Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, January 30, 2009

Producer to be

percaya tak?

my hubby and i built a company. at first it was just a way to show my hubby's passion in music; esp in music recording. well, it can be considered HIS company. i was just lending my name for registration. allah..untuk famili juga..famili biz.

he's been involved in this industry since 2000. little by little, developing skills and meeting a lots of people, he became more mature and expert. many compliments his work. he's the perfect sound engineer, for those who is very fussy with sounds.

starting last year, he's been serious in music recording; singles, EP and such. I do not know much about album producing and recording. I only know singing. ha ha ha..this coming February, he'll be finishing a full album recording and producing it and this (after discussions and agreements made) will make him 'A Producer'.

Honestly, i am very proud of him. his effort, determination on doing what he likes and do best; regardless of what people say, and not to mention the time he sacrifices...uhhh..

pa, i'm very proud of you. and i love you. so much!!!
nota: kot la ada sesapa nak buat function; dinner ke apa ke, nak pakai P.A System, cari musician whatsoever, leh aa contact. hehehehe

Thursday, January 29, 2009

aku yang dipanggil kakak..

baru lepas baca blog adik aku.

entri dia berjaya buat aku nangis. bukan sedih, tapi terharu.

aku cuma seorang kakak. aku cuma buat apa yang termampu sebagai seorang kakak. ucapan terima kasih tidak memadai? salah!! itu lebih daripada cukup, untuk aku yang dipanggil kakak..

nota: sape tak sayang adik2 oiiii!!

getting old? naaahhhhh!!

i am about to be 30, in about 3 weeks. busy counting the days, i am. ha ha..turning 30 but counting days like a 13 year old's.

hopefully i won't look old before time. though i do feel a bit..with kids, about to be 4 of em, chores and tense, well those are the main contributor to my aging.

i have lots of plans in my mind but all depending on situation and husband's approval etc. he made a surprise party for me, once. i was in confinement after my son's birth. we both are february babies. my son's on the 14th, mine on the 20th.

thought of doing something on the 21st at our place. hopefully will be granted by my hubby. a small one will be ok, honey..pleaseee!

Wednesday, January 28, 2009

something related to pregnancies and deliveries.

read the title? good.

if you are currently expecting, then that's better.

first thing's first. how do you feel? for the first time mom, you'll feel excited , exhausted,enthusiastic and maybe panic, all at one time. well, you should be.
:<span class=:<span class=:<span class=:<span class=

being pregnant, is a gift. no matter whether you got pregnant legally, or illegally (hopefully you know what i mean). as for me, i am currently expecting, the fourth one. with a gap of around 1 and a half years between all my children, i still feel the same as me being pregnant for the first time. maybe the difference will be, i am more alert and cautious and less panic.

well, what pregnancy is all about, actually? the basic thing, change of hormones, and of course your figure. to me, pregnant mother is very beautiful. carrying the most precious cargo for nine months ++ is the most enjoyable thing to do. though we get tired, but it will never be a burden. UNLESS!! you are not thankful for it. as i said earlier, being pregnant is a gift. if you have conceived, legally your gift is certainly much more meaningful. but if you are not, a gift is still a gift and a gift from GOD is the most special ever.

not all pregnant mothers having the same nausea, tingling feelings here and there, severe backache etc. but i bet ALL pregnant mom will be very moody. sometimes in a good mood, very good mood and sometimes you'll feel like kicking somebody hard in the **s. that explains how it is unique being a mother, right?
:<span class=

okay, the first trimester (now, you should have known all these simple terms already) is normally where mothers need to be extra careful on their pregnancies. the foetus is still very fragile. for those who have experienced miscarriage(s) before, this is when you should be resting a lot, and work less. that's only if you insist on having the baby. this time is also, where mothers experiencing heavy nausea (not all mothers do) and allergies. relax, as it will be gone as your foetus grows. tiring and annoying but that's just another proof that you are becoming a mother.

the second trimester, your pregnancy is in stable conditions. this time around, your doctor may grant you a permission to fly abroad for holidays and such. you may enter an exercise class (special for expecting moms), you may jog a little, and you bet, you may want to eat all you want to eat with 'cravings' excuses and people
around you will try to provide them, no matter what.

the third trimester, you should do a lot of simple walking, simple exercise, cut down calories and unwanted fats, and start feeling movements in your tummy. some people say, turn on some classical music as your baby will be smarter but as Muslims, a quran recitals, is better. at this time around, ask your hubby to pamper
you with massage and if you can afford it, go and have a relaxing time at your favourite spa. do some facials and karaoke, and have fun. the baby; even inside, can feel your mood too, ok. avoid being sad :<span class= and alone as it will affects your mood.

delivery, is one hell of a test. labour pain? very annoying, indeed. i remember shouting and scolding my beloved hubby (sorry honey) for trying to calm me down. the pain is indescribable. for hubby's out there, no matter how annoying and butt kicking behaviour your wife can be at that time, just ignore it with love. she's in pain and you'll never know how it feels.

normal delivery, is great. quick recovery and chances to get your old figure back is high. Cesarean is somewhat easy as you won't feel the pain at that time, but afterwards it hurts.

please, and i mean PLEASE breast feed your baby once he's born. its for his own good. it will cut down the risk of jaundice for babies and besides, nursing mom will have very small chances of having breast cancer and i tell you, dear..nursing mom certainly will have more fuller and beautiful boobs. you do want this, right?

for Muslims, have heard of mandi wiladah? ok. its actually what you should do right after delivery as it is to clear impurities during delivery (this is what i heard from Al-Kuliyyah, TV3). But, if you haven't done it yet, but have performed mandi hadas instead, that should be enough. but now, since you have known (for i have told you) remember to do your mandi wiladah, ok?

'as taken from Penjagaan Kesihatan Ibu dan Bayi'

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

niatnya simple; 'sahaja aku suci dari hadas besar, kerana Allah ta'ala'

ok. i guess till here only. any mothers out there who would like to share their experience or perhaps wondering anything, do drop me a line, ya. i may not an expert but sharing experience is good..




i've been tagged, again!

tagged..again.

but this time, i think i'll pause it first. had to spend some time to do something and this time's tag is a bit 'difficult'. ha ha..

if i have settled squeezing out my ideas on the said tag, i'll post it here, ok dear ElsaSoraya?

