatkan..

  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Korang yang pro sangat pembangkang ni, aku rasa dah lupa la rukunegara. apa yang berlaku kat perak tu, sikit pun tak menggambarkan kedaulatan melayu. sikitpun tak menunjukkan ketuanan melayu di pertahankan dan dibanggakan.

yang nyata, kelakuan sedemikian amat mendukacitakan!!

Friday, February 6, 2009

wish list

errrkkk...

lagi 2 minggu, aku nyer bday.

nak wish 3 bende jek..

  1. kamus dewan (bm-bm) edisi terbaru
  2. atlas
  3. buku biografi Tun. Dr. Mahathir.

nih jek.

tapi!!!!

papa takleh! wish list untuk papa, lain...kehkehkeh....

Thursday, February 5, 2009

pc kat umah rosak..

uhh..ada virus kot. tak pun pc aku dah bosan dgn aku. muehehehhe...

so, aku berentri menggunakan laki aku nyer laptop. sementara ada peluang, aku isi sebanyak mungkin input.

esok, kemungkinan besar aku jadik trainer.

trainer mende?

aku nak ajar laki aku main bowling. dia yang tak penah main bowling, tetiba disenarai sebagai salah seorang pemain dalam friendly match menentang toyota, 28 hb neh..

aku? lama siot tak main bowling..dekat 7 tahun dah...

agak2 terpeleot tak nanti segala tulang belulang aku? hopefully tak la, ekk...gian juga nak main bowling nehhhh!!

err..ada sesapa nak join?

kucing memang terer

aritu gi makan kat sg penchala.

order sate lebih kurang.

time makan, mai la bebrp ekoq kucin.

anak aku yang sulung, dalam kegelabahan (anak aku ni manjang gelabah ngan menatang, apsal ekk?) dok terlepaih lak sate secucuk.

terus kucin tu grab.

dalam kegghairahan melahap sate yang masih di lidinya tuh, tetiba aku terperasan hujung lidi tuh patah, dan kucing tu kunyah dgn hebatnya, mcm tak perasan yang lidi masih ada kat daging sate.

time nih, aku plak cuak. terhegeh hegeh campur gabra aku ngadu kat laki aku.

laki aku rilek jek..katanya, kucin kan terer...tengok je...

memang kucing tu terer..sekelip mata jek dia kuarkan hujung lidi yang tajam tuh dari mulut dia. stail dia? alaaaa...macam puss in boots kuarkan hairball...

terer kan?

nota: buduh gile rasa terpanik dgn tingkah kucing...

Wednesday, February 4, 2009

sound menyound, dah macam rutin hidup aku..

aritu aku sound drebar van sekolah yang sarat dgn budak2, sebab bawak leh tahan laju depan umah aku...dia pandang je aku..

aritu aku sound budak lelaki satu tadika dgn anak aku, depan mak dia sebab sesuka hati ketuk2 pale anak aku, depan aku...mak dia pandang je aku..

ada sekali tuh aku penah sound satu awek ni, nampak lebih muda dari aku, pakai tudung kenmain lawa, tapi baju ketat nampak pusat dan tak reti plak tu bersopan santun dan berbudi bahasa depan aku, main langgar2 jek. sori pun takdek..dia pandang je aku..

malam tadi, aku yang selalu sabar menunggu order kat kedai makan yang tak sampai2, tiba2 terlepas pulak sound kat minah waitress yang amik order aku tuh. mana tahan beb..dua meja yang sampai lewat dari kitorang, dah dapat order diorang dloo..sape tak hangin!! dia pandang juga aku, tapi this time pandai pulak menjawab. lantak ko lah..aku lapar!

esok lusa, aku terasa macam nak sound plak cikgu tadika anak aku, yang tak abih2 komplen pasal kenakalan anak murid dia. siap plak tokok tambah dengan kutukan kpd ibu kanak2 yang dikomplen, sambil2 lempar cerita pada ibu kanak2 lain..aku pandang je time depa mengutuk ngata tuh..

tunggu lah...jgn sampai sabar aku hilang.

nota: orang kalau tak kenal aku memang akan kata aku ni sombong. sebab aku tak suka senyum2 tak bertempat pd orang yang aku tak kenal. muahahahhahaahhaha! err..terasa cam ganas pulak..

Monday, February 2, 2009

bila kambing mengada-ngada

aritu pegi lepak kat tepi ampangan batu, hulu yam.

baru je lepas hujan. sesambil layan orang mancing, konon2 piknik la sekeluarga. makan kuih dan fishball yang dibeli berdekatan. tak sampai lima minit duduk atas tembok tu, tetiba papa cakap 'eh..kambing..'

uhhh..budak2 dah gelabah. aku sebagai seorang emak dengan penuh berlagaknya cuba mententeramkan anak2. dalam hati, gila babi punya cuak. 'appa daaa..kambing pun takut ke?'

memula sekor, pastuh datang lagi sekor. tgk anak2 aku tgh ngunyah, depa pun konon2 mau join la. kot dapat tumpang sekenen dua fishball anak2 aku tuh. papa yang baru je abih makan keledek goreng, offer la serdak2 tu kat para kambing budiman. pastuh plak, si kambing mula terover react. siap lak nak panjat2 tembok. anak2 aku dah kelamkabut terjun sambil berpaut kat aku. bila para kambing mula ushar anak2 plak..papa hangin.

'syohhh!!..syohhhh...!!' pa halau cara baik. para kambing blah jap, pastuh datang balik makin dekat. muka dalia, ya tuhan..dah nak kering darah agaknya. cuak gila!! bila dah 2, 3 kali halau tak lut, papa pun ambil tindakan drastik lagi macho.

'hep!! pegi..!! ngada2 ya!' papa bersuara tinggi sambil melepaskan satu pukulan hebat kat kambing berkenaan. takde la kuat sangat sampai kambing tu leh pengsan. ngembek pun tak. ala2 penampar jepun je. pastuh si kambing pun blah. takde ushar2 lagi dah. sure terperanjat dengan tamparan papa tadi. keh keh keh.... tapi....bila para kambing sudah makin banyak, pa cakap,


'uhh..jom blah..'
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online