Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, October 21, 2008

Semalam

semalam aku lepak umah mak aku.

sebelum tu aku gi hangkut anak2 aku semua gi bank. nak bukak company account. di sebabkan aku penah keje situ, maka anak2 aku dapat duit raya dari ex colleague aku. hehe..tq!

dah tuh kitorang gi bantai nasi ayam, kat CRS, Tesco.

pastuh anak jantan aku mengarut, ajak gi naik train (kemaruk train budak ni).

pastuh laki aku hantar kan kitorang gi umah mak aku. lepak la situ sampai malam. sembang2 dgn adik2 aku. makan kuih raya mak aku yang dah tinggal tak seberapa. anak2 aku main kejar2 dgn adik bongsu aku, sampai termengah-mengah dan sakit2 mata. dekat kul 6 aku mandikan anak2 aku. mak aku dah balik masa tu, ada technician Gintell dtg betulkan kerusi urut bapak aku tuh.. mak aku buatkan roti bakar dan burger utk cucu2 dia yang kuat makan. sesambil sediakan apa2 yang patut untuk dia bukak puasa. dah siap mandi anak2 aku makan roti. ziyad siap tertidur dgn tangan penuh kesan roti. aku bentangkan comforter, pakaikan pempes dan hangkat dia letak atas comforter. pstuh aku susukan lili sampai dia tido, aku pindahkan atas comforter, sebelah abg dia. dalia? tak tido2. sampai lepas aku mandi dan nak solat maghrib, dia dok terguling sana, terguling sini. mata tak pejam2 jugak. sudahnya, aku marah dia ugut sket (kakak tak tido ma pukul kakak nanti! tido cepat. pejam mata!). dah tu, tak sampai seminit, dah kedengaran dengkur dia. apa la pesen anak aku nih kan?

kul 11.30 mlm, papa dah siap keje kitorang pun di hangkut balik. time ni anak2 dah bangun, dan sedang segar bugar. arrggghhhh!! aku yang keletihan.

note: chik, kakak bengang aa tak dapat tahu iklan korang ni..ketawa je tak abih2, citernye tak sampai jugak kat aku!!

Monday, October 20, 2008

gangguan emosi

first of all, aku minta maaf bebanyak sebab tak selalu update entri.

semenjak dua menjak ni, emosi aku kerap terganggu..


anak lelaki dan anak bongsu aku juga seakan memberitahu sesuatu. mereka berkeadaan tak menentu juga. sehingga menaikkan kemarahan aku. aku jadi takut, takut over reacting. takut tak dapat kawal amarah diri.

marah..ya, aku kerap marah2 lately. husband aku pun selalu jadi mangsa. baru lima minit lepas aku gembira, ketawa dan bergurau senda, tetiba aku jadi mandom lepas tu dan marah tak semena-mena.

cuma satu je yang ada dalam kepala otak aku ni, punca segala perubahan kelakuan ini.

mungkinkah aku bakal mendapat my 4th angel?

sampai hari ni, aku belum pg sahkan lagi. takut pun ada juga..

nantilah..i'll update later..

Tuesday, October 14, 2008

the superhero quiz results of mine...

adakah? sungguhkah? tapi sebenarnya aku suka Batman laa... ini semua penangan Jebon. Dia yang goda aku untuk ambik test ni. chissttt!!!

Your results:
You are The Flash
























The Flash
55%
Wonder Woman
52%
Spider-Man
50%
Hulk
45%
Green Lantern
45%
Supergirl
42%
Superman
40%
Catwoman
40%
Iron Man
40%
Robin
32%
Batman
30%
Fast, athletic and flirtatious.