Sunday, January 25, 2009

Hujung minggu yang suram dan CNY

esok CNY.

kong heii fatt choy..

semalam hari sabtu, tak pg memana pun. dok umah, basuh kain 2 trip, pa set up all in one printer, (dgn bangganya memberitahu, aku dah ada printer+fax+copier+scanner ..muahahaha). dalam kul 1, pa ajak kuar lunch. sian kat aku, katanya. penat nak masak, dengan kerenah budak2. kuar kejap, makan lebih kurang dah tuh balik. pa kene gi opis, ada indie band hapa ntah kat radio. uhh..anak2 dah kebosanan. biasalah, diorang dah tentu nak jalan2. mandom kejap. macam2 alasan aku bagi. sampai rumah lepas makan, aku suh diorang tido. aku cakap dengan diorang, tido dloo nanti papa balik, leh jalan2.

budak2 tido kul 3, bangun dekat kul 6. papa balik lepas maghrib. kepenatan nampaknya. aku buat bubur ayam je untuk makan malam, berserta 3 keping dada ayam yang aku perap untuk di grill, asalnya untuk papa makan dengan chappati tapi akhirnya dia juga tergoda dengan bubur nasi ayamku. hehehehe..dalam kul 9.15pm, kepenatan papa tak dapat dibendung. pa kata dia nak tido kejap, nanti leh gi jalan2. uhhh..tak mungkin. dengan perasaan sedikit frust, dan juga kesian dengan papa (ditambah dengan kenakalan dan kerenah ekstra anak2) aku ajak juga budak2 masuk tido. menjelang kul 10 mlm, semua pengsan. aku keluar kejap, kunci pintu, tutup semua lampu dan pelbagai suis, lalu masuk tido.

pagi tadi kami bangun pukul 4.30. hahaha..tido awal sangat agaknya. ziyad je tak bangun. kakak dgn adik dah terbeliak biji mata. layan tv kejap, sementara tunggu subuh. papa buat keje sket, aku mandi. lepas tido kan darling semula, aku suh si kakak pula sambung tido. susah betul dia nih. nak tgk tv je dia. lepas subuh, kata orang tak elok tido semula. tapi, setan itu kenmain lagi godaannya. bila darling merengek-rengek, cari tangan. aku pun dengan selambanya landing sama dgn darling. alasannnnn!!! aku pesan kat papa, nanti kejutkan, leh gi sarapan sesama. sudahnya, dengan papa sekali layan tido gak. kul 9 baru bangun. apo laaaaaaaaaa!!

semua dah siap mandi pagi. minum nescafe sket, makan biskut jacob's weetameal sekotak (24 keping, kecik2) sambil budak2 main beskal. pa ajak gi lunch. hujung minggu, mmg jarang makan di rumah. lepas lunch, pa ajak gi pantai remis kejap, cari pisang. singgah jap beli air tebu, dan aku dapat rasa makan tebu 3 ruas. ha ha..sememangnya dah lama aku suh papa cari tebu, bgidam beb. hari ni lak dapat. on the way ke pantai remis, yad dan darling dah terlena. beli pisang berangan dan pisang lemak manis sesikat, we head home sebab pa ada keje lagi, nak jumpa orang lak.. masa tu jugak yad bangun. sedikit grumpy coz kami dah on the way balik. 'yad tak nak balik, yad nak jalan2,' katanya. aku umpan dengan pisang goreng dan yad senyap. sampai rumah, solat zuhur kejap, pa pun gerak pergi. aku tengok je dengan perasaan yang muram. ye la..hujung minggu kan..biasanya time2 ni la dapat gi jalan2. dah papa bz plak. frust juga. kalau esok lusa pun papa sibuk juga..tak tau la aku.muncung seminggu agaknya.

Saturday, January 24, 2009

ECR dan Tony Fernandes

adik aku call pagi tadi.

memula tanya pasal nak buat surat rasmi (lebih kurang laa) in english.

dalam kemamaian, aku jawab je apa yang patut.

kemudian baru aku tersedar, dan terfikir pelbagai soklan menarik plak. dan tentunya yang berkaitan dgn panggilan telefon dia yang menimbulkan rasa ingin tahu aku.

lalu aku call dia plak. tanya lebih kurang dan dia kata nak buat interview. okeh..

she mentioned this fella name but aku tak kenal dia sapa. huh..lama sangat dah tinggalkan alam banking, nama ceo mbb pun aku tak tau.

tapi aku terkesan ada sedikit lack of happiness dalam tone suara adik aku tu.

rupanya, dia nak sangat interview Tony Fernandes, CEO Air Asia.

aku tanya dia, apsal tak request interview? dia cakap group member dia dah try, tapi tak dapat.

hmm...sebagai seorang kakak, yang suka benda2 mcm ni, yang pernah aktif dalam semua benda bab-bab nak interview dan nak cari celebrity ni (aku pernah buat dulu, masa form 5. masa tu aku ketua pengarang majalah sekolah), aku pun cakap kat adik aku tu:-

"kalau kakak tanyakan, nak?"

"haaa?? betul ke? cemana?"

"nanti kakak msg dia. tapi jangan berharap sangat. takut kecewa lak. dia kan sibuk orangnya."

"haa..okeh..okeh.."

end of conversation.

tetiba dia missed call aku. aku call dia balik.

"apsal?"

"err..org nak tau, cemana kakak nak tanya dia?"

"lerr..facebook kan ada. nanti kakak msg je la dia."

"ooo..kakak kawan dengan dia ekk?"

"kawan dalam facebook la. takde la kenal sangat pun."

"okeh..tenkiu!!"

letak tepon.

agak2 dalam kul 3 lebih tadi, aku dapat sms dari adik aku tu;

'KAKAKKKKKKKKK!!!!!'

hek ennaaaa...budak ni knp plak..? getus hati aku.

aku call dia, 2, 3 kali. tak angkat. uhh..aku dah cuak. ingatkan dia eksiden ke apa jadah ke. aku sms dia..leh reply plak...tgh kat salun katanya, buat rambut. chehh!! bikin geram jek.

pastuh aku call. tanya apsal sms cam gelabah jek.

"kakak tipuuu!!" dia kata.

"aik? apsal lak?"

"tony fernandes call tadi...bla..bla..bla.."

ha ha ha...dan aku tak payah cerita betapa seronoknya aku sampai mengalir air mata.

all the best with the interview nanti ya!!!


****************************************************************

Ini mesej yang aku tulis pada Tony Fernandes melalui facebook.

Dear Mr. Fernandes,

I write to you on behalf of my 18-year-old-ACCA-student-sister.She is an ACCA student in UiTM Shah Alam.

She and her group would like the opportunity to have an interview with you, for the launch of their ACCA related magazine this coming March 31, 2009 as u were once an ACCA's.

According to her, one of her group members has already asked for a session with you, but being turned down (I don't know the exact reason).

I am now seek your kindness, to grant this interview session with her and her group, as she sounded sad on the phone, informing me that they couldn't get you.

I really hope that you can make it, for my sister and for ACCA students who love and adore you. Or at least, do it as a gift of my 30th birthday (Feb 20). :) Please, please and please....i love my sister and she's the brightest one in my family.

If you can make it, please contact her at this number 013-*** ####, Eireen Camelia Rusli (she might get stunned and couldn't talk for a while, if you DO call her, hehehe) to set a date, at your convenient of course; for an interview.

warmest regards and the biggest thank you,
Eranee Rusli
012-245 0446

dan ini reply dari The Man, himself;

Today at 3:21pm
okay sure. calling her now

**************************************************************************

Friday, January 23, 2009

tag orang lak..


hmm..disebabkan semalam aku terlalu asyik dan seronok merangka jawapan karangan yang ditugaskan oleh elsasoraya, maka aku hanya fokus untuk mengetag adik aku.

jadi!!

hari ini aku mendecidekan diri, untuk mengetag mereka2 di bawah ini:

sultan
-awal2 dah ngaku kalah ini mamat

eni
-ntah sakit apa ntah. sepanjang aku membaca blog dia, takde tenang. gelora aje. lantak ko dik!!

si gorblin
-ini budak dah bersawang bagai blog dia. update la woii...malas betul.

chokilala
-uhh..budak pandai buat blog macam2, yang suka buat aku sakit hati dan nyeles bila jengah blog dia..bila nak cantikkan blog akak ni? isk..isk..

hahaha!!..best kan? pepandai la korang. nanti akak semak dan tanda. kot banyak merah, buat semula!! kah kahkah..macam cikgu plak..

cara-caranya adik2, mengikut tugasan yang diberi oleh cik elsasoraya;

  1. pepandai la copy and paste award kat atas tuh
  2. citerkan sape yg bagi dan apa kene ngene si pembagi award dgn korang (ni aku tambah2)
  3. pastuh citer perihal diri spt tajuk2 bergaris dalam blog akak semalam (title:tagged)
sekian, terima kasih..selamat di tag dan mengetag!!

Thursday, January 22, 2009

tagged!!

dari blog ini, aku di tag oleh ElsaSorayaOthman dan diberi award ini:-



berdasarkan tajuk entri beliau,

apabila kita menyelamatkan orang dari dibelasah, kita akan diberi hadiah
sesungguhnya aku kenpius atas apa yang pernah aku lakukan, sehingga layak diberi anugerah ini. muahahahah..sinis kah? atau emo kah?

well, sedaya upaya aku akan cuba menjawabnya, dengan diiringi oleh laungan CD NKOTB hadiah dari Mix.Fm tadi..

Perihal Penulisan Di Internet

penulisan di internet? kalau maksudnya berblogging, aku juga masih baru. mungkin baru menginjak ke usia 2 tahun. tapi kalau berchatting, atau mungkin memerah idea menghantar sebarang bentuk artikel ringkas, mengisi ruangan forum, menulis cerpen atau puisi secara online, sudah lama. since 1997. sejak IRC lagi.

sesunggunya aku amat minat dalam bidang penulisan. ada 2, 3 artikel ku yang tersiar di akhbar dan majalah. namun itu sudah lama. puisi ku juga ada yang menghiasi sudut kecil akhbar, juga dipenjuru mukasurat sebuah majalah. namun, itu juga sudah lama. malah tidak ada ahli keluarga ku yang tahu. simpanan salinan naskhah juga tidak ku buat. malu mungkin. uhh..itu dulu. sekarang, setiap tulisan akan ku uar-uarkan. di facebook juga aku rajin menulis nota. di email juga aku rajin membalas kritikan atau memberi pendapat tentang isu2 semasa, berjela panjangnya. pendek kata, aku suka menulis. dan sekarang, aku mula berjinak-jinak bidang penulisan lirik. sudah lebih 50 lirik ku hantar pada mereka yang berada di aliran seni, yang kurasa mungkin akan memberi aku ruang mencelah di tapak seni yang penuh glamour dan huru-hara. namun rezeki masih belum mendatang. aku redha. kerana niatku untuk menyerah hasil tulisan, untuk mungkin mencari sedikit rezeki sampingan bagi menambah pendapatan keluarga, bukan untuk meraih gemerlap cahaya yang konon gemilang tapi samar.


Perihal Diri

Aku dilahirkan hampir 30 tahun dulu dalam bulan cinta; Februari. mungkin bukti cinta mak dan ayahku berbunga waktu itu. aku amat suka menyanyi waktu kecilku, menurut kata mak dan ayah, juga makcik pakcikku. sehingga waktu persandingan aku pun, aku diminta untuk menyanyi oleh pak langku. hehe..aku amat aktif dalam pelbagai bidang kesenian di sekolah. dari tarian, nyanyian, lakonan pentas, perdebatan hinggalah ke cabang menjadi pengerusi majlis bagi setiap majlis formal di sekolah. suaraku kelas dan matang, agaknya. (uhh..aku masuk bakul angkat sendiri). dan aku suka semua itu. aku juga amat suka sesuatu yang melibatkan bahasa. aku boleh berbahasa kantonis, hanya dengan hobiku yang suka menonton drama berbahasa tersebut setiap petang di tv3 dulu. aku juga boleh berbahasa sepanyol (sedikit sebanyak), mandarin, hindi dan tagalog. mungkin tidak begitu fasih, tapi sekiranya aku ditugaskan di tempat2 yang memerlukan kemahiran berbahasa sedemikian, pasti aku boleh. segalanya tanpa pendidikan formal berkaitan bahasa, hanya dengan menonton tv. hebat? nahhhh!!