Click here to take the Superhero Personality Test

Monday, October 13, 2008

AidilFitri 2008


Aidilfitri 2008.


glitter textglitter textglitter textglitter textglitter text glitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter text myspace

Tak ada apa yang luarbiasa kali ini. Macam tahun2 sudah juga, cuma di rumah. Lepas solat aidilfitri, bersalaman dan bermaafan suami isteri (anak2 tak kira, tak baligh lagi..hehehe), dah tu, makan sikit buat alas perut. Konon2 nak pergi rumah mak terus di shah alam, but then papa balik solat lambat, dekat kul 10.30 pg. Sampai je umah mak, depa semua dah pun berangkat ke Pulau Indah (kg ayah). Angah takde tahun ni coz beraya di Kelantan, turn Zue plak. Keboringan, kami pun gerak la ke sana. sepatutnya tahun ni, turn papa tp famili dia balik beraya ke Sabah plak. sedih la papa. tp nak buat cemana, keluarga mami dan abah masih ada di sana. takpe, thn depan pa ambik turn mama..hehehe..

Lepas dari Pulau Indah, balik umah jap. Zohor, lepak2 sket, kekemas pinggan mangkuk sket terus shoot ke Kg. Balun, Slim River (kg. mak) plak. Lepak2 umah Pak long, (mak yatim piatu, umah atuk pun dah roboh, tumpang la umah famili pak long; abg ipar mak merangkap laki kakak mak yang sulung). Dah bantai lemang dan rendang, diorang ajak lak gi umah opah ucu di Pekan Slim. pas tu konon2 mak kata nak gi Sg. Bil, so kitorang yang tak bawak bekal baju ni, bawa diri la, balik ke klang. hehehe..dlm perjalanan balik, call la kak chik, tanya jd ke pg sg. bil? heh, tak jadi..ayah tak nak. keh keh keh..agak dah...

The next day, tak tau apa nak buat. mak ayah dah gi 'beraya' kat PD. Papa kata jom join mak gi PD. Kitorang siap² apa yang patut, terus gi KL Sentral dulu.

Dalia nak naik train. Papa lak teringin nak try KLIA Transit tu. then kitorang discuss ala kadar (sebab bebudak suka tgk kapal terbang juga) then we agreed to travel to KLIA by transit. Sib baik depa buat promotion 'Kids Travel Free during Hari Raya'. Takde la banyak duit nak pakai (itupun RM140 jugak, beb). Ziyad kenmain lagi seronoknya, nak naik train.

bila train sampai je, dia meraung. tak nak naik, takut. ek ennennnn!! tension lak aku. puas juga la nak memujuk dia. bila train dah gerak je, baru nampak muka dia berubah jadik ok. tetiba dia cakap "Yad tak nangis!!"

adoih laa..gelak besar kitorang. geram pun ada, kelakar pun ada.



Abih kan masa lebih kurang sejam kat KLIA, tgk plane, memain kat KFC Playland KLIA kitorang pun berangkat ke KL Sentral balik. Terus papa cakap, 'jom, kita ke PD!' papa was driving fast, but carefully. we decided to stay in Seri Malaysia. arrived around 11.30pm, checked in, tido. the next morning, ayah called. tanya kul brp sampai, stay kat mana etc. then aku ckp nak gi singgah Selesa, jumpa ayah mak. lepas bekfest (yg ala kadar di Seri Malaysia) kitorang gi jenguk ayah dan mak (adik2 sekali laaa). Sembang lebih kurang, (mak kata nak buat bbq ptg tu, aku lak kata, nak gi Melaka lps ni, jenjalan) kitorang pun mulakan perjalanan tgh hari itu, dgn mencari tpt makan. hehehe..lapar juga, kan..tapi, disebabkan nak kejar masa dan makan bekfest agak lambat (serta banyak), we decided to move on. sampai kat melaka, around 5 pm with beautiful scenery along the journey. Melaka is beautiful. We'll talk about it, in my next post..

to be continued..

Thursday, October 9, 2008

salam

asal aku nak buat post baru jek, ada jek yang ganggu. posmen hantar registered item lah, anak2 nak berak lah, nyusulah, india offer nak tar depan umah aku lah, macam-macam! sudahnya, idea yang berkepuk-kepuk aku karang dan save dlm kepala, perlahan-lahan hilang begitu saja. so, tunggu lah posting baru, bila segalanya dah reda!!!!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online