pernah kemalangan sewaktu berusia 7 tahun dan dimasukkan ke hospital selama seminggu. parut buruk itu masih ada di abdomenku, yang sering disalah anggap oleh para doktor yang memeriksa kandunganku, bahawa ia adalah bekas ceasarian. uhh..benci!

pernah bekerja di pelbagai tempat, dari cybercafe, ke perkhidmatan limo di KLIA, di MPH, membuka kedai aksesori wanita sendiri di Alam Sentral (modal oleh ayah, pastinya) dan akhir sekali di AmBank, Shah Alam.

kini, aku hanya seorang isteri yang duduk dirumah mengurus anak2 sambil sesekali menjadi sekretari dan pengurus akaun perniagaan suamiku yang menggunakan namaku sebagai directornya. ha ha..itu perniagaan keluarga, sebenarnya. landasan untuk kehidupan kami yang lebih selesa, lebih baik di kemudian hari, menjelang dewasanya anak-anak kami. kata orang, sediakan payung, sebelum hujan. benarlah.


Perihal Keluarga

aku merupakan anak sulung 5 beradik. mak dan ayahku berkerja, sepenuh masa. mak seorang pegawai kerajaan di LHDN, dan ayahku pernah bekerja di various factories sebelum menjadi kontraktor sepenuh masa pada tahun 1986. aku tidak selalu mewah. pernah merasa susah, pernah juga merasa berbelanja rm100 sehari ke sekolah. tapi itu semua bukan sebab untuk aku menjadi gah dan lupa diri. tidak. mungkin ada yang pernah mengata aku sombong, but the truth is, 'tak kenal maka tak cinta'. aku juga bukan anak favourite. aku rasa aku anak yang paling ntah apa-apa. sebenarnya paling nakal dan paling tak menentu kepanjangan akalnya. yang buruk, yang aib, biarlah kusimpan dalam hati.

keluarga ku kini, dengan suami tercinta En. Zairi, dihiasi dengan 3 cahaya mata, dan yang ke-empat bakal menyusul jun nanti. sesungguhnya kini aku mengerti, susah payah, jerit perih, seronok gembira menjadi ibu dan isteri. lantang jeritan suara aku memarahi anak2, meski pedih di telinga suami, sudah lali di telingan anak-anak, bahkan para jiran. meski aku dan suami tidak selalunya dan tidak sehariannya bergurau senda dan beramah mesra, cinta masih ada, tebal dan setia. kata orang cinta selepas kahwin, lebih istimewa. benarlah. aku terlalu mencintainya.


Perihal Cinta

aku pernah buat 'list of boyfriends' dengan mak aku. nyata mak kalah. sepanjang usia ku 18 tahun, aku sudah punyai 11 orang 'teman lelaki', berbanding 8 oleh emak. ha ha..poyo!

namun cinta sejatiku berputik selepas kahwin. suamiku bukan pilihan keluarga, tapi terpilih hasil dari hati yang sama-sama terluka. ya..kami sebenarnya masing2 baru sahaja putus cinta, ketika bertemu kali pertama. dia juga yang pertama direstui ayah. bukan tidak pernah bawa kawan lelaki pulang ke rumah, namun semuanya dibenci ayah. ayah siap ugut untuk menembak lelaki itu, jika masih berkawan denganku. Zairi juga memikat hatinya, mungkin kerana sikap jujur, terus terang dan selambanya. mungkin juga insiden cekodok bilis emak, menambat jiwa. kasih kami mungkin mula bersemi since then, cuma cinta hanya wujud, selepas berumahtangga. dan ianya sangat indah, sungguh aku berterima kasih padaNya!

note: teman2 lelakiku, samada mereka beriras cina, atau india. tidak ada melayu tulin. dan akhirnya aku sangkut, dengan si dia yang berdarah campuran india. ironi? uhh..kelakar!


Perihal Kawan Baik

kawan baik? kalau dulu aku anggap kawan baik ini perlu. tapi kini tidak lagi. kawan baik pada aku ialah mereka yang sanggup berada di sisi, tak kira waktu atau situasi dimana mereka diperlukan. dan selalunya, mereka yang ku anggap kawan baik ini, tidak sedemikian. hanya aku. ya, hanya aku yang begitu. sanggup meredah hujan ke rumah si teman. sanggup juga berhabis duit teksi juga untuk bertemu dia. berhabis duit untuk berbelanja dan berhabis suara bergaduh membela dia. pernah juga berkorban jejaka idaman, kerana dia.

aku sesungguhnya layak menjadi kawan baik sesiapa pun, namun aku sangsi, samada aku akan layak mendapat kawan baik, sebagaimana aku terhadap mereka.

kawan baik terakhirku, sungguh2 ayah tak suka. suamiku juga tidak menyukai dia. tapi keluarga si dia, amatlah sayang padaku. ibunya, kalau berjumpa denganku, pasti akan dipeluk cium diriku. lalu, dapatkah kalian membuat kesimpulan?

aku rela sendiri. tak perlu ada kawan baik sebegini. yang selalunya hanya ambil kesempatan dan menikam aku dari belakang, 'kawan baik' mereka sendiri. sangat benci!!


Perihal Biskut Beruang (??)

aku boleh makan apa saja kot. asalkan bukan di luar tabi'i. aku suka yang ada cheese dan tika ini aku amat menggilai sandwich. ha..ha..

sandwich itu mestilah berintikan ayam, atau mungkin telur. bukan sardin atau tuna. aku tak suka baunya. kegemaran ku dulu, melepak di Gloria Jean's dan favourite dish aku ialah corn beef panini, juga cheesy meltz. aku juga suka kopi. tak kira jenis, segera atau klasik.

biskut juga aku makan. dari biskut kering ke biskut pelbagai perisa. asal lapar dan itu je yang ada, pasti menambat selera. but definitely, bukan yang berpeanut butter!

namun, aku kurang sedikit dengan selera autentik india. aku lebih western. tapi tak bermakna aku tak makan tosai, atau chappati. aku suka cheese nan dgn ayam tandoori. hehehe..


Perihal Pelajaran

ini tajuk berat. aku bukan tak pandai. tapi aku malas dan mengada-ngada. aku dianugerahkan kebijakan dan kepandaian lebih dari sepupu sepapatku namun tidak digunakan sebaiknya. aku mendapat straight A's dalam UPSR. pelajar terbaik muzik dan bahasa inggeris sewaktu sekolah rendah. dapat various award masa darjah satu. tak pernah dapat nombor corot dalam peperiksaan sewaktu sekolah rendah. asyik2 nombor 1, 2 atau 3. cuma sekali dapat nombor 9.

namun berubah bila jejak sekolah menengah. aggregat 15 masa form 1, namun tercorot dalam kelas; nombor 35 out of 36. uhhh..bengang gila. dan kemahiran bahasa inggeris makin meningkat. aku yang tidak pernah dipandang rakan2 sewaktu itu (aku di sekolah projek, yang kebanyakannya budak2 pandai dan kaya, kononnya) menjadi wira kelasku dalam spelling bee competition. nah, kemudian baru ada yang bukak mata. hipokrit sungguh!

seterusnya, tak ada apa yang perlu dibangga. sekadar 1 a dalam pmr dan pangkat 2 dalam spm, aku tergolong dalam kelompok mereka yang biasa2 saja. menjejak kaki ke itm jengka, jurusan pra perakaunan hakikatnya tidak membanggakan. aku lemah dalam subjek matematik dek kerana aku amat membencinya, tidak menjamin kecemerlangan aku di lapangan perakaunan itu. sesungguhnya aku hanya menuruti kehendak ibu. dan sesungguhnya jiwa, hati dan minda ku memberontak tidak merestu pilihan itu. sesungguhnya, aku meminati bidang lain. more to kesenian, mungkin. aku minat mass comm, tapi tidak ada rezekiku waktu itu. kecewa, aku hanya setuju dengan akaun, lalu jejak ke Jengka, Pahang.

bukan tak mau teruskan (offered but i let it down) tapi aku nekad, berhenti. setelah gagal dalam maths (aku perlu lulus semua subjek, to continue) aku tinggalkan jengka. kebetulan juga waktu itu negara sedang dalam krisis ekonomi. aku sorok surat tawaran itm untuk sambung diploma. aku beri laluan pada adik lelaki yang lebih pandai ke UTM, Skudai. muliakah tindakan ku? tidak..aku hanya seorang kakak, dan anak. sudahnya, mak marah sangat2 dengan aku, bila secara tak sengaja terjumpa dengan surat tawaran itu. penjelasan hanya kuberikan padanya, selepas seminggu. waktu itu, aku sudahpun bekerja di cybercafe, kompleks PKNS Shah Alam.


Perihal Cita-Cita

kalau dulu aku ingin menjadi anchor newscaster, atau mungkin businesswoman berjaya. tapi kini aku hanya ingin melihat anak2 ku berjaya. perniagaan suamiku berhasil dan keluargaku terus harmoni selamanya.


Perihal 'Apa merepek kau ni??'

aku tak suka dengar orang makan berbunyi. hatta makan aiskrim pun, macam makan kacang, berdetap detup bunyi gigi berlaga. keras ke aiskrim tu? rimas dan sungguh geli. aku juga tak suka orang berpakaian ala-ala kemas, tapi bau ketiak menusuk hidung. tak suka orang yang konon2 berprestij, dgn beg tangan berjenama, wangian mahal, baju trendy tapi tudung sumpah tak gosok dan nampak sangat dah dipakai berhari-hari. pengotor!! aku juga tak suka tgk org perempuan bertudung tapi pakaian bukan main ketat nampak segala lekuk dan biji, belahan kain atau skirt bukan main tinggi sampai nak ke pangkal kaki. gila ke?

dan aku tak suka dengan orang yang sangat suka menyanyi tapi suara sangatlah sumbang gila babi! siap bangga dengan kegemarannya tu lagi.

note: aku finalis pertandingan menyanyi sewaktu di ambank, takde plak suka melalak sesedap hati. lagipun, aku malas nak dengar komen keras suamiku nanti. orang sound ni, kritikannya menghiris hati.


Perihal Penyesalan (Stupid flings)

tak tersenaraikan kot. terlalu banyak. tapi hanya simpan dalam hati. dengan janji pada diri sendiri, jangan ulangi lagi.


sudah. selesai.

jadi, pada siapa harus ku hadiahkan pula award dan tag ini?

rasanya mungkin cuma pada adikku Eireen, yang paling bijak dalam keluargaku ini.

terima kasih elsasoraya!

hari ini mungkin yang terbaik 2

yea..hari ini mungkin yang terbaik.

abaikan saja cerita cicak tadi...

sedang asyik memasak sos spaghetti, anak2 aku panggil. ada org datang katanya. oh ya, baru teringat. courier man called this morning. katanya nak hantar kiriman dari Mix.Fm. so, aku pun gegas2 ke pintu. terima bungkusan, tandatangan dan ucapkan terima kasih berserta senyuman nipis. nak bagi spaghetti, belum siap lagi. takut pula dia kata aku bagi rasuah. hehehe



apa agaknya yang aku dapat dari Mix.Fm tu?



a cd from New Kids On The Block!!! punyalah aku gila dengan diorang ni masa bebudak dulu. tiba-tiba dapat lak. hiks! hilang rasa geli dan marah dengan insiden cicak tadi. thanks Mix.Fm!
(i did enter NKOTB's online contest on Mix.Fm's website, but never thought could win)

sekian lama aku
berblogging (lama ke?), sekian lama itu juga aku dok baca blog anak2 zaman ini dan aku temui habit baru diorang. tagging each other! bila aku baca bab mereka di tag, aku senyum sendiri.

tapi!!!!!

hari ini aku di tag. uhhh?? aku yang dah tua (i'll be 30, soon!) ini di tag?? tapi aku terlalu seronok sebenarnya. bukan sebab di tag, which aku masih memikirkan cemana nak menjawab tag tersebut. tapi atas recognition yang diberi oleh si tagger; elsasoraya.

sesungguhnya, her recognition really made my day!!

Kak Eraerza, a lovable supermom and she is currently expecting! Rezeki dari Allah.

thanks dear! akan akak usahakan untuk menjawab tag mu itu!!



hari ini mungkin yang terbaik

ye ke? takkan lah...

pertamanya; kami semua kesiangan, menyebabkan
dalia tidak ke sekolah! pontengan keduanya minggu ini. dan yang ketiga sepanjang dia mula bersekolah. semuanya disebabkan kesiangan.

bangun pagi tadi, jam sudah menunjukkan angka 8.57! sekolah hapanya.. bila
papa tanya dalia, nak sekolah tak? dalia dalam kemamaian dan kemalasan menggeleng. cheh!! pastuh aku nyampuk, 'sori ye kakak, mama bangun lambat la..esok kakak sekolah tau.' then dia plak sound aku, 'tu la, kenapa mama tido lambat?' aiks?? lantas aku menjawab 'papa laaa..buat mama tido lambat, tu la mama bangun pun lambat.' (mereka yang belum berumahtangga mungkin tidak faham akan statement sopan ini).

tp pagi td tak seceria biasa. menjelang tinggi matahari, mood aku tetiba swing. terjentik oleh benda remeh. tak payah ceritalah. kemudian aku gegas2 siapkan sarapan anak2. pilihan aku hari ni, spaghetti bolognese; favourite anak2.



kemudian ada cerita menarik lagi menggelikan.

aku tak suka cicak! dan makhluk itu tiba-tiba mengganggu
pagiku, hari ini. sedang aku mengambil botol olive oil di kabinet dapur, dan dengan senang hati menutup pintu kabinet tersebut, entah dari mana munculnya makhluk membencikan itu, tersepit pulak di pintu kabinet. OMG! aku sudah kegelian melihat cicak tersebut tergedik-gedik minta dilepaskan. cilakak! sos bologna sedang mendidih, minta ditutup apinya. air milo sedang menunggu untuk dituang ke dalam cawan anak2 dan nasi semalam sudah tersedia di dalam pinggan bersama sebiji telur yang aku goreng atas grill pan, sedia untuk ku lahap, atas counter top kitchen kabinetku. namun semuanya bagai terhenti, dek kegelian aku terhadap cicak durjana itu. aku yang moody dengan papa (aiseh, tercakap plak) tanpa ada pilihan lain, terpaksa call dia. uhhh..tak macho sungguh, takut cicak call hubby. malang sekali nasibku, papa sudah jauh meninggalkan kawasan perumahan kami. aku dengan peluh penat dan gelabah, demi untuk mengelak perut berkeroncong dan sos pasta hangus, menggelinjang berusaha untuk melepaskan cicak itu. menggunakan batang penyapu sebagai pengganti tangan untuk membuka pintu kabinet, cicak kulepaskan. dan yang paling buat aku terlompat tambah kegelian, ekor dia putus dan menggelitik di atas lantai. habis segala sumpah seranah keluar dari mulutku. anak2 aku pulak, berlarian ke depan ke dapur menambah side effects. uhhh...sungguh tensi!

setelah segalanya selesai, kami dengan leganya menghadap hidangan masing-masing. slamatssss!!

Wednesday, January 21, 2009

bolster dan coin box

aku member kat satu site ni, which called gedung wanita berrybunch. where home-based entrepreneur, whom mostly women promoting their goods and products.

as i was searching and cuci mata, aku terjumpa bende alah ni:

coin box




dan ini:

bolster






kat sini:-

http://gwb.berrybunchbox.com/viewtopic.php?f=81&t=146&st=0&sk=t&sd=a&start=225

sesungguhnya, aku tersangat lah ingin untuk belikan anak2 aku sorang satu..bukan mahal pun. tapi takut papa depa marah lak..

hopefully, one day dapat belikan..hehehe

dalia..

last nite we had a dinner outside and we chose a mamak restaurant in klang, as we were regulars there.

we ate simple stuff. dalia with her chicken soup and rice, papa with mutton soup and rice, while ziyad and me had roti canai with beef curry. dalili? belasah je la apa yang ada.

we had simple chat; normal chat between family members, been greeted by those friendly mamak's, who seemed to be 'entertained' with my children's behaviour and watched the people around us.

when suddenly, another mamak (who often fry mee and prepare rojak) appears and greeted dalia.
dalia was smiling and us too. she was so polite with people. unlike ziyad, sesuka je hoi, hoi orang. when that mamak continue his work, i asked dalia,

"kak, hensem ke uncle tu?"

while drinking her chocolate milk (dalam kotak) she paused a bit and said,

"hensem.." dengan muka selamba.

my hubby and i were bursting with laughter and tears. and so did dalia, later on.

i told my hubby, "nanti dapat menantu, macam bapak dia jugak la ni..keturunan."

and my hubby said, "tak kisah la, tapi jgn la gelap pekat sangat. cari yang cecerah sket,"

and i can't hold my laughter any longer.

as that mamak passes us (byk kali jugak la..dah sangkut dgn anak dara aku tu kot..) we can't stop smiling and giggling.

dalia..dalia...

btw, that mamak is sweet la. he does look nice and clean..no bad smells whatsoever..except that he's way too dark.

what can i say..it runs in the blood!!



note: my hubby's grandpa, his father's side is an indian, originally from India. my greatgrandfather, on my mother's side is an indian too.

a quick date

last monday, i had a terrible mood swing.

all day long..i was angry, or easily get angry. i know why but seemed like i can't control my own swings.

poor children of mine. i tend not to talk much with them for i was scared i might get overboard with them. lucky me, they seem to understand.

i sms'ed my hubby, asked him not to give me any calls, for i know a simple twitch will make me lose it. and lucky me again, he understood.

as to calm my temper, i was online. reading blogs, checking my notifications on facebook etc. i was also on YM. there, i chatted with my beloved hubby. he calmed me down, slowly reducing my temper, bla..bla..when the situation is quite okay, my hubby called. he asked me to prepare my kids, to be sent to his mom's later after maghrib. i asked him how was his mom's reaction? he said, 'mami kata ok..'

he asked me to accompany him to the bank, pay bills; credit cards and celcom. then, after a quick drop off of the children (all of 'em. dalili was okay, but ziyad and dalia cried) we settled all the payments we have to do, deposit a cheque and head for dinner.

he asked me what to eat and i told him i want something simple. we were loitering around shah alam when he finally decided to stop at

concorde hotel, shah alam


we had a really nice date, eventhough we spent only less than an hour there. of course we ate only simple things as the food were expensive, that we have to stop at the nearest petrol station to buy me some sandwich to curb my hungryness. *grin*

arriving at my in-laws, around 10.30pm the kids were still awake. we knew it is possible that they have fallen asleep. as the car stopped and we approached inside the house, my kids went haywire, "mama! papa!!!" and dalili were trying hard to open the grill gate so that she can get out and get me. but unfortunately, ziyad were clinging on the grill gate, with wide smile and noisy babbles.

i thought we won't stay long as it was school night but, as my hubby saw his parents new lcd tv, and home theater set, he can't bear the 'heat'. as for abah (dad-in-law), that was the opportunity to ask his son to set up his tv and home theater for him. well, my hubby's a pro with sound and we stayed they till about 11.40pm. since the kids were starting making scenes, as they were all sleepy, we had to move. arrived home around 12midnight and tuck the children into bed easily.

as we (hubby and i) were about to lay down, i have this kind of weird feelings. not that i wasn't happy with the quick date we had but maybe a little worried. about what? maybe about my pregnancy, baby delivery in june, who's going to take care of my children, and stuff. my hubby said, 'we'll figure it out, later' and asked to go to sleep as dalia's schooling tomorrow. well, i slept with thousands of questions.

as for the date that night, thank you, dear. don't forget this feb 20. cuti tau!!! :)

Thursday, January 15, 2009

sukarkah menjadi suami?

hmm..persoalan ni patutnya para suami yang jawab, kan?

my hubby is ok. may not so handsome but still looks good to me. he may also not that rich but we managed. besides, i didn't want any handsome and too rich husband. cukup sekadar sederhana.

i met my hubby 'accidentally', actually. back in 2002.

i don't remember whether i have blogged this down or not.

i was working back then, in AmBank. had a radio on my counter (i was a teller, of course) and the only channel that can be tuned in to was UFM, UiTM's radio station. been a regular caller and made friend with a dj (no need to mention the name).


nak dijadikan cerita, i called in one day to request a song; 'short skirt, long jacket by CAKE'. when my call being picked up, terus je la sembur as i thought it was my dj friend. and suddenly, suara di hujung talian berbunyi "err..awak salah orang ni. dia tak on air hari ni.." errkk!! malu? memang, but nasib baik dalam tepon. tak nampak dan tak terperasankan. untuk elak lebih malu, aku pun sesaje la sembang lagi. eh..ngam pulak. masa tu the name we use were just 'era & bob'. well, sampai sekarang dia masih lagi dipanggil 'bob' kat radio tu (oh yes, my hubby is still working there).

long story short, we planned to meet that night. he picked me up at my house with his wira. err..to be honest, i had never have any boyfriend who posses own vehicle and there he was..looking very simple and sincere. though not handsome, he has a sweet smile.

since that night, we met almost everyday. he picked me up and send me home after work, everyday. been friends for about 2 weeks, i asked him to have brekfast with my family and there he came, on Sunday (he's working on that day). my parent had just came home from their weekend jog and my mum made her famous and delicious cekodok. one thing regarding that day that my parents and i cannot forget. how selamba he was, asking for sos cili to be eaten with the cekodok my mum made. haha..my dad laughed as soon as he left. tak bleh tahan agaknya. jadi bahan cerita, sampai sekarang.

then, he brought me to meet his family the next week. i've met his sister, before that. biasalah, abang nak tayang gf, tunjuk kat adik dloo..at his parents', i was stunned. not once or twice, but many times. hardly can recall. 1st, they treated me so well. 2nd, the food was so many on the table and everything's delicious. aku jenis tak reti makan banyak2 lauk, terkial-kial nak pilih makanan. then, belum reda lagi kekenyangan, mak dia tanya plak soalan maut, 'bila nak langsung?' terkujat jap aku dan terus jawab, 'takkan saya pulak, zairi la..' sambil tersipu-sipu beruk. klaka? truly!

we've been friends for less than a month, then we decided to tie the knot. not all of our family members knew this. but, what can i say, dah jodoh. memang banyak asam garam, ribut taufan dan segala macam hujan banjir melanda. tapi itu semua lumrah. mematangkan seseorang. merajuk? banyk kali..gaduh? bertikam lidah? pun banyak kali juga. tapi bila dah lama2, rasa sayang tu makin tebal, masing2 akan mula berfikir secara bijak untuk mengelak perkara sedemikian untuk kerap berlaku.

semoga ikatan yang dimeteri akan kekal ke akhir zaman..semoga anak-anak yang dikurnia menjadi penyeri, akan juga menjadi nur dalam hidup kami selamanya. Insya Allah.

Wednesday, January 14, 2009

hari isnin yang mandom..

ehh..hari ni dah rabu, kan? sori laa..kita backdated jap..

isnin lepas, permulaan minggu yang biasa je rasanya. pagi, urus Dalia nak gi sekolah (subhanallah, punya la susah dia nak bangun pagi). dah tu, urus dua lagi anak2 yang ada di rumah. breakfast nya, mandi nya, susunya. papa? dah hantar Dalia, biasanya terus gi kerja. jarang nak breakfast di rumah sebab bukan selera dia. i cook simple things, chappati and bologna (Dalia's fav), or boiled some sausages for the kids. sometimes buat roti bakar juga and once or twice buat cekodok. none of the dishes attracted papa's tummy. he's more to idli, tosai dan yang sewaktu dengannya. kot dah ada darah india dalam badan tuh, mmg indian food la favourite dia.

around 11.15am, siap2 nak gi ambik Dalia balik sekolah. pas tuh masak kan spaghetti bolognese untuk budak2 (this one's upon Dalia's request, dia mmg hantu pasta). dah makan, biasanya aku bagi budak2 main ala kadar, tgk tv ala kadar, dengar citer Dalia sekolah, buat apa, makan apa etc, then around 12.30 or 1pm aku suh depa tidoq!! when papa's not home, we ate simple thing je kat umah. unless aku tgh gila lapar, dan perut mohon disumbat nasik..barulah aku akan rerajin pepagi lagi kuarkan ayam or ikan untuk masak lepas dalia balik sekolah.

then, bila budak2 dah bangun around 3pm, aku akan bagi diorang tgk tv. bagi minum susu, tanya diorang nak makan apa2 tak..kalau aku rajin, buat pancake, kalau tak bagi roti dgn susu je.

dan (ini baru sampai part cerita sebenar)...

dalam pukul 5.30pm aku ajak budak2 gi nenaon (term ayah aku untuk perkataan round-round dan aku gunakan dengan anak2 aku plak. soon it will be ajaran turun temurun, ha ha ha), untuk pg beli kuih. aku sms papa, seeking permission. then baru kuar. ingat nak cari dekat area umah je, takde plak. aku round lagi, dekat petronas, takde jugak. gi lalu depan sekolah Dalia, pun takde gak. hmm..aku decide gi pekan kapar, dengan harapan, ada la hendaknya.

uhh..aku rasa semua peniaga kuih mogok kot. kat pekan kapar pun takde, beb!! kecewa, aku pun balik la umah. anak2 macam paham je aku frust tak dapat cari kuih untuk di baham, diam je. sampai umah, budak2 gi main beskal, aku gi selongkar peti ais cari apa2 yg bleh dimakan. tiada yang mendatangkan selera. sudahnya, aku goreng telur jek. jadi lah..

bila papa call, aku cerita la kat papa. masa tu papa kat alam sentral. takde la plak aku kirim apa2. bila dah tamat conversation, baru aku teringat one thing. aku sms papa. and that night, kitorang gi nenaon, singgah kat kfc NKVE. hehehe..third times this month, makan ayam bunyi2 kat kfc.

ayam bunyi2? apa tu?

term ziyad untuk ayam yang digoreng rangup a.k.a hot and spicy; ayam bunyi-bunyi!!

p/s: thanks pa..hehehe..

Monday, January 12, 2009

Tabiat anak-anak, yang aku perasan


anak2 aku ada tiga, kan?

aku noticed ada satu tabiat diorang ni yang sangat sama, sejak kecik, dari si kakak sampai la si adik.

jeng..jeng..jenggggg....

diorang suka tidur berlapikkan tangan aku yang gebu lagi empuk dan montok ini!!!

petang atau malam, waktu tidur memang agak memenatkan untuk aku la kiranya. sebabnya, si kecik akan mula berpusing-pusing mencari posisi yang selesa atas tangan aku ni; dengan lengan atas aku sebagai bantal baring dan lengan bawah (siku ke pergelangan tangan) sebagai bolster.

lucu? kepala hotak! penat dan lenguh siot!!

tapi, despite all that feelings, ada satu rasa indah. anak rasa sela
mat dan aku rasa disayangi. seronok rasanya dapat peluk anak dengan rasa melindungi macam tu.

dah selesai si kecik, si abang pula akan mula mengambil giliran. kenkadang tak tunggu turn pun. terus grab je tangan aku ni, letak bawah pipi dia yang gembem tu. si abang agak kelakar sket. kalau aku dah terlalu lenguh berbaring mengadap diorang, aku akan beralih. tapi aku takkan bertukar posisi dari mengiring ke kanan (facing them) ke sebelah kiri, aku akan bertukar kedudukan, dari kepala ke kaki. err..dapat bayangkan? jadinya, bila si ziyad ni dok raba-raba, tangan mama takde, dia akan grab aje apa yang dia dapat, e.g kaki aku. itupun jadi untuk lenakan tido dia. senang sket aa anak2 aku ni. tak payah pakai bantal busuk.

dan kalau aku dah sedia nak beredar, si kakak belum tido (kakak biasanya akan menjadikan papa sebagai mangsa) dia akan suh aku lak landing sebelah dia dan semestinya, tangan aku jadi bantal peluk dia. dan percaya atau tidak, tak dan lima minit pun, si kakak akan terus lena.

sesungguhnya, aku menaip entri kali ini dengan senyuman lebar tergaris di bibir..

dan dengan si adik yang sibuk dok atas meja komputer ni, dengan penuh kerenah menjadi pengganggu setia setiap kali aku online!!


anak..anak...


Wednesday, January 7, 2009

my beautiful darlings..











they are the reason:-

i wake up everyday

i smile

i cry

i cook

i do laundry

i clean my house

i prepare their clothes

i sleep with backpain

i try everything

and do everything, as best as i could to fulfill their needs

Monday, January 5, 2009

butterflies in my stomach!



i got awaken by these feelings; scared, worried, happy etc, causing butterflies-in-my-stomach terms into reality. it was 2.00a.m and i rushed to the toilet to vomit.

why? what happened?

takde apa pun..i just got panicked i guess. Dalia starts schooling today. woke her up at 6.40am. prepared her breakfast; she wanted rice and milo. bathe her at 7am and she finally got dressed at 7.15am. braided her hair and by 7.30am, she was ready. complete with her shoes and school bag.

she's cute isn't she? nasib baik papa dia yang hantar masuk kelas. even kami semua ikut hantar ke sekolah, i insisted on staying in the car. biar papa yang hantar masuk.


and as i thought it would be, i cried. even watching this pictures, i cried. missed her already. bukan sebab apa, rasa macam tak percaya yang dia dah mula sekolah. besides, we never been apart before. since her birth. ada la juga tinggal2 dgn nenek dia, time aku ngandung, nak gi checkup dan bersalin. but semua tu tetap juga buat aku menitiskan air mata. walaupun tinggalkan dia dgn nenek dia. tapi aku kena terima hakikat, she's growing up. dah besar, dah comel, dah bijak, dah pandai jaga adik dan dah mula bertanggungjawab. aku tak risau nanti kalau nak bersalin bulan 6 sok..aku leh tinggalkan dia dgn senang hati, knowing that she'll take care of her siblings. especially Dalili.

uhhh..rasa masih lagi libang libu. berselirat segala macam perasaan. sekarang dah dekat pukul 10. dalia habis sekolah kul 11.30. tak sabar nak tahu cerita dia hari pertama bersekolah.

hopefully she didn't cry.

hopefully I won't cry...

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